H U D A N I A L L | 8

21 7 0
                                    

Setelah 20 minit perjalanan, akhirnya mereka tiba di suatu bangunan. Ramai kanak-kanak bermain di situ. Huda melihat papan tanda di hadapan bangunan itu.

Rumah Anak Yatim Cahaya Kasih.

Rumah anak yatim? Kenapa Abu bawa aku ke sini?

"Kita nak buat apa kat sini?" soal Huda. Tengku Daniall memalingkan wajahnya melihat isterinya yang manis bertudung bawal biru laut, baju kemeja putih dan seluar jeans. Huda menayang wajah blur.

Tengku Daniall tersengih. Dia teringat akan memori ketika di universiti dahulu. Huda memakai baju yang sama seperti dikejadian itu.

"Hai awak!" sergah Tengku Daniall ceria. Huda tersentak lalu tangan naik mengusap dadanya akibat terkejut dengan sergahan Tengku Daniall tadi.

"Kita sebagai seorang Islam, kenalah memberi salam apabila menyapa seseorang. Bukan main sergah aje.." ujar Huda terselit sedikit sindiran buat jejaka tampan dihadapannya ini.

Tengku Daniall tersengih lalu mengusap belakang tengkuknya perlahan. Alamak, kena ceramah dengan crushlah! Kau ada?

"Hehe sorryy..Assalamualaikum Huda cantik!" ujar Tengku Daniall sambil menayangkan senyuman manis.

"Ha waalaikumusalam. Jangan pakai nama panggilan tu boleh tak? Saya tak selesa," kata Huda seraya melangkah pergi. Tengku Daniall bergegas mengikuti langkah Huda.

"Huda comel! Tunggulah saya!" laung Tengku Daniall. Siswa dan siswi disitu mula berbisik sesama sendiri.

'Ee tengok tu, meluat pulak aku tengok Huda tu!'

'Kenapa Ku Niall nak sangat dekat dengan perempuan kampung tu? Aku ni lagi cantik tau'

'Oh Google, how to be Huda?'

Itulah suara-suara yang Huda dengar. Huda mula serabut. Dia segera memusingkan badan lalu berpeluk tubuh. Tengku Daniall tersenyum.

"Awak nak apa?" soal Huda bengang. Tengku Daniall tersenyum penuh tidak bersalah.

"Saya nak awaklah, Huda comel." jawab Tengku Daniall tanpa segan silu. Huda mengeluh sejenak.

"I already told you, Tengku Daniall Arrayan." tegas suara Huda tika itu. Tengku Daniall masih lagi dengan senyuman tidak bersalahnya.

"What? Awak kata jangan panggil awak Huda cantik, jadi saya panggillah awak Huda comel! Tak salah kan?" usik Tengku Daniall. Huda berfikir sejenak. Hmm, nak kata betul, tapi salah. Nak kata salah, tapi ada betulnya.

"Ha diam tu maksudnya setujulah kan?" sambung Tengku Daniall lagi. Huda menjulingkan matanya ke atas.

"Now tell me, what do you want from me?" soal Huda sambil berpeluk tubuh. Muka serius ditayangnya.

"Awak tau tak? Satu U ni cakap pasal awak dengan saya? Stop disturbing me. Kalau awak nak tahu lagi, PSTDA serang saya tau tak? It's all because of you!" ujar Huda sambil menunding jari telunjuknya tepat ke arah muka Tengku Daniall.

Tengku Daniall menayang wajah blur.

"PSTDA?"

"Yes. Persekutuan Scandal Tengku Daniall Arrayan." jawab Huda. Tengku Daniall melopong tak percaya. Seriuslah ada persekutuan tu? Ee bangganya kita!

"Then?" soal Tengku Daniall lagi. Huda sudah mula naik angin.

"Then awak kata? Awak tahu tak, diorang kecam saya, tuduh saya, fitnah saya? Tak. Awak tak tahu. Sebab apa? Sebab depan awak diorang umpama bidadari, malaikat dan seangkatan dengannya. Tapi belakang awak, diorang jadi bidadari jatuh dari neraka." Huda mula melepaskan segala yang dipendamnya daripada dahulu.

DANIALL'S PRINCESS  ||  OGWhere stories live. Discover now