Bab 2

34 3 1
                                    



"Maaflah, Syahid. Ada orang dah pintas kamu. Kamu orang kedua yang awal hadir,"

Tercengang dia selepas mendengar. Seawal pukul berapa ada budak sampai awal daripada dia? Sepanjang dia bersekolah, tak pernah seorang budak yang hadir lebih awal daripada dia melainkan budak tu tidur di sekolah.

"Siapa?" Syahid berkerut memandang pakcik tersebut.

"Kalau nak tahu siapa, dia ada kat surau sekarang. Dia tanya tentang kunci surau daripada pakcik,"

Kakinya terus melangkah ke arah surau. Sudah masuk waktu subuh. Surau yang terang benderang membuktikan kata-kata Pak Roslan tadi. Dia mengambil wuduk dengan segera. Matanya meliar memandang kesemua arah. Tiada seketul manusia pun berada di sini.

Syahid menggeleng. "Pandai guna tapi takkan tutup lampu kipas pun tak reti lepastu?"

Syahid mendirikan solat subuh seperti biasa. Tarannumnya semakin lama semakin baik. Selepas memberi salam dia berzikir. Rutin paginya berjalan seperti selalu kecuali satu. Dia memandang lama keadaan di surau. Pelik bin ajaib.

Rehal yang sepatutnya bersepah setiap hari sudah tersusun cantik. Kalau tak dia yang akan menyusun setiap pagi. Susunan al-Quran di dalam rak cantik mengikut warna kulit. Lantai tiada sebarang habuk dan cermin papan kenyataan yang mempamerkan sijil-sijil pertandingan dan kebersihan surau digilap sehingga berkilat. Nampak refleksi wajahnya pada cermin.

Semasa dia sedang membelek wajah di cermin tersebut, seakan terasa kehadiran entiti di belakang. Pada pantulan cermin, terdapat sekujur tubuh berwarna putih sedang berdiri di belakangnya.

Dia menoleh ke belakang dan melihat perempuan bertelekung dengan muka putih suci tanpa solekan. Semalam nenek kebayan, harini jelmaan apa pula?

Dia membasahkan bibir membaca surah ruqyah. Matanya tidak terlepas memandang jelmaan tersebut. Apa yang dibuat jelmaan itu hanyalah melihat gerak bibir Syahid.

"Argh!! Oh no! Help! Tolong, nok! Jangan ruqiahkan saya, abe!" jerit jelmaan itu sambil menjulang tangan ke atas. Eh? Tapi gaya macam main-main pula.

Beberapa saat kemudian dia terus berhenti lalu memberikan pandangan maut. "Woi! Apa kau ingat aku hantu ke, sengal?"

Syahid terkejut bila ditegur. Kali pertama dalam sejarah hidup, dia ditegur dan dipanggil sengal. Apa hantu sekarang dah maju ke?

"Kau ni hantu ke orang?"

"Kau tu orang ke kongkang? Mata besar semacam,"

'Jadi dia lah yang pintas aku? Perempuan mana yang datang awal ni? Tak pernah nampak pun.' getus hati kecil Syahid sambil menilik wajah itu.

Syahid membuat muka apabila dia menyedari bahawa jelmaan yang disangka hantu rupa-rupanya manusia.

Kongkang?! Sebab mata ni ke? Siot. Ini semua mesti angkara semalam.

Gadis itu membuka telekungnya maka terlihatlah rambut ikal mayang yang disanggul. Spontan lelaki itu pantas mengalihkan pandangan sedikit.

"Jelik dengan perempuan free hair ke, bang?" Dia melipat telekung miliknya lalu meletakkan ke dalam beg sekolah.

Pelik. Masakan duduk di sekolah harian pun masih tak selesakan diri dengan personaliti manusia?

"Hormat sikit kau kat mana sekarang ni" kata Syahid dingin.

"Dalam al-Quran tak ada tulis pun pakai tudung tu wajib," Senyuman perli dihadiahkan sekilas.

Malas nak layan perlian gadis itu dia mengambil begnya di atas lantai. Dia melangkah keluar ke pintu meninggalkan gadis itu yang masih terpacak di tempatnya. Sebelum dia melangkah pergi dia kembali menoleh ke arahnya.

KNOCKOUT CHEMISTRY Where stories live. Discover now