Tiba-tiba terasa badannya dipeluk dari belakang, perut Sofea menyentuh belakang badannya yang tak berbaju.

"Abang..."

Sofea dekatkan wajahnya dengan belakang Nathan.

"Sofea minta maaf. Sofea tak berniat nak sembunyikan," ujar Sofea menahan sebak.

"Just sleep, Layla Sofea. Dah lewat," balas Nathan. Hati kat lain, mulut kata lain.

Sofea mengeleng laju. Air mata perlahan-lahan jatuh. Air matanya tak berhenti mengalir dari petang tadi lagi.

"Abang, please forgive me.... please..."

Nathan mengeluh. Dia berpaling menghadap Sofea. Mata Sofea berkaca direnung, jelas mata isterinya mula bengkak. Tiba-tiba dia rasa bersalah pula buat isterinya menangis.

"How long you gonna cry, hurm ?"

"Sorry..."

Tubuh Sofea di bawa dalam dakapannya.

"A-Abang... Please forgive me..."

Dahi Sofea dikucup lama. Tangan Nathan mengesat air mata di pipi Sofea. Nathan merenung anak mata Sofea.

"Abang bersyukur ada Sofea tapi Sofea bersyukur ke ada abang ?"

Sofea menangguk perlahan.

Nathan mengeleng. "Apa abang nampak, sayang hanya reda dengan ketentuan tuhan tapi sayang tak pandai bersyukur."

Sofea terdiam seakan tersentap dengan kata-kara Nathan.

"Reda dan bersyukur adalah dua makna yang berbeza. Awak hanya reda, terima semua yang terjadi tapi mungkin awak tak menghargainya. Jika awak bersyukur, awak akan hargai setiap yang ada dalam hidup awak," terang Nathan.

Tangan Nathan naik mengusap kepala Sofea.

"Sofea kena bersyukur ada keluarga yang jaga Sofea tak lari seperti puteri walau tak sedarah dan Sofea kena belajar hargai diri sendiri. Semua tentang diri Sofea ada nilainya dan sangat berharga. Abang nak Sofea jujur dengan daddy, ibu dan Safy. Can you do that ?"

Sofea mengangguk perlahan, dia tak lepas merenung anak mata Nathan. Bibir bawah digigit.

"Stop biting your lips, it hurts you." tegur Nathan lembut.

"Abang maafkan Sofea ?"

"Sayang tak buat salah dengan abang, tak perlu minta maaf. Sayang kena minta maaf dengan keluarga sayang sendiri," balas Nathan.

Sofea kembali mencebik, air mata yang kering kembali mengalir.

"Petang tadi abang marah Sofea..."

Nathan diam sejenak, baru teringat dia tak sengaja tinggikan suaranya.

"Abang tak berniat nak tinggikan suara, abang terlalu ikut perasaan. Forgive me, okay?"

"Sofea forgive abang tapi lain kali jangan marah macam tu. Sofea tak suka, Sofea takut..." Tangisan Sofea kembali pecah.

Nathan menggaru kepala tak gatal. Itulah siapa suruh tak pandai kawal perasaan. Nathan menunduk kepala ke perut Sofea.

"Little angel, kita ada masalah. Mama tak berhenti menangis. Tolong papa little angel," bisik Nathan.

"Argh !" Sofea memegang perut terasa senak. Terus hilang tangisan Sofea.

"S-Sayang k-kenapa?"

"Baby tendang kuat sangat," keluh Sofea.

Nathan mengeluh perlahan. Nathan mengusap perut Sofea, tolong hilangkan rasa senak.

"Little angel ni nak kena dengan papa, saja nak buat papa sakit jantung," omel Nathan sendiri.

Sofea perhatikan Nathan, rambut Nathan diusap. Hatinya tersentuh lihat Nathan mengusap perutnya. Selama ini dia rasa merahsiakan adalah jalan yang terbaik rupanya dia salah.

"Abang, nanti kita balik rumah daddy. Sofea rindu," ujar Sofea perlahan.

"Okey," balas Nathan sambil tersenyum. Tangannya naik membelai rambut Sofea yang paras bahu.

"Jom makan. Bonda cakap sayang tak makan pun tadi."

"Jom !" balas Sofea sambil tersengih.

Nathan ketawa halus. Bonda pernah pesan mood ibu mengandung cepat berubah dan sekarang terbukti.

"Sayang tunggu sini, abang turun ambil makanan."

Nathan mula berdiri, kakinya nak melangkah pergi namun terhalang bila huhung bajunya ditarik Sofea.

"Nak ikut..." Sofea mencebik.

"Kalau macam tu jom turun sekali, kita makan kat bawah je," balas Nathan.

"Boleh!"

Nathan tolong Sofea bangun, biasalah bila perut sudah ke depan. Tangan Sofea dipimpin, satu persatu tangga dipijat.

"Abang rasa nak renovate rumah ni, nak letak lift ke sayang nak pindah rumah baru? Abang memang plan pun," cadang Nathan.

Matanya tak lepas lihat kaki Sofea melangkah takut terjatuh.

"Kita duduk sini je, abang. Teman bonda, lagipun rumah ni besar kalau kita keluar siapa nak jaga, nak harapkan bonda seorang, kesian bonda," balas Sofea.

Nathan tersenyum mendengar jawapan Sofea. "Okay abang renovate letak lift. Sayang nanti tak payah naik tangga, pakai lift je. Bonda pun makin tak larat nak naik tangga."

"Kalau cadangan tu, Sofea setuju. Sofea pun penat panjat tangga tinggi ni," jujur Sofea.

Tiba-tiba Sofea terasa badannya terapung, terjerit Sofea kerana terkejut bila Nathan mengangkatnya secara tiba-tiba.

"Abang! Terkejut Sofea!"

Bahu Nathan ditampar kuat tempat Bonda pukul. Pedih tadi pun tak hilang isterinya pula tambah.

"Aduh! Tak hairan kalau ada kesan tapak tangan kat bahu abang."

"Sakit ke? Sorry, Sofea tak sengaja" Sofea ketawa jahat sebelum dia menggigit bahu Nathan.

Terjerit Nathan dengan serangan tiba-tiba Sofea mujur dah lepas turun tangga. "Sayang ni bukan kes tak sengaja dah ni."

"Itu balasan sebab marah Sofea petang tadi,"ujar Sofea sengih tak bersalah.

"Soweyyy lerrr..."

Sofea memandang Nathan dan Nathan memandang Sofea, sebelum tawa mereka bergema di ruang makan.

"Sejak bila suami Sofea pandai buat cute ni," ujar Sofea dalam tawa.

"Penyakit cute Sofea dah berjangkit dekat abang," balas Nathan.

Tawa mereka bersatu semula.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now