"I'm sorry bonda, Nathan terpaksa derhaka dengan bonda. Nathan tak sanggup tengok isteri Nathan hancur. Biar Nathan hancur tapi bukan isteri Nathan."

Nathan melangkah pergi tinggalkan Bonda yang sudah terjelepok jatuh ke lantai.

Ting ! Nathan dapat pesanan daripada Qash.

Qash
Ini lokasi bangsat tu. Aku dengan yang lain akan follow kau dari belakang.

Nathan memboloskan diri dalam kereta Ferrari F8 Tributo berwarna hitam. Pedal minyak ditekan sekuat hati, dia menuju ke lokasi di mana Daiko Tan tu berada atau lebih dikenali Qayyum Farhan.

Kereta Nathan berhenti dihadapan kelab malam milik Qayyum. Selang beberapa minit muncul Qash dengan superbike, Zayn dengan Lamborghini Huracan dan Safy dengan Lamborghini Aventdor.

Mereka bertiga menghampiri Nathan.

"Why so sudden ?" tanya Zayn hairan.

"Aku explain later," balas Nathan. Dia terus melangkah masuk.

"Kita layan je, tengok muka Nathan macam lunyai bangsat tu," ujar Qash. Bahu Zayn ditepuk.

Qash mengambil walkie-talkie. "Semua duduk dekat luar, selagi no sign aku suruh masuk. Jangan berani masuk."

Mereka bertiga ikut langkah Nathan dari belakang. Bunyi bising musik kelab malam membingitkan telinga dengan bau arak yang mencucuk hidung.

Tangan mencapai pistol didalam jaketnya dan terus dia hala ke udara. Picu pistol ditekan.

Bang ! Semua menjerit ketakutkan.

"Keluar !"

Berpusu-pusu orang ramai berlari keluar dan hanya tinggal mereka berempat sahaja.

"Qayyum Farhan ! Baik kau keluar sebelum aku hancurkan tempat jijik kau ni !" Bergema suara Nathan.

Seperti yang diminta, Qayyum keluar sambil menepuk tangan. Dia duduk sambil bersilang kaki. Dia ketawa bila lihat wajah bengis Nathan.

"Mesti kau dah jumpa checkpoint kedua kan ? Kau nak tahu kat mana checkpoint seterusnya kat mana ?" Kening Qayyum terangkat.

Nathan diam, gigi digertap kuat. Ikutkan hati, dia mahu tembah terus kepala bangsat dihadapan dia tapi tak jadi lah cerita kalau dia buat macam tu.

"Kat sini," ujar Qayyum.

Tiba-tiba tempat itu dikerumuni dengan lelaki bersenjata.

"Shit !" Qash keluarkan pistol miliknya. Qash menarik Safy dekat dengannya memandangkan Safy saja yang tiada senjata antara meraka.

Zayn dengan pistol khasnya. Untold story of dark side in Maccalen family.

"Celaka ! Budak dia lagi ramai lagi dari budak aku !" rungut Qash perlahan.

"Chill, game tak mula lagi. Safy, kau pakai pistol lama aku," ujar Zayn. Pistol Beretta 92 dilempar kearah Safy.

"A-aku t-tak pandai guna," bergetar tangan Safy bila pistol berada ditangannya.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now