01

7 5 0
                                    

Chapter 01

"Kim Seungmin, lahir pada 22 September 2000, surat waran telah dikeluarkan dan menyebabkan penangkapan. Didapati bersalah kerana membunuh Song Hyeon"

Ying Mei yang masih berdiri melemparkan fail di atas meja yang berada di hadapan Seungmin, yang masih terduduk atas kerusi.

"Bukan aku yang buat"

Ying Mei hanya menjelingkan matanya dengan keluhan yang berat dilepaskan saat mendengar apa yang Seungmin selalu katakan.

"Cukup, kalau bukan kau yang buat. Siapa lagi yang buat semua ini? Semua bukti dah kukuh. Terima je kenyataan yang kau buat semua ini"

"Aku takkan bunuh nenek aku sendiri!"

Seungmin mengengamkan penumbuk dengan erat sambil memandang wajah Ying Mei dengan pandangan yang tajam.

Suasana di bilik soal siasat menjadi semakin tegang, mata mereka tidak henti memandang antara satu sama lain dan hanya kedengaran bunyi pernafasan mereka yang menjadi satu.

"Boleh tak kau mengalah je? Mudah sikit aku buat kerja"

Ying Mei mengambil langkah dengan menghampiri meja sambil kedua-dua tangannya dialihkan di atas meja. Dia masih menatap wajah Seungmin dengan rasa amarah membuak-buak.

Namun, Seungmin sedaya upaya mahu menegakkan keadilan dengan menyatakan yang dia tidak bersalah.

"Kenapa kau tak percayakan aku? Kau tahukan aku macam mana? Aku takkan buat kerja sekeji tuh"

Suara yang mendatar dikeluarkan oleh Seungmin dengan harapan yang menyinari matanya sambil merenung wajah Ying Mei.

"Aku memang percayakan kau tapi...semua bukti yang aku dapat. Semuanya berkaitan dengan kau"

"Tapi, Mei. Lepas apa yang kita lalui-"

Penyataan Seungmin dipotong oleh Ying Mei yang kelihatan masih tegang dengan situasi yang dia hadap sekarang.

"Please. Tak perlu kaitkan hubungan kita dengan semua benda nih"

Hati Seungmin bagai dirobek mendengar apa yang Ying Mei katakan dan harapannya menjadi semakin pudar dan berharap dia dapat lakukan sesuatu untuk buktikan yang dia takkan buat jenayah.

Dia sayangkan Ying Mei cuma dia cuma tak jumpa masa yang betul untuk luahkan semuanya.

Mata Seungmin tidak penat memandang wajah Ying Mei walau dia tahu, gadis itu takkan percayakan dia lagi.

"Tolong...jangan buat aku macam ini. Tolong, percayakan aku sekali ini"

Suara sayu didengari menyebabkan Ying Mei bertambah kusut memikirkan apa yang dia boleh lakukan untuk membantu Seungmin.

"Listen, aku tahu kau takkan buat semua benda ini. Tapi nak keluarkan kau daripada kes ini bukan senang"

Wajah Seungmin berubah menjadi berkerut dia cuba memahami apa yang Ying Mei lontarkan.

Ying Mei melarikan jari-jemarinya dengan menyelak rambutnya.

"Semua pihak polis percayakan kata mak kau yang kau rancang semua ini. Tapi ada satu jalan je nak selesaikan"

Alis mata Seungmin terangkat ketika dia merasakan ada sesuatu yang dapat membantunya dan senyuman muncul di bibirnya.

"Apa dia?"

Ying Mei melepaskan keluhan sambil menyilangkan lengannya dengan wajah tampak serius.

"Kau kene berterus terang. Cerita pada pihak polis apa yang kau nampak. Dan pasal mak kau, biar yang aku uruskan"

"Tapi Ying, dia bahaya"

Apa yang disebutkan Seungmin, ada benarnya tapi Ying Mei tidak hiraukan soal keselamatannya. Dia terus menoleh kembali menghadap wajah Seungmin.

"Tak perlu risau. Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku. Aku hanya perlukan masa. Dan pada masa yang sama, aku nak kau sesuaikan diri dalam penjara, faham?"

Tegas suara Ying Mei yang sedaya upaya mahu menyakinkan Seungmin. Bagi Ying Mei, sudah kebiasaan dan kerja dia sebagai polis untuk menyiasat kes seperti ini.

Dia terus mengambil langkah ke arah pintu tetapi belum sempat, dia memulaskan tombol. Seungmin memegang lengannnya dan menarik tubuh mendekati Seungmin.

"Just please be careful. Aku tunggu kau okay?"

Wajah Seungmin yang kelihatan seperti risau terhadap Ying Mei membuatkan Ying Mei hanya mampu tersenyum.

"Ye, aku tahu jaga diri aku. Kau pun"

Dia menepuk lembut tangan Seungmin yang masih mengengam erat lengannya dan dia memulaskan tombol berjalan keluar dari bilik.

A Dark Shade Of Creation Where stories live. Discover now