Bab 2 : Lemas

952 25 0
                                    

Walaupun Darus rasa keberatan, namun beliau akur dengan desakan anak kecil itu. Beliau kemudian membenarkan Kamal untuk membantunya. Mereka sama-sama mengerjakan laman rumah itu.

Arianna hanya memerhati mereka dengan penuh geram. Ini kerana arahan daripada mulutnya langsung tidak diendah oleh mereka. Dia yang ingin dilayan seperti permaisuri kini tidak menerima apa yang diingininya.

==================================================================================

Seminggu sudah berlalu semenjak Arifah datang menggantikan tempat pembantu rumah di banglo milik Dato Kamaruzzaman. Di dapur kelihatan Arifah sedang tekun menyiapkan hidangan makanan tengahari.

"Hari ni makcik last ke ada dekat sini?" Soal Arianna yang baru tiba di dapur.

"Haah hari ni last sebab esok mak Munah dah masuk kerja semula dah. Yana mesti seronok kan Mak Munah dah nak balik." Arifah cuba mengagak.

"Anak makcik pun ikut makcik balik kampung juga ke?" Tanpa menjawab persoalan tadi, Arianna menyoal lagi.

"Mesti lah dia ikut sekali sebab sekolah kan dah nak buka semula. Yana pun dah nak masuk sekolah balik kan? Mesti seronok dapat jumpa kawan-kawan dekat sekolah." Arifah cuba meneka.

"Tak best lah kawan dekat sekolah orang tu." Balas Arianna.

"Kenapa pula?" Arifah ingin tahu.

"Diorang taknak layan orang macam permaisuri." Jelas Arianna.

"Kenapa Yana nak orang lain layan Yana macam permaisuri?" Arifah ingin tahu lagi.

"Sebab kat rumah semua orang layan orang macam permaisuri. Papa, mak Munah, pakcik Darus, diorang semua layan orang macam permaisuri." Tegas Arianna.

"Tak semua orang boleh buat macam tu. Yana pun kena lah bergaul dengan kawan-kawan Yana kat sekolah tu macam orang lain juga. Jangan paksa orang layan kita secara istimewa." Tegur Arifah.

"Orang tak kira, orang nak dilayan seperti permaisuri juga!" Arianna menyilangkan tangannya menandakan dia tetap dengan pendiriannya.

"Baiklah permaisuri, nak makan apa hari ni? Makcik akan masakkan apa saja yang permaisuri mahukan." Arifah cuba menuruti kata-kata anak kecil itu.

"Orang nak makan..." Belum sempat Arianna menghabiskan kata-kata, matanya terpandang seseorang di luar tingkap. Tanpa berlengah dia terus berlari untuk menuju ke luar rumah.

"Ehh Yana, nak pergi mana tu? Yana belum jawab lagi nak makan apa hari ni." Arifah berasa pelik melihat anak kecil itu secara tiba-tiba meninggalkannya.

"Masak jelah apa-apa, orang tak kesah." Balas Arianna tanpa menoleh. Dia terus berlari meninggalkan dapur dan menuju ke luar rumah. Di luar rumah, kelihatan Kamal bersama dengan Darus sedang berada di tepi kolam renang.

"Siapa benarkan awak guna kolam renang orang?" Soal Arianna.

"Bila masa pula kami guna kolam ni?" Balas Kamal.

"Habis tu awak nak buat apa tepi kolam ni kalau bukan nak guna?" Arianna inginkan jawapan.

"Maaf ye cik Yana, pakcik ingat nak bersihkan sekeliling kolam ni. Cik Kamal cuma datang sini untuk tolong bersihkan je." Darus mencelah.

"Awak tak nak merasa mandi kolam ni ke?" Soal Arianna kepada Kamal.

"Tak rasa langsung." Acuh tidak acuh jawapan Kamal.

"Tipu, sesiapa yang datang sini mesti rasa nak mandi kolam rumah orang. Yelah rumah orang je yang ada kolam besar macam ni. Awak kalau nak mandi kolam orang, cakap jelah." Ujar Arianna.

"Aduh dia ni, aku dah cakap taknak tu taknak lah." Balas Kamal tanpa memandang ke arah gadis itu.

"Kalau awak nak mandi dekat kolam ni boleh, tapi dengan satu syarat. Awak kena panggil orang permaisuri." Arah Arianna.

"Tak payah lah. Kat kampung aku hari-hari mandi sungai, lagi best." Kamal menolak permintaan Arianna.

"Jom lah pakcik, kita start cuci kawasan kolam ni. Kejap lagi dah nak tengahari, lagi panas nak buat kerja." Ujar Kamal.

Beliau dan Darus kemudian memulakan pekerjaan mereka mencuci kawasan di sekeliling kolam renang. Arianna hanya memerhati kelibat dua orang itu dengan penuh geram. Ini kerana mereka meminggirkan dirinya.

Mereka buat dia seperti tidak wujud di situ. Selama Kamal berada di sini, lelaki itu sentiasa tidak mengendahkan dirinya. Ini membuatkan dia menjadi semakin geram dan marah terhadap lelaki itu.

Dia fikir anak kepada pemandu peribadi ayahnya itu mungkin senang tunduk terhadap arahannya memandangkan lelaki itu berada di kasta bawah. Namun tekaannya meleset apabila lelaki itu lebih sombong.

Layanan lelaki itu sama sahaja dengan rakan-rakan sekolahnya yang tidak mahu mengikuti arahannya dan melayannya seperti permaisuri. Impiannya ingin dilayan seperti permaisuri masih belum tercapai.

"Awak hari ni last kan dekat sini? Orang tak kira, orang nak awak layan orang macam permaisuri juga hari ni." Arianna mendesak.

Namun desakan itu langsung tidak diendah oleh Kamal, sebaliknya lelaki itu terus membantu Darus mengemas dan mencuci kawasan persekitaran kolam renang itu. Ini membuatkan Arianna menjadi semakin geram.

Dia kemudian berjalan dengan pantas menuju ke arah lelaki itu. Namun sayangnya secara tiba-tiba dia tergelincir setelah terpijak tompokan air yang berada di tepi kolam renang itu. Akibatnya dia kehilangan imbangan diri.

Lalu dia terjatuh ke dalam kolam renang. Dia yang tidak pernah pandai berenang itu mula menggapai-gapaikan tangannya seraya meminta tolong. Namun dua orang lelaki itu tidak menyedari keadaannya.

Air mula masuk ke dalam rongga badannya dan dia mula hilang kesedaran diri. Seketika kemudian dia merasakan matanya mula gelap. Walau dalam samar-samar, dia merasakan ada seseorang memaut tubuhnya.

==================================================================================

Arianna membuka matanya perlahan-lahan lalu memandang di sekelilingnya. Kelihatan dia berada di tempat yang cukup asing bagi dirinya. Namun melihat mesin yang berada di sebelah katilnya, dia dapat mengagak dimana dia sekarang.

"Eh Yana dah sedar." Kelihatan wajah Dato Kamaruzzaman muncul di muka pintu bilik.

"Orang ada dekat mana sekarang?" Soal Arianna sebaik ayahnya menghampiri katil.

"Yana sekarang ada di hospital." Balas Dato Kamaruzzaman lalu duduk di atas kerusi yang berada di tepi katil.

"Apa yang jadi dekat orang?" Soal Arianna.

"Yana tak ingat ke apa yang jadi dekat Yana?" Soal dato Kamaruzzaman. Persoalan itu dibalas dengan gelengan kepala oleh Arianna.

"Yana terjatuh ke dalam kolam renang. Nasib baik lah Kamal ada, dia selamatkan Yana daripada lemas. Kalau Kamal takde masa tu, papa pun tak tahu apa yang akan terjadi dekat Yana." Jelas Dato Kamaruzzaman.

"Kamal mana? Orang nak ucap terima kasih lah dekat dia." Ujar Arianna.

"Kamal dan Arifah dah pun balik kampung diorang pagi tadi. Petang ni mak Munah dah balik semula ke rumah kita dan sambung kembali tugas dia." Jelas Dato Kamaruzzaman lagi.

Arianna hanya tertunduk ke lantai dengan perasaan bersalah mula menyelubungi dirinya. Ini kerana dia tidak sempat ucap terima kasih kepada Kamal.

Dia juga tidak sempat meminta maaf kepada lelaki itu. Ini kerana layanannya kepada Kamal selama lelaki itu berada di rumahnya.

Bersambung...

Reda Hujan Terbit Sinarजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें