𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 68

Start from the beginning
                                    

Tanpa kata, Altaf ambil pakaian yang dibawa oleh Athmar dan berlalu ke tandas tanpa menghiraukan insan lain.

Altaf tidak akan merintih. Altaf tidak akan menangis. Kerana Altaf tahu, Eima adalah wanita dan juga insan yang paling kuat. Dia harus menukar pakaian kerana dia perlu menyambut Eima dan juga anak-anak mereka nanti dengan senyuman.

"They will make it," ujar Altaf yakin. Kerana yang sedang berjuang itu adalah keluarganya, insan-insan kesayangannya.


Diam. Hening. Hanya sepasang iris hitamnya menatap seorang bayi. Pejamkan kelopak mata, kata-kata doktor wanita baru sahaja beberapa minit yang lalu terngiang-ngiang di hujung telinga.

Eima telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan. Meskipun lahir dalam keadaan pramatang, anak kedua mereka lahir dalam keadaan begitu sihat. Seorang bayi perempuan yang sangat comel. Sesuai dengan nama panggilan yang telah diberikan oleh Eima, adik.

Tetapi disebalik kebahagiaan itu, dia telah diuji. Eima masih tidak menyedarkan diri dan telah disahkan oleh pakar perubatan yang wanita itu dalam keadaan koma. Lagi berat untuk Altaf apabila dia harus telan satu lagi kenyataan. Anak sulung mereka, si abang tidak dapat bertahan seperti adik.

Tanpa Altaf sedar, setitis demi setitis mutiara jernih turun membasahi pipi. Menatap kabur sekujur tubuh milik si kecil di hadapannya. Kaku. Tidak bernyawa.

Belakang tapak tangan naik menyeka air mata. Meskipun dia tahu itu adalah perbuatan sia-sia kerana tidak lelah mutiara jernih itu turun menodai wajah. Dengan penuh berhati-hati dia mengendong bayi kecil itu. Terasa sejuk tatkala kulit mereka berlaga.

Setiap pelusuk wajah kecil itu diamati dengan senyuman sayu. Dari rambut halusnya, kening yang separa lebat, alis mata yang lentik, hidung yang agak mancung serta bibir merah kepucatan.

"Indahnya awak, sayang. Kalau ibu dapat tengok awak, mesti ibu suka..." bisik Altaf sebak.

Altaf tidak dapat menafikan bahawa anak lelaki mereka amat persis dengannya. Saling tidak tumpah. Harapan Eima suatu tika dahulu telah diperkenankan oleh Yang Maha Esa. Saat wajah cantik itu bermain di kotak fikiran, air matanya jatuh lagi.

Ibu jari Altaf menyeka butir matanya yang jatuh mengena pipi kemerahan si anak. "Apa ayah nak jawab bila ibu dah sedar nanti, sayang..." Eima bukan sahaja tidak tahu akan kewujudan anak sulung mereka ini, malah Eima tidak berpeluang untuk menyentuh bahkan melihat si anak yang telah dikandung sepanjang 8 bulan itu.

Sedangkan, Eima sepatutnya berada di tempatnya sekarang. Hingga ke hari ini, masih terpateri di ingatan detik-detik Eima perjuangkan rumah tangga mereka. Dalam waktu yang sama, wanita kesayangannya juga sedang mengandungkan zuriat-zuriatnya. Eima bukan sahaja berjuang untuk Altaf, tetapi demi anak-anak mereka juga.

"Maafkan ibu dan ayah, ya? Maafkan kami sebab tak sedar akan kehadiran awak." Altaf bawa si kecil itu lebih merapat dengan wajahnya. Dahi bersih itu dia kucup lama. Esakannya pecah tatkala haruman wangi menyengat rongga hidung.

Rambut halus di ubun-ubun si kecil, Altaf usap dengan ibu jarinya. "Ayah sayangkan awak sangat-sangat. Ayah yakin, ibu pun sama."

Altaf diam sejenak sebelum dia hemburkan tawa kecil. "Tak... Ibu loves you more than I do, sayang. Ibu loves you so much. She indeed loves you because she will do anything for the sake of people she loves..." Penuh maksud tersirat kata-kata yang diungkap oleh Altaf.

Dalam tak sedar, dia merintih lagi. Altaf bukan tidak redha dan terima akan ketetapan Tuhan ini... Altaf cuma perlukan ruang dan waktu. Segala yang menimpa diri ini, berlaku dengan begitu tiba-tiba. Buktinya, dia sudah kehilangan insan kecil yang merupakan tanda cintanya bersama Eima ini. Dia hampir hilang insan-insan kesayangannya...

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now