𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 20

10.7K 712 45
                                    

"Bubungah. Siapa uncle hesmes tu?"

Mendengar soalan Icha, Eima mengecilkan anak mata. Hurm, hesmes ya Icha?

"Itu suami bubungah..."

"Wah suami? Macam papalah, suami mama!" Mata bulat Icha bercahaya. Pelukan pada tubuh Eima dikemaskan. Icha rindu bubungah!

"Ye..." Eima mencuit halus pipi tembam Icha. Geram. Dah lama mereka tak bertemu. Kali terakhir, raya agaknya. Itu pun hanya sehari abang Edrees menetap di kampung.

Nama je kampung, tapi tak pernah hayat nak berkampung lama sikit. Balik-balik alasan samalah yang diguna pakai selalu. Busy.

"Bubungah... Icha shuka lah uncle tu. Dahlah baik, tadi dia peluk Icha." Kepala Icha bergerak teruja. Icha tak boleh tengok uncle lama-lama, tak tahu kenapa.

"Haip. Jangan macam-macam ya? Uncle Altaf, bubungah punya. Icha cari lain." Amaran tegas dia berikan buat Icha. Pipi tembam si kecil turut dicubit manja. Kecil-kecil dah gatal. Menurun siapalah agaknya?

Icha senyum lebar. Sisi kepala melentok di dada Eima.

"Bubungah... Kita share nak?"

Mata Eima membulat besar. Share? Wah dahsyat penangan Altaf.

"No way! Uncle hak milik bubungah. Uncle sayang bubungah sorang je. Tak boleh share-share!" Kepala digelengkan beberapa kali. Bahaya si kecil ni. Ada hati nak berkongsi Altaf dengannya. Eima babap kang?!

"Hurm..." Sedihnya. Bubungah tak nak kongsi dengan Icha. Tapi sebab Icha sayang bubungah, jadi Icha ikhlaskan hati.

"Takpelah bubungah. Icha redha..." Kelopak matanya dikatup. Sisi pinggang Eima ditepuk lembut.

Pecah tawa Eima. Alahai Icha. Cakap serupa orang tua. Sedangkan umur baru menginjak 4 tahun. Bila Eima tanya, katanya belajar dari bibik. Macam-macamlah.

"Icha tidurlah dulu. Malam ni kita jumpa mama dengan papa."

"Okey bubungah!" Icha menurut kata. Dia pun memang mengantuk sangat dah. Icha penat menangis dan bercerita pada bubungah.

Daun pintu suite, Altaf katup perlahan. Kaki diorak ke arah ruangan dapur yang mewah dan agak besar. Plastik makanan yang sudah dibungkus elok diletakkan ke atas meja dapur.

Langkah besarnya kembali diorak ke arah bilik tidurnya dan Eima. Pintu yang tidak tertutup rapat dan terbuka itu ditolak. Hujung bibirnya naik sebelah melihat dua kujur tubuh yang berpelukan di atas katil itu.

Anak mata hitam Altaf berpusat pada Eima yang termenung sendiri sambil tangan setia menepuk bahu Icha yang tidur dalam dakapan Eima.

Altaf ambil tempat di birai katil. Punggungnya dilabuhkan tepat di sebelah pinggang Eima yang membelakanginya itu. Tapak tangan kasarnya menyentuh sisi bahu Eima.

"Eima." Panggilnya perlahan. Tidak mahu mengganggu Icha yang tidur.

Terhinjut kecil batang tubuh Eima mendengar seruan seseorang. Kepala dipusingkan sedikit. Senyuman tipis dikoyakkan sembari melihat wajah tampan encik suami menghiasi retina mata.

"Awak dah balik? Sorry. Saya tak perasan." Katanya. Macam manalah dia boleh tak sedar dengan kehadiran Altaf yang betul-betul di belakangnya ini? Termenung sangat. Fikirkan manusia yang tidak pernah ambil kisah tentangnya.

Altaf geleng kecil. "Jom makan. Aku dah belikan makanan. Eima belum makan dari pagi, kan? Nanti perut kosong." Ajak Altaf. Kasihan Eima. Niat mereka pagi tadi nak keluar makan, alih-alih banyak pula perkara yang jadi.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now