𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 50

9.5K 991 382
                                    

"Bad news, Taf. Any private jet or Airbus corporation was forbidden to land by the Malaysian government unless it was an emergency landing."

"Goddammit!" gumam Altaf di bawah nafas.

"Airport curfew?" soal Altaf. Meskipun dia tidak rasa yang telahannya itu benar.

Mateen di hujung talian, menggelengkan kepala. "No. Campur tangan old money elite ni."

Mendengarkan itu, tubuhnya yang bersandar di kerusi berubah tegak. Dahi mula berkerut keanehan dengan apa yang baru sahaja didengari itu tadi.

"Kenapa kau syak macam itu?"

"If it's for the government, we won't receive billions," kias Mateen.

Dan Altaf tidak bodoh untuk tidak memahami kiasan tersebut.

"And billions for a 2-day restriction? Speak enough, there was someone behind this."

Diam. Kali ini, kosa katanya bagai dicuri.

"Too much, kan?" Altaf cuba menduga.

Mateen angguk. "Beyond the maximum of what we've agreed. But as it was an act of courtesy, we couldn't ignore the request. Sorry, Altaf."

Jumlah pampasan yang mereka dapat itu amat tidak masuk akal baginya.

Altaf hanya memberikan senyuman tipis. Dapat dia tangkap nada serba salah daripada lelaki itu. "Tak apa, Mateen. Kau dah banyak tolong aku."

Altaf tahu, permintaannya tempoh hari itu bukannya sesuatu yang mudah. Malah mustahil. Dia sudah cukup beruntung Mateen sudi menghulurkan tangan.

"Kau okey ke, Taf?"

Mateen melepaskan keluhan berat saat mendengar tawa di sebelah talian. Ketawa yang amat menyakitkan. Tebakannya benar. Apa yang bermain di fikirannya adalah sama dengan lelaki itu.

"Aku dah agak dia tak akan berdiam diri. Tapi setara ini? Tak masuk akal, Mateen..." Altaf lurutkan rambut lebatnya dengan jemari. Sungguh kusut dan serabut.

Mateen diam. Dia kasihankan Altaf. Kenapa hidup lelaki sebaik Altaf terlalu banyak liku dan rintangan, sedangkan yang hanya lelaki itu inginkan adalah sebuah kebahagiaan kecil.

Ting!

Altaf terkejut saat melihat paparan skrin iPad di tangannya menyala. Pesanan e-mel daripada syarikat yang masuk, menyentakkannya.

"Mateen. Aku letak dulu. Nanti aku call kau balik."

Sejurus itu, Altaf menghubungi Alvina. Setelah beberapa saat, suara si bongsu menghentam gegendang telinga.

"Vina. Kak long mana?"

Alvina terpinga-pinga sebelum dia memandang kakak iparnya yang sedang membelek baju untuk si suami.

"Ada dengan Vina. Kenapa along?" jawabnya. Hairan bila ditanya dengan nada keras sebegitu.

"Hantar kak long balik. Sekarang. Jangan beritahu dia yang along suruh," arahnya sejurus skrin iPad yang menyala itu dipadam.

ALTAF'S SAVIOURDonde viven las historias. Descúbrelo ahora