𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 18

10.6K 764 59
                                    

Eima pandang tubuhnya melalui pantulan cermin. Chemise nightgown berwarna violet yang membaluti tubuh dipandang lama. Lace di bahagian atas dada disentuh.

Eima kedip mata beberapa kali. Bibir bawahnya turut dibasahkan. Sekali lagi Eima membelek tubuhnya pada cermin.

Betul ke ni Nur Eima? Sangat seksi. Seluruh kawasan lengan, bahu, dada dan juga betis terdedah.

Eima ambil nafas panjang sebelum dihembus perlahan. Kedua belah tangan dikepal. Iris bundarnya tajam menikam diri sendiri.

"Fuh, Eima boleh! Misi memikat Altaf pasti jadi!" Bisik Eima semangat.

Anak matanya menekur hair clip yang dihiasi dengan rama-rama di atas sinki. Rambutnya didandan dengan gaya half-up.

Dikemaskan rambut hitam yang hanya separas bawah ketiak itu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

Eima tidak percaya dengan diri sendiri. Rasa nakal juga. Melampaukah dia berpakaian sebegini hanya untuk memikat hati Altaf? Tetapi Eima baca blog rahsia rumah tangga bahagia yang ditulis oleh MakKiah glamour itu tempoh hari, katanya tips ini paling menjadi.

Bila lagi nak berdandan sebegini kan? Dengan suami sajalah. Lagipun, Eima pernah juga berangan nak pakai seksi-seksi macam ni. Ingatkan nampak kolot, rupanya boleh tahan juga.

Tiba-tiba tapak tangan Eima berlabuh pada perutnya. Dicubit-cubit isi perut yang berlemak itu. Tidak semena, bibirnya jatuh melengkung. Turun satu tangga keyakinan yang Eima baru bina tadi.

Eima gemuk... Tapi macam mana Altaf boleh kata pinggang Eima ramping? Altaf nak ambil hati lah tu kan? Eima tak nafi, memang dia suka. Pandai Altaf ambil hati Eima. Siaplah dia. Eima gigit nanti. Comel sangat siapa suruh?!

Eima menapak ke arah pintu tandas. Dibuka daun pintu sembari kepalanya dikeluarkan sedikit. Bebola mata bergerak ke segenap ruang bilik mewah itu.

Okey, cun! Altaf belum pulang.

Altaf keluar selepas maghrib tadi. Katanya jumpa kawan zaman belajarnya dahulu. Altaf ajak Eima sekali, tapi Eima beralasan. Tak larat dan letih berkejaran dengan Altaf di pantai tadi.

Sedangkan Eima punya plan lain. Hehe.

Eima menghempas badan ke atas tilam. Tubuhnya bergolek ke arah hujung kiri katil lalu wajahnya ditekup pada bantal milik Altaf. Kuat sungguh bau perfume Altaf.

Masculine, sexy, seductive and spicy.

Eima berdehem beberapa kali. Kepalanya turut digelengkan ke kiri dan kanan dengan kasar. Mengusir bayangan fikiran yang sungguh nakal dan liar itu.

"Jangan nak miang sangat er Eima!" Ujar Eima tegas. Kedua belah pipinya ditepuk lembut.

Eima mula menyelesakan kedudukan. Anak mata dipakukan ke arah pintu bilik yang masih terkatup rapat. Jam dinding turut dipandang sekejap. Lambat lagi ke Altaf nak balik?

Menyesal pula tak ikut Altaf. Eima dah rindu...

Mata Eima jatuh pada setangkai bunga yang berada di atas nightstand. Tubuhnya diangkat lalu mengengsot ke arah situ.

"Rose putih?" Soal Eima aneh. Berlapis dahinya melihat sekeping kad yang sudah bertulis itu ditindan oleh bunga ros.

People said the white rose is symbolic of purity and innocence. No wonder it reminds me of you, my angelic yet mischievous Eima. I hope you treasure and cherish this small gift from me. Thank you for being my wife, Eima. May Allah always bless you, my saviour. Have a good rest.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now