𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 45

12.9K 1K 201
                                    

"Arghhh!!!"

Eima menjerit di sebalik tekupan wajahnya pada bantal empuk itu. Sebelah tangan yang kosong itu, dia kepal kuat-kuat lalu memukul tilam katil.

Dush! Dush! Dush!

Sentak dia angkat kepala. Meruncing tajam anak matanya ke arah skrin iPhone itu.

"Tak guna!" gumamnya di bawah nafas.

Rambut yang dibiarkan jatuh mengurai tanpa ikatan sudah kusut masai. Dek kerana amukan yang tidak seberapanya tadi.

Punca? Siapa lagi kalau bukan penyondol tidak guna itu— Si telur rebus! Pengganggu keamanan rumah tangga Eima dan Altaf.

Belum sempat Eima mahu membalas pesanan Zaril yang telah menghantar video berdurasi hampir 30 minit itu, satu pesanan lain masuk. Daripada orang yang sama cuma konteks berbeza.

Kali ini Zaril hantar sekeping gambar. Gambar Zaril bersama seorang wanita. Bertudung dan manis senyuman wanita itu. Siapa ini?

Zaril 🥚
+ Inilah Dila. Bakal isteri aku. Cantik kan dia, Eima? 😎

Meluas kelopak mata Eima. Ternganga bukaan mulutnya. Ya Tuhan? Itu Dila?! Cantiknya Ya Allah. Sangat tidak sepadan dengan Zaril.

Zaril
+ Btw kau dah tengok kan video unboxing aku itu? Sekarang, masih tak percaya yang Altaf lebih sayangkan aku daripada kau wahai minah tiga suku? Sedar lah Eima, berpijak di bumi yang nyata. Kau kena terima hakikat yang kau itu back up plan Altaf je sebenarnya 🤪

Kali ini, sungguh darah Eima mendidih mencapai tahap maksimum. Zaril benar-benar keterlaluan dan kebudak-budakkan. Setiap patah perkataan lelaki itu cukup membuktikan betapa tidak matangnya si Zaril.

Silap besar si Zaril nak ajak bertempur dan bergaduh. Ini Nur Eima lah! Jangan pandang dia sebelah mata.

Eima tekan bahagian hujung kanan skrin yang mempamerkan ikon mikrofon itu. Sempat dia berdehem beberapa kali sebelum Eima bersuara.

"Kau dengar sini baik-baik, Zaril Hadif. Kau ingat aku ini budak tiga tahun yang senang nak digula-gulakan ke?! Kau fikir aku bodoh sangat ke sampaikan tulisan cakar ayam dengan tulisan laki aku sendiri pun tak boleh beza, hah?! Hina sungguh lah kau samakan tulisan Altaf dengan tulisan kau itu. Aku tahu lah kau yang tulis sendiri kad ucapan konon-konon daripada Altaf itu, penyondol!" senafas Eima luahkan separuh daripada ketidak puasan hatinya itu.

Ini baru sedikit, okey? Jika diikutkan hati, bermacam-macam mahu dilemparkannya. Mujurlah Eima manusia yang penuh dengan sikap sabar.

Ada ke patut Zaril menipu dia yang mengatakan Altaf menulis kad ucapan itu? Eima sudah zum dan tilik betul-betul tulisan itu. Dan Eima pasti bukan tulisan Altaf, tetapi Zaril. Dia sendiri yang tulis. Konon Altaf tulis yang Zaril lebih penting daripada Eima dan Altaf lebih sayangkan Zaril berbanding Eima.

Penipu!

Eima tekan sekali lagi ikon mikrofon itu.

"Dasar try hard! Huh! Mulai hari ini, kita bukan kawan lagi. Menyesal aku mengaku penyondol macam kau ini kawan aku. Sampai sini hubungan kita. Assalamualaikum!" Usai itu, Eima lempar iPhone miliknya itu. Wajah kembali ditekup ke atas bantal empuknya.

Eima geram, marah dan serabut dengan Zaril yang seharian mengganggunya. Hantar video unboxing pula itu.

Eima pun silap juga. Sanggup habiskan 30 minit melayan video sampah itu.

Di sisi lain pula, Altaf yang baru sahaja muncul disebalik bilik air dengan hanya berseluar, berkerut melihat posisi Eima di tengah-tengah katil. Eima sedang bersujud! Lain macam.

ALTAF'S SAVIOUROù les histoires vivent. Découvrez maintenant