°∘∘46∘∘°

Start from the beginning
                                    

Dari atas hingga bawah Uqael perhatikan. Lengan kirinya ada ukiran tattoo yang kecil. Hanya huruf 'K' sahaja yang jelas dilihat. Belum sempat dia mahu menilik lebih, parang lelaki itu menghinggap tepat di lehernya.

"Sial kau! Kau nak bunuh aku pula? Kau kenal tak aku siapa?!" Jerkah Uqael apabila dia terpaksa mendongak wajah. Salah gerak saja memang habis lehernya dihiris.

"Very much, idiot. That's why I want to kill you.." Sengaja mata parang itu ditekan sedikit. Tatapan garangnya membuatkan Uqael semakin sesak bernafas.

"Seronok jual perempuan? Nak tengok aku jual mak kau pula?" Soalnya dengan sinis.

"Bullshit!" Rasa tercabar Uqael apabila bondanya dilibatkan.

"As your wish."  Parangnya dilibas pada bahu Uqael. Dia memang menunggu waktu yang sesuai untuk mencederakan lelaki itu.

"ARGHHHH!"

Ikutkan nafsu tidak berhati perut, memang dia nak kerat saja bahagian mana yang dia suka.

Mulut Uqael tidak berhenti mengerang sakit. Telapak tangan yang memegang bahu habis berlumuran dengan darah. Dasyatnya rasa sakit itu ibarat lengan terasa bagai mahu putus.

"Sikit je tu.." Disebalik topeng yang menutup wajah, bibirnya mengukir senyuman lebar. Masih belum puas! Sisa darah yang berada di hujung parang dilapkan pada baju Uqael.

Dia menggunakan buku lima untuk mengerjakan wajah Uqael. Apabila lelaki itu terbatuk dan liurnya berdarah, baru dia berhenti.

Uqael akhirnya terduduk akibat tubuhnya yang kehilangan banyak darah. Badannya tersandar pada pintu kereta.

Lelaki tadi turun bercangkung di tepinya. Masih terserlah aura psikonya waktu itu.

"A... aku.. akan cari kau sampai da..dapat. Darah... gantinya darah.." Kesat kerongkong akibat dibelasah. Mata Uqael semakin layu.

"Stop talking. Appreciate your second last breath." Bisiknya perlahan seolah ada pesanan yang tersirat. Berlagak tak sudah jantan ni. Padahal dah nak mampus dah pun...

"Ciao.." (Bye) Tidak mahu isu kemarahan semakin parah, bingkas dia bangun membetulkan posisi tubuh. Anak mata meliar memandang setiap penjuru.

Puas. Tapi masih tersisa.

Mendengar sahaja derap kasut lelaki itu beredar, lekas-lekas Uqael mengeluarkan iPhone nya dari poket seluar.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now