°∘∘44∘∘°

9K 698 36
                                    

"Tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tu..tuan, nak tanya boleh?" Hayfa masih rasa janggal apabila dia hanya berdua dengan Fareez di dalam wad itu. Kedua-dua kakinya yang tidak menyentuh lantai dihayun laju untuk menhilangkan rasa kekok.

"Not now," Bicara Fareez tanpa memandang Hayfa. Dia sibuk melipat baju-baju Hayfa, mengemas segala barang gadis itu memandangkan dia bakal discharge hari ini.

"Alaaa..." Muram terus apabila dia tak dibenarkan untuk bertanya. Hayfa masih tak faham mengapa sehingga hari ini Fareez endah tak endah saja melayannya. Beku! Tapi tak boleh nak marah sangat, makan minum serta pakaiannya semua diuruskan oleh lelaki itu.

"Tolong lah, izinkan saya tanya.."

"Saya janji satu soalan je!" Hayfa menggerakkan tubuhnya, menghadap Fareez di hujung katil wad.

Fareez merengus kasar. Tangannya berhenti dari berkerja. Dia balas tatapan anak mata Hayfa dengan renungan tajam.

"Apa?" Kali ini saja dia bagi peluang untuk bertanya.

"Tuan nak bawa saya pergi mana lepas saya keluar wad ni?" Hanya perkara itu yang bermain di kepala dari semalam. Bukan apa, pekerjaan Fareez pun dia masih tidak tahu sehingga harini.

Takkan dia nak bawa aku pergi rumah dia kut? Err..

"Ke tempat yang lebih selamat." Ringkas jawapan Fareez. Hujung zip ditarik sehingga beg baju Hayfa itu ditutup dengan kemas.

"Tempat yang selamat? Kat mana?" Hayfa hampir terlupa akan janjinya tadi. Sepatutnya satu soalan je! Tapi jawapan Fareez langsung tak memuaskan hatinya.

Kali ini, Fareez tidak lagi sibuk untuk mengemas. Tubuhnya ditegakkan, lalu tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Lelaki itu mendekati Hayfa dengan wajah dinginnya.

"Tu...tuan, saya tak sengaja. Maafkan saya," Cepat-cepat Hayfa mohon maaf. Dia melarikan anak mata dari bertembung dengan Fareez.

"You better shut up, or I'll do something unexpected later." Katanya perlahan dan menghentikan langkah betul-betul di hadapan Hayfa. Sengaja Fareez merapatkan jarak di antara mereka.

"Baik! Sa..saya diam!" Terus gabra Hayfa dibuatnya. Dia mengengsot sedikit ke tepi. Tak selesa dengan jarak yang dekat seperti itu. Demi Allah, degupan jantungnya benar-benar laju sekarang!

"Kenapa? Takut?" Fareez menunduk sedikit. Lagi Hayfa cuba mengelak, lagi dia mengunci pergerakannya.

Mati akal Hayfa mahu menjawab. Dia sebenarnya rasa tak selesa bukan sebab dia terkejut dengan perubahan Fareez yang berani dekatinya dengan serapat ini. Tapi dirinya masih belum pulih dari trauma.

Ada banyak yang belum dia ceritakan pada orang tentang masa lampau.

"Saya tak bergurau, Tuan.." Mata dipejam. Nada suaranya bergetar ketika menutur ayat.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now