°∘∘46∘∘°

Start from the beginning
                                    

"Dah bos. Cuma saya nak tanya, betul ke bos nak libatkan Intan sekali? Customer nak ke kalau condition dia tak seberapa? Luka dan lebam sana sini.." Jawab pengawal peribadinya mendatar. Kemana sahaja urusan perniagaan Uqael, di situlah dia akan ada.

"Stupid boy! Agak-agak sikit lah nak bercakap pasal lebam tu. Kalau orang dengar, tak pasal-pasal business aku lingkup." Uqael menoleh ke arah pengawalnya itu. Wajah marahnya ditayang. Tak suka bila sesuka hati kerja kotornya dicanang di hadapan orang.

Lebih-lebih lagi sekarang mereka berada di tempat publik. Mujur saja kawasan parkir ini lengang.

"Maaf. Maafkan saya," Laju pengawal tersebut meminta maaf. Karang tak pasal-pasal dia yang mendapat luka dan lebam.

Puas Uqael merenung tajam lelaki itu, dia kembali mengatur langkah ke keretanya yang diparkir tidak jauh dari situ.

Lebih kurang 10 saat suasana sepi tanpa suara...

"Bukak lah lock pintu kereta ni, kau tercegat apa?" Arah Uqael tegas. Padahal mereka betul-betul dah ada depan kereta. Tetapi pengawalnya masih belum beranjak dari berada di belakangnya. Lembab betul jalan?

"What are you doing behind—" Dengan bengis lelaki itu meninggikan suara. Tubuhnya dipusing kebelakang namun pergerakannya terpaku sebaik sahaja melihat sesuatu yang tidak kena.

"Aaarkkk...." Bukaan mulut pengawal tadi mengeluarkan darah. Matanya terbeliak menahan sakit.

Sebaik sahaja bunyi desingan besi dikeluarkan, lelaki tersebut tersembam jatuh ke tanah.

Tersentak Uqael apabila ada seseorang yang berada di sebalik pengawalnya. Pergerakan anak matanya terhenti pada parang yang dipegang oleh si gerangan itu. Masih berkilau walaupun sudah berlumuran dengan darah.

"Who the fuck are you?!" Terkejut dengan pembunuhan yang baru sahaja berlaku di depan matanya. Uqael gugup namun dia hairan bagaimana ada yang berani mencari fasal dengannya. Gila!

Figura lelaki yang sempurna. Tegap dan tinggi serta berserba hitam. Namun hanya sepasang matanya sahaja yang terlihat. Parang masih dipegang, dia menapak beberapa langkah ke hadapan.

"Setapak lagi kau dekat dengan aku..." Revolver dikeluarkan dengan perlahan-lahan.

"I'll shoot you." Uqael terus halakan revolver tersebut ke arah pembunuh itu.

"Hahaha!" Terletus ketawa besar dari bibirnya melihat seorang yang pengecut mengacukan senjata api. Sedikit pun dia tidak terkesan apatah lagi takut!

"You look scared, don't you?" Katanya sambil menghabiskan sisa tawa.

"Pengecut." Nadanya kembali serius. Amaran Uqael tadi tidak setanding dengan strategi liciknya. Dia tetap mendekati lelaki itu setapak-demi setapak.

"Siapa hantar kau? Cakap!" Uqael tahu sekarang makin ramai orang yang nak bermusuh dengannya. Tapi kali ini dia tak dapat baca siapa wajah disebalik topeng muka separuh itu. Gerun, perwatakan lelaki itu benar-benar psiko.

Melalui mata, macam pernah jumpa orangnya sebelum ini. Tapi sungguh, otak langsung tidak memberi jawapan yang tepat!

"Aku. Aku yang hantar diri aku ke sini." Ringkas jawapan lelaki bertopeng itu.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now