Ditatap dalam wajah Dahlia yang sudah comot dengan air mata. Tersimpul senyuman Raja Dylan ketika itu. Dilihat Dahlia semakin nampak comel dengan bibir cebik, hidung merah dan pipi merah.

"I miss you so much, cupcake." Luah Raja Dylan seraya mendekatkan wajah mereka dan menggeselkan hidung mereka berdua.

Tersengih suka Dahlia jadinya. Bila Raja Dylan ingin menjauhkan wajah. Pantas Dahlia menahan belakang kepala suaminya dan menggeselkan lagi hidung mereka berdua.

Memincing mata Raja Dylan merenung wajah anggun dan comel isterinya sekarang.

"Manjanya isteri abang ni."

"Mesti lah." Tergelak perlahan Raja Dylan dengan tingkah sang isteri.

Usai itu, Raja Dylan mengesat ai mata Dahlia. Dilap seluruh wajah isterinya yang comot itu. Selepas itu, dikucup dahi Dahlia dan memberi senyuman manis.

"Abang, abang.." Seru Dahlia bagaikan kanak-kanak.

"Apa, sayang abang?"

"Abang tahu tak yang Emir selalu pergi kafe nak mengorat Sarah?" Berkerut dahi Raja Dylan. Dia menggelengkan kepala tidak tahu.

Ini cerita baru dia dengar.

"Mana sayang tahu?" Soalnya.

"Tadi lah. Tiara cakap. Sarah nak mengelak dari sayang. Tapi sayang paksa juga suruh dia cerita. Pandai betul nak berahsia." Omel Dahlia seakan tidak berpuas hati.

Terbit senyuman Raja Dylan tatkala melihat wajah Dahlia yang seperti sedang marah. Itu marah ke? Asal comel sangat? Raja Dylan rasa macam nak buat Dahlia jadi keychain. HAHAHAHAHA.

"Biarlah diaorang sayang. Memasing dah besar. Mungkin.. diaorang nak private ke dulu. Lepastu mana tahu nak buat suprise jemput kita datang majlis kahwin diaorang ke. Kan?" Ujar Raja Dylan selari menatap wajah isterinya dengan pandangan redup.

Menjuih bibir Dahlia. Takkan dengan kawan baik sendiri pun nak private. Hmph!

"Sama lah macan kita. Kita pun private juga." Sambung Raja Dylan.

"Eh. Kita tak bercinta pun. Lepas dah kahwin baru bercinta. Lagi satu, kita tak private lah. Tahu-tahu kena tunang. Tapi dua-dua okay je. Sebab dah suka." Sejurus itu, Dahlia terus memeluk tubuh tegap sang suami.

Gedik seh. Tolong campak Dahlia ke dalam longkang. Dah lah masa akad nikah dia pengsan. Eleh. Curi laki kau karang. Masuk dalam guni beras. 😂😂

"Eii.. gediknya." Komen Raja Dylan selamba mengutuk si isteri.

"Gedik-gedik pun ini yang abang dok gomol setiap hari. Tak dapat, merengek macam budak tak dapat lolipop." Bidas Dahlia. Dia menjeling manja kepada suaminya.

Ingat dia nak kalah? Memang tak lah. Kita sebagai perempuan kena lawan.

Terlepas tawa Raja Dylan. Suka dia melihat wajah cemberut Dahlia. Usai itu, Raja Dylan mencium serata wajah si isteri sehingga mengekek ketawa Dahlia kerana sambil Raja Dylan cium. Sambil dia menggeletik pinggang Dahlia.

"HAHAHAHAHA.. stop, abang. HAHAHAH abang.." Ketawa besar Dahlia.

Setelah puas menggeletik dan mencium isterinya. Baru lah Raja Dylan berhenti. Dikemaskan rambut kusut masai isterinya. Sesudah itu, dicium dahi Dahlia berulang kali.

Tersungging senyuman lebar Dahlia. Dia mendongak memandang Raja Dylan selepas suaminya menjauhkan bibir dari dahinya.

Sedari tadi bibir mereka berdua langsung tidak lekang dengan senyuman manis.

"Sayang." Panggil Raja Dylan setelah agak lama mereka diam sambil bermain mata.

"Yup." Sahut Dahlia. Tergelak perlahan Raja Dylan dengan sikap comel Dahlia yang satu ini.

"Bonda ajak kita balik kampung belah bonda minggu ni. Sayang nak pergi?" Langsung berubah ceria wajah Dahlia. Kampung? Dia dah lama tak rasa kawasan kampung lepas kahwin dengan lelaki bandar ni.

"Nak. Kampung bonda dekat mana?" Tanya Dahlia ingin tahu. Tak sabar.

"Tak jauh mana pun sayang. Kuala Selangor je." Mengangguk Dahlia. Tak jauh dengan kampung dia, Sabak Bernam.

"Ada nak buat kenduri ke?" Tanya Dahlia lagi.

"Nenek nak buat majlis kesyukuran untuk kita. Sebab hari tu nenek tak dapat datang majlis kita." Beritahu Raja Dylan tentang perkara sebenar.

Mengangguk-angguk kepala Dahlia dah macam burung belatuk gayanya.

"Tak sabar lah. Nenek baik tak?" Terang-terangan Dahlia menunjuk rasa terujanya.

"Nenek baik. Jangan risau. Abang ada bagi gambar sayang pada nenek. Nenek suka sangat. Hari-hari tanya abang bila nak kahwin dengan sayang. Dah kahwin ditanya pula bila nak bawa balik kampung." Jujur Raja Dylan sambil membelai puncak kepala isterinya.

Makin bersinar mata Dahlia tatkala mendengarkan perkara itu.

"Sayang." Berdehem Dahlia menyahut panggilan sang suami.

"Abang nak sayang malam ni boleh?" Soal Raja Dylan tiba-tiba membawa topik ini.

Dahlia menelan perlahan air liurnya. Suami dia nak ke? Alah.. Dahlia pun nak juga. Tapi..

"Nak macam mana tu?" Soalan dibalas soalan. Saja Dahlia buat tidak faham.

"Abang nak sayang." Terbatuk Dahlia mendengar pengakuan jujur dan direct suaminya.

"Hmm.. macam mana nak cakap eh?" Bingung Dahlia jadinya.

"Kenapa sayang?" Soal Raja Dylan ingin tahu.

"Sayang period tadi. Nasib lepas dah siap solat isyak tu, baru sayang kena." Beritahu Dahlia sambil menatap wajah Raja Dylan.

Cemberut terus wajah Raja Dylan. Keluhan dilepaskan. Bibirnya disebikkan. Tergelak Dahlia melihat tingkah suaminya.

"Sayang.." Merengek manja Raja Dylan. Sebelah tangannya merayau memegang punggung Dahlia.

"Tak tahu. Dah lah. Sayang mengantuk." Lantas Dahlia menarik selimut menutup sebahagian tubuhnya lalu membenamkan wajahnya di dada Raja Dylan. Tangan Raja Dylan ditarik dari memegang punggungnya.

Tak kuasa nak melayan perangai gatal Raja Dylan. Nasib dia tengah period ni.

Menjuih bibir Raja Dylan apabila dia tidak dapat apa yang dia mahu dari si isteri. Takkan cuit pun tak boleh? Tapi Dahlia nampaknya memang malas nak layan dia ini. Hm.

Usai itu, Raja Dylan pun turut sama lena sambil memeluk tubuh kecil Dahlia. Kepalanya diletakkan di atas kepala Dahlia. Sempat dia melabuhkan ciuman sebelum menutup matanya.


Tbc..

Selamat berbuka. Korang berbuka apa hari ni?😊
Share lerrr

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now