Bergerak gerak tubuh itu mengikut rentak lagu.
Tubuh itu bergerak mengambil plastik sampah yang sudah diikat rapi. Tudung sarung turut dicapai. Bibir masih leka menyanyi.

"Kalau barang aku boek aku mantul
Aku ada flight tank sentiasa full
Aku ada kick gila gila memang goal
Acara ku lain bukan internet troll
Okay dengar!!
Aku tak dah plug tapi lagu penuh elektrik
Taknak deal sama lu, lu penuh dengan dirty trick
Brother semua gila dope gila macam bawa brick
Semua sihat belaka tapi dalam lagu semua sick"

Pintu rumah ditutup. Handphone ditangan dibawa ke bibir menggantikan mikrofon. Bergerak gerak kepala itu menyanyikan lagu di bibir. Kaki melangkah masuk ke dalam lift yang sudah terbuka. Nasibnya baik kerana tiada orang.

Makin rancak Madiha menyanyikan lagu yang terpasang di earphone miliknya.

"HALAMAK!
Punya lah susah susah sampai sini
HALAMAK!
Boleh plak dia main benci benci
HALAMAK!
Cakap lah apa kau nak ku tak henti
HALAMAK!
Sorry bhai hari ni ku menang lagi"

Rancak gadis itu melayan lagu di earphone miliknya.

"HAA TEPOK"

"HAA TEPOK."
Tangan naik menepuk apabila menyanyikan lirik itu.

"HAA TEPOK."

Pintu lift terbuka sebelum tubuh itu melangkah keluar bersama telinga masih dipasang earphone.
"HAA TEPOK."

"HAA TE.."
Membulat anak mata Madiha apabila sekujur tubuh betul betul berdiri dihadapannya.

"halamak.."
Mulut mengumam perlahan seraya plastik sampah ditangan terlepas dari pegangan.

"Assalamualaikum.."

Tergagap gagap Madiha menjawab salam.
"Walaikumusalam.."

"tepok apa tu.."

"hah ? hah takde apa."
Earphone yang melekat di telinga pantas dicabut lalu diletakkan ke dalam poket. Wajah tampan yang sedang tertawa kecil dihadapannya kembali ditatap.

"awak buat apa kat sini ? cari Alea ? Alea kan.."

Belum sempat Madiha menghabiskan kata, jejaka dihadapannya lebih pantas memotong.
"tak.. I'm here to see you.. Annur Madiha.."

"Hah ? Dhamir nak jumpa saya ?."
Berkerut wajah jelita itu dibuatnya.

Dhamir mengangguk bersama senyuman. Topi yang berada dikepala diangkat sedikit membenarkan dia melihat wajah Madiha dengan lebih jelas.

Madiha masih dibelenggu rasa bingung.
"kenapa nak jumpa saya ?."

"erm apakata kita buang ni dulu."
Tanpa amaran plastik sampah yang terjatuh dari pegangan Madiha tadi diambil Dhamir sebelum tubuh tinggi lampai itu dengan selamba berjalan pergi.

"eh Dhamir !."
Madiha pantas mengejar langkah Dhamir yang semakin menjauh.

Dhamir tersenyum nipis apabila tubuh kecil itu sudah berjalan beriringan dengannya. Tangan sebelah berada di dalam pocket jacket hitam yang dipakai manakala sebelah lagi memegang plastik sampah.

"Dhamir.."

"hm ?."
Dhamir mengumam menyahut seruan Madiha.

"awak tak kerja ke ? dah pukul berapa dah ni ?."
Mata Madiha melihat handphone ditangan.

"saya cuti."

Madiha berkerut menatap Dhamir di sisi.
"cuti ? sebab ?."

"indra suruh."

aksaraDonde viven las historias. Descúbrelo ahora