"Dah bonda. Kitaorang solat dekat masjid." Jawab Raja Dylan. Mereka sempat menyinggah masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat isyak.

"Yalah. Sekejap." Puan Sri Hasrita menahan Raja Dylan. Berpusing Raja Dylan menghadap bonda nya. Nasib lah isteri dia ni ringan. Kalau berat, tak tertanggung rasanya Raja Dylan nak mendukung isterinya macam ni.

Puan Sri Hasrita mendekatkan dirinya pada Dahlia yang masih lena di dalam dukungan sang suami. Tersungging senyuman Puan Sri Hasrita saat memandang wajah menantunya ini.
Nampak berseri sangat. Setelah itu, Puan Sri Hasrita mencium tepi kepala Dahlia lalu diusap ubun-untuk Dahlia.

"Dah. Pergi lah masuk bilik. Rehat. Lia pun dah penat tu." Raja Dylan mengangguk. Seusai itu, masing-masing berjalan ke arah bilik.

Dengan gerakan yang penuh berhati-hati Raja Dylan membuka pintu bilik lalu melangkah masuk ke dalam. Diorak langkahnya mendekati katil.

Setelah dekat dengan katil, Raja Dylan meletakkan si isteri di atas katil. Merengek Dahlia. Lehernya digaru sekejap dan memuncung bibirnya. Raja Dylan yang melihat tingkah isterinya dalam tidur sudah melepaskan tawa perlahan.

Tergeleng kepalanya melihat tingkah manja Dahlia.

Tanpa banyak bertangguh, Raja Dylan membuka satu-persatu butang baju kemeja yang dipakai. Dibuka dan hanya meninggalkan singlet putih yang tersarung di tubuhnya.

Kemeja tadi langsung dimasukkan ke dalam bakul baju kotor yang tersedia. Diambil tuala yang tergantung di penyidai. Selepas itu, Raja Dylan membawa langkahnya masuk ke dalam bilik air. Nanti saja lah dia kejutkan Dahlia. Biarkan isterinya tidur dahulu.

Penat sangat lah tu jalan-jalan dan tengok wayang tadi. Dah kata cerita hantu tu seram. Nak juga tengok. Alih-alih menyorok di celah ketiak Raja Dylan.

~~~~~~~~~~

Dahlia membuka matanya dan dikerdipkan beberapa kali untuk menghilangkan kabur di mata. Dia melihat suasana di dalam bilik yang gelap dan hanya ditemani dengar cahaya yang samar-samar.

Gelap. Tapi tak gelap sangat.

Bilik siapa ni? Fikir Dahlia.

Dia bangun dari baringannya dan melihat tubuhnya masih lagi tersarung baju yang dipakai semasa ke pejabat Raja Dylan.

Raja Dylan? Oh. Mana suami hensem dia tu? Baru lah Dahlai terfikir tentang suaminya. Sekarang mata dia pula yang meliar mencari susuk tubuh sang suami di setiap penjuru bilik.

Badannya disandarkan di kepala katil. Dipicit pelipisnya sekejap. Terasa pening lah pula. Dikalihkan pandangannya memandang jam yang tergantung di dinding. Sudah pukul 10:30 malam.

Klak!

Tak lama kemudian, pintu bilik air dibuka dari dalam. Terjengul Raja Dylan yang baru saja keluar dari bilik air. Terkedip-kedip mata Raja Dylan melihat isterinya. Dahlia pun sama.

Raja Dylan keluar dengan hanya memakai tuala yang dililit di pinggang. Nampak perut six pack Raja Dylan. Menelan air liur Dahlia melihat tubuh seksi dan mengancam suaminya.

"Ehem. Ab-abang baru lepas mandi ke?" Soal Dahlia agak gagap sedikit. Dibetulkan cara duduknya agar tidak kelihatan seakan sedang gelisah dengan melihat suaminya begini.

Seksi!

Mengancam!

Menguji iman!

Rawr.. Dahlia. Apa ni? Bawa mengucap Dahlia. Jangan terjerumus dalam fikiran kotor. Astaghfirullah al azim.

Raja Dylan membuka langkahnya mendekati sang isteri. Dekat sahaja, punggungnya dilabuhkan di atas katil. Tempat di sebelah Dahlia diambil.

"Haah. Baru je siap. Kenapa sayang bangun ni? Tadi abang kejutkan sayang tak bangun." Tanya Raja Dylan seraya mengusap pipi Dahlia.

Dapat Dahlia rasakan tangan suaminya yang sejuk akibat baru lepas mandi tadi.

"Terjaga. Kita dekat rumah siapa ni?" Balas Dahlia sembari menyoal suaminya semula.

"Rumah bonda dan baba." Jawab Raja Dylan ringkas.

"Hah? Rumah bonda dan baba? Kenapa tak cakap nak datang sini? Dah lah sayang tidur. Mesti bonda dan baba ingat sayang tak hormat mereka. Abang.. kenapa tak kejutkan sayang? Ish.." Dahlia memukul bahu Raja Dylan sehingga berdesis sakit Raja Dylan.

"Semua dah tidur sayang masa kita sampai. Cuma bonda saja yang buka pintu untuk kita tadi. Bonda tak kisah. Bonda ingat tadi sayang sakit. Abang cakap lah yang sayang tertidur dalam kereta. Bonda suruh rehat. Bonda pun dah nak masuk tidur tadi." Jelas Raja Dylan panjang lebar.

Dahlia langsung melepaskan nafas lega. Nasib lah bonda tak kisah. Kalau sampai bonda kisah dan cakap bukan-bukan. Memang dia smackdown Raja Dylan bila diaorang balik rumah mereka.

"Sayang nak mandi tak?" Tanya Raja Dylan.

"Sayang mana ada baju." Cemberut wajah Dahlia. Dia nak lah mandi. Dah melengas ni.

"Pakai baju abang. Esok sayang pakai lah baju yang kita beli tadi." Raja Dylan memberi candangan.

"Pakai baju abang malam ni?" Mengangguk Raja Dylan.

"Boleh. Tuala?" Berura-ura Dahlia mahu bangun tapi ditahan Raja Dylan.

"Kenapa?" Tanyanya. Tanpa kata, Raja Dylan terus mencempung tubuh Dahlia dan dibawa masuk ke dalam bilik air.

"Abang mandikan. Sejuk ni. Sayang dah lah tak boleh sejuk sangat." Kata Raja Dylan selari meletakkan Dahlia duduk di tepi sinki.

"Okay. Hehe. Thank you, abang. Iiiiii loveeeee youuuu soooo muchhhh, my baby husband." Ucap Dahlia sambil mendepakan kedua tangannya di udara.

Ketawa Raja Dylan dengan tingkah isterinya sekarang. Dah lah nakal. Comel pula tu.


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

I Love You, Miss Cupcake [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin