BAB 8

23 2 2
                                    



"Assalamualaikum Yaz. Ni pak cik ni! Aidil ada telefon kamu tak? Cakap dia nak kemana-mana?" resah sekali suara pemanggil yang berada di hujung talian itu.

"Waalaikumussalam pak cik. Pak cik bawa bertenang dulu. Aidil ada dengan saya sekarang ni." balas Yazdan dengan nada yang lembut. Mahu menghilangkan kegelisahan yang bertaut di hati Pak cik Haikal ketika ini.

"Alhamdulillah. Lega pak cik dengar dia ada dengan kamu, Yaz." Pak cik Haikal menarik nafas lega. Risau sungguh dia dan isterinya apabila mengetahui anak bongsunya tiada di rumah saat mereka pulang tadi. Ditambah lagi, dengan keadaan anaknya yang belum lagi sembuh sepenuhnya dari demam menyebabkan dia dan isterinya menjadi tidak tentu arah.

"Tapi kan pak cik, Yaz rasa lebih baik kita bawak Aidil ke hospital sekarang sebab suhu badan dia makin tinggi ni."

"Saya tak dapat nak hantarkan Aidil ke hospital sebab mak dan ayah keluar dari pagi tadi. Tu yang saya nak minta pak cik datang sini ambil Aidil."

"Baiklah kalau macam tu lagi lima minit pak cik sampai. Kamu tolong jagakan Aidil ye, Yaz."

"Baik pak cik. Assalamualaikum." sebaik sahaja salamnya disahut, Aidil terus menekan butang merah dan menyimpan semula telefonnya di dalam kocek seluar.

Tiba² telinganya menangkap suara  Aidil yang memanggil namanya. Pantas dia berpusing tubuh menghadap sahabatnya itu.

"Kenapa kau bangun, Dil. Baringlah dulu. Lagi pun kau tengah demam sekarang ni."

"Aku nak pergi cari Kaseh. Aku nak jumpa dia. Kau tahu tak dia ada dekat mana sekarang?" Terdiam Yazdan apabila mendengar soalan dari Aidil. Hatinya berkira-kira mahu mengatakan hal yang sebenarnya. Takut bakal semakin melukai hati sahabat baiknya itu.

"Yaz! Aku tanya ni. Kau tahu tak Kaseh dekat mana sekarang? Kau kan jiran dia. Mesti kau tahu."

"Tak apalah kalau kau tak sudi nak tolong aku. Aku boleh cari Kaseh sendiri!" Balas Aidil dengan nada suara tinggi apabila Yazdan tidak memberikan sebarang jawapan.

Berbakikan kudrat yang masih ada, Aidil sedaya upaya bangun dari katil namun dihalang oleh Yazdan.

"Boleh tak kau jangan buat gila! Kenapa kau sibuk sangat nak cari perempuan yang dah tinggalkan kau tu? Dia tak pernah cintakan kau, Aidil! Please, open your eyes!"

"Aku sayangkan kau, Dil. Kau sahabat aku dunia akhirat. Sedih aku bila tengok keadaan kau macam ni."

"Aku sayang dia, Yaz. Sungguh aku terlalu cintakan dia."

"She is my first love. My best friend. My everything. But, how could she do that to me...hiks.hiks."

"Apa salah aku sampai dia sanggup buat aku macam ni? Sakit sangat dada aku ni, Yaz. Macam nak pecah saja rasanya...hiks.hiks." Luah Aidil dalam tangisan. Wajahnya sudah basah dengan air mata sedari tadi tidak berhenti mengalir.

"Aku faham, Dil. Tapi kau move on. Kau kena tunjukkan yang kau tak lemah. Aku tahu kau kuat hadapi semua ni. Hari ini lepaskan semua yang terbuku di hati kau tu. Menangislah sepuas hati. Aku ada dengan kau." Pujuk Yazdan. Tubuh lemah sahabatnya dipeluk erat bagi memberi ketenangan.

Pada petang itu dibilik tidur Yazdan menjadi saksi hancurnya sebuah hati milik seorang jejaka yag bernama, Aidil Arsad.

END OF FLASHBACK

======

Lamunan panjang Yazdan terhenti apabila bunyi telefon milik Aidil kedengaran.

"Hai sayang. Yes, I baru saja sampai Malaysia hari ini. Sekarang ni tengah otw pergi ke office. Baiklah I tahu. Hujung minggu ni I datang jumpa family you. Okay bye sayang."

Yazdan yang sedari tadi memasang telinga terus menyoal apabila sahabatnya itu mematikan panggilan. Keinginan nak tahu itu membuak-buak. Lebih-lebih lagi apabila dia mendengar Aidil membahasakan orang yang memanggil tadi dengan panggilan 'sayang'.

"Siapa call kau tadi? Siap bersayang-sayang bagai?"

"Bakal tunang aku."

"A-apa? Bakal tunang?" terkejut beruk Yazdan dibuatnya sampai hampir tertekan brek tadi. Mujur tiada kenderaan dibelakang kereta mereka tadi. Kalau tak, bermalamlah mereka di hospital nanti.

"Sampai hati kau tak bagi tahu aku. Kata sahabat sampai syurga. Nak merajuk lah!"

"Janganlah merajuk. Susah aku nak pujuk nanti. Aku bukan apa benda tak confirm lagi. Malas aku nak heboh-hebohkan." Balas Aidil.

"Yelah. Aku gurau je tadi. Anways, congrat bro. Akhirnya, terbuka juga hati kau nak bercinta semula. Tercapai juga impian aku nak makan nasi minyak kau." Kata Yazdan. Mengucap syukur dia di dalam hati kerana akhirnya doanya selama ini mahu melihat sahabatnya bahagia akhirnya termakbul juga.

Aidil yang duduk dibahagian penumpang hanya mendiamkan diri sahaja sambil membuang pandangan ke arah luar tingkap. Tanpa Yazdan sedari, terbit satu senyuman di wajah Aidil. Senyuman yang hanya dia sahaja yang tahu maksud disebaliknya.

======

Bersambung

Du hast das Ende der veröffentlichten Teile erreicht.

⏰ Letzte Aktualisierung: Mar 04 ⏰

Füge diese Geschichte zu deiner Bibliothek hinzu, um über neue Kapitel informiert zu werden!

KAMU YANG TERAKHIRWo Geschichten leben. Entdecke jetzt