Mukanya yang basah dengan air mata, disapu supaya tidak comot di depan Ryaz. Memalukan.

"A-abang Ryaz?"

"Ya Medina. It's me. Ryaz Zulkarnain."

Davira berpaling dan melihat sekeliling tempat itu. Mana lah tahu yang tegur tadi bukan Ryaz, tapi makhluk lain.

"Abang Ryaz ke tegur Vira tadi?"

Ryaz mengangguk.

"Macam mana abang Ryaz boleh ada kat sini?" Hairan juga. Takkan lah lelakimitu tiba-tiba sahaja ada di sebelahnya.

"Oh. Tadi ada wonderpets call. Dia cakap, ada manusia dalam bahaya, ada manusia dalam bahaya. Disini." Ryaz meniru suara wonderpets yang sudah bertahun lamanya yang sudah tidak wujud di kaca tv.

Davira gelak. Kelakar pula dia tengok lelaki macho macam ni layan wonderpets. Siap tahu lagi lagu wonderpets.

"Betul-betul lah abang Ryaz."

"Betul-betul lah ni. Kan memang Medina dalam bahaya. Tuuu." Mulutnya dimuncungkan menunjukkan kereta Dareeq itu.

Davira melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Ryaz. Kemudian dia tersengih dan menampakkan barisan askar yang tersusun cantik.

"Biarlah. Abang tak marah Vira. Beranilah dia marah, Vira rosakkan lagi dia punya kereta. Lepastu, Vira nangis kuat-kuat sampai dia penat nak pujuk," kata Davira bersungguh-sungguh.

Sedarkah dirinya, selama ini pun Ryaz yang selalu memujuknya bila dia menangis.

Ryaz menggelengkan kepalanya. "Cengeng!" Dahi Davira dijentik dengan tidak sengaja.

"Sakitlah!" Dahinya digosok untuk menghilangkan rasa sakit.

Mereka berdua akhirnya diam dan duduk di tepi kereta sambil menikmati angin yang tidak berapa ada angin di tepi jalan itu.

Kebetulan Dareeq juga sampai disitu menaiki kereta papanya. Hanya dari jauh Dareeq melihat Ryaz sedang memujuk adiknya. Hatinya sedikit terharu kerana hanya Ryaz yang mampu hentikan tangisan adiknya. Sekarang dia nampak adiknya sedang gelak ketawa bersama Ryaz.

Mata Dareeq tertumpu kepada keretanya. Mengucap panjang dia melihat kereta kesayangannya sudah tiada rupa. "Ya Allah, kereta aku!"

Kepalanya dihentak-hentak di stereng kereta. Mahu menangis dia melihat keretanya yang dibawa oleh Davira.

"Kau kahwin jelah dengan Ryaz, dik! Lepastu kau rosakkan kereta dia. Kalau hari-hari kau rosakkan kereta aku, pokai aku macam ni!"

Malas dia nak dekati pasangan itu, dia pergi meninggalkan mereka berdua. Cukuplah dia hanya melihat adiknya selamat dan dia tak sanggup untuk melihat keretanya dengan lebih dekat.

"Dah habis nangis dah?" tanya Ryaz selepas lama mereka berdiam diri.

Davira mengangguk malu.

Ryaz menghulurkan sebatang lollipop ke arah Davira. "Untuk bekalkan tenaga."

Davira menyambut huluran jejaka itu.

"Jom balik?"

"Ta-tapi, kereta abang?" Davira melihat semula kereta Dareeq yang berada betul-betul dihadapan pokok itu.

"Em... Nanti kita suruh towing datang ambik."

Mereka bangun dan ingin melangkah ke arah kereta Ryaz yang berada di seberang jalan. Tapi belum sempat lagi kaki Ryaz ingin menyentuh jalan raya untuk menyeberang, Davira gelabah menarik lengan baju Ryaz.

"Abang Ryaz! Cepat menyorok!" Lengan baju Ryaz ditarik-tarik.

"Medina ni kenapa? Kalau nak ajak main sembunyi pun, balik nantilah. Nak maghrib dah ni."

Amor Mio (OG)Where stories live. Discover now