Nathan menyapu tubir mata Sofea yang basah.

"Instead of instant noodles, I'll make you handmade noodles. Can sayang wait?"

Sofea mengangguk perlahan. "Tapi Sofea nak makan dulu boleh ? Sofea lapar sangat sangat sangat..."

Nathan ketawa, pipi Sofea dicubit.

"Banyaknya sangat sangat sangat dia, kalau macam tu tunggu sekejab, abang minta Mike ambil bahan kat bawah."

Sofea membalas dengan anggukan. Nathan bangun lalu mencapai telefonnya, pesanan dihantar melalui mesej.

Sofea bangun, dia ikut sahaja langkah Nathan. Perlahan-lahan tangannya memeluk belakang Nathan, dia rehatkan kepalanya.

"Why is my life is so hard..."

Sofea mengeluh, matanya kembali basah dengan air mata.

Nathan kaku dalam dakapan Sofea, entah kenapa selama ini dia tahu macam mana nak comfort Sofea tapi kali ini mindanya seakan tiada idea.

"Kenapa dia baru muncul ? Dia dah buang Sofea..."

Hati anak mana tak sakit bila tahu diri dibuang oleh ibu sendiri, orang yang mengandungkan dan melahirkan dia.

"Masa dia cakap, dia ibu kandung Sofea, hati Sofea masa tu sakit sangat..."

"Sayang..." Nathan berpaling kearah Sofea, dia menghadap Sofea, wajah Sofea didongak, ibunya naik menyeka air mata Sofea.

"Hiks... Hati Sofea sakit sangat..."

"Hati abang pun sakit tengok sayang macam ni..."

Nathan menarik Sofea masuk dalam dakapan hangatnya. Sofea meraung dalam dakapan Nathan.

"You know wife, tiap kali abang nampak sayang menangis dulu abang mampu hulurkan sapu tangan je dekat sayang tapi sekarang abang boleh sapu air mata sayang dengan tangan, peluk dan tenangkan sayang." Nathan ketawa halus, tangan menepuk lembut belakang Sofea.

"Pertama kali abang nampak Sofea menangis kat tepi tasik, bila dengar suara teresak Sofea. Hati abang sama pedih, sama sakit. It's as if I can feel your pain, as if we both share the same soul. If you hurt, I hurt too, sayang."

Sofea masih dalam tangisannya, baju Nathan dicengkam kuat.

"Sunset, everything happens for a reason. She appeared maybe it's time for you to meet her, maybe for the last time. After all, she's your biological mother. No matter how bad she is, she's still your birth mother. You can't hate her, it's not good."

Payah untuk Nathan keluarkan kenyataan itu tapi dia tak boleh menindakkan fakta bahawa wanita mati ditembak itu adalah ibu kandung kepada isterinya.

"But she left me..."

"I know it hurts, sunset... I can't deny your feelings, but I know you're strong. She may have left you, but there are many people around you, sunset. People who truly love you. And I love you, my sunset."

Tangan Nathan naik mengusap rambut lurus Sofea, dakapan dieratkan. Nathan rehatkan kepalanya di bahu Sofea, telinga dapat menakap suara tangisan Sofea.

"So please don't let her hurt your feelings. She left you, but not us. We will never leave you, never not even once."

Semakin kuat tangisan Sofea, kuat dan sangat kuat. Sofea seperti melepaskan segala perasaan yang disimpan lama. Cengkaman pada baju Nathan semakin kuat.

"Shhh... it's fine, it's alright." Pujuk Nathan.

Tiba-tiba suara tangisan Sofea terhenti, dahi Nathan berkerut. Belakang Nathan terasa sakit bila kuku Sofea mencengkam kuat.

"Wife ?"

Dia menolak tubuh Sofea keluar dari dakapannya. Mata Nathan terbuntang luas bila lihat wajah Sofea merah padam serta mulut sedikit ternganga.

Sofea sesak nafas.

"Hey, sayang ! Breath ! Sayang breath !" Nathan menepuk pipi Sofea berkali-kali, tangan Nathan bergetar.

Air mata Sofea tetap mengalir tapi suara langsung tiada. Tubuh Sofea terus diangkat masuk dalam bilik air sebelum diletakkan di atas lantai tandas. Paip air dibuka, air perlahan-lahan jatuh ke badan dia dan Sofea. Gaun labuh berwarna kuning pastel bertukar warna kuning gelap, gaun Sofea mula basah.

"Layla Sofea ! Breath sayang ! Please breath... Don't scare me..."

Nathan menarik Sofea dalam dakapan, tubuh Sofea dipeluk erat, sangat erat. Nathan takut, takut...

Sofea kembali bernafas semula, dadanya berombak kuat. Sofea mencari nafas. Air matanya mengalir perlahan, terasa senak dibahagian dada.

"Thank God, don't make me worry," ujar Nathan.

Nathan menutup pili air, air berhenti membasahi mereka berdua. Tangan Nathan mengosok belakang badan Sofea sebelum dibawa Sofea keluar dari dakapannya.

"Take a deep breath and breathe slowly, sayang." Mata Nathan merenung anak Sofea.

"Sakit..." adu Sofea, dadanya terasa senak.

"Abang tahu sayang boleh. Ikut abang, okay ?" Nathan membantu Sofea mencari tempo nafas. Sofea mengikut Nathan. Renungan mereka bersatu. Tempo nafas Sofea kembali normal.

Sofea dibawa dalam dakapan Nathan semula, dahi Sofea dicukup berkali-kali. Lemah jantungnya bila lihat Sofea sesak nafas.

"That's my girl... It's fine now, it's fine."

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now