Ini kalau Raja Dylan nampak, mampos dia. Tak selamat Dahlia.

Tapi lama-kelamaan Dahlia menjadi tertarik. Dia mula menggayakan dirinya di hadapan cermin seperti model. Dahlia membuat catwalk dan siap pusing.

Tapi tanpa Dahlia sedar, ada seseorang yang sedang elok memerhatinya dari tadi tadi lagi.

Kebetulan Raja Dylan balik awal hari ini kerana kerja sudah siap dan kerja semalam akan disambung di rumah. Tapi nampaknya.. macam Raja Dylan ni ada kerja lain saja.

Terkaku Raja Dylan semasa masuk ke dalam bilik apabila melihat isterinya berpakaian begini. Sungguh mencabar diri dan iman dia. Menelan air liur Raja Dylan melihat lekuk tubuh isterinya. Bukan tak pernah nampak. Dah biasa mandi sama-sama.

Cuma Raja Dylan masih dapat tahan. Tapi hari ni tak tahu lah. Raja Dylan bukan tak nak meminta hak dia. Cuma dia tak nak Dahlia merasa tidak selesa dengannya. Biarlah mereka kenal-kenal dahulu dan dia mahukan Dahlia selesa dengan dahulu.

Baru lah dia akan bercakap soal hubungan tersebut.

"Sayang." Terdiam Dahlia di tempatnya ketika mendengar suara garau yang tidak asing di telinganya.

Tertelan air liur Dahlia. Takut. Seram. Dahlia dah jadi patung. Dia tak tahu nak buat apa sekarang ni. Boleh tak dia nak jadi halimunan sekarang? Tolong lah. Pengsan ke. Tolong lah pengsan Dahlia.

Haritu masa majlis nikah kau boleh pengsan. Kenapa sekarang kau tak pengsan ni?

'Dahlia.. kau kejap lagi akan bertukar jadi lauk.' Gumam Dahlia di dalam hati.

Dia tengah merutuki dirinya sendiri. Tapi, kejap. Apa pasal suami dia balik awak hari ni?

Perlahan-lahan Dahlia berpusing menghadap suaminya sambil tangannya menarik tuala yang tergantung untuk menutup badannya.

Tersengih sumbing Dahlia. Raja Dylan mengangkat sebelah keningnya.

"Hai, abang." Sapa Dahlia sambil melilitkan tuala di badannya.

"What are you doing, darling?" Soal Raja Dylan tanpa membalas sapaan isterinya.

Tapi lain bagi Dahlia. Dia hampir nak tercekik air liur sendiri bila mendengar Raja Dylan memanggilnya 'darling'. Kelu lidah Dahlia.

"What. Are. You. Doing?" Raja Dylan mengulang sekali lagi soalannya sambil ditekan setiap satu perkataan sembari melangkah mendekati sang isteri.

Selangkah Raja Dylan maju. Selangkah Dahlia undur. Lama-lama langkah Dahlia terhenti. Belakang badannya melekap dengan almari. Tersungging senyuman senget Raja Dylan.

Baru saja Dahlia mahu berlari. Kedua tangan kekar Raja Dylan lebih pantas mengukungnya di kiri dan kanan. Wajah Raja Dylan dibawa mendekat dengan wajah Dahlia.

Gelisah Dahlia. Dia dah berada di jalan buntu. Takda tempat untuk berlari lagi.

"Abang tanya. Jawab lah." Bisik Raja Dylan di telinga Dahlia.

Raja Dylan memandang serata wajah anggun Dahlia yang beriak gelisah. Dahlia membalas pandangan suaminya dengan pandangan memohon.

Memohon agar suaminya dapat melepaskan dirinya. Dia dah macam mangsa. Raja Dylan pula pemangsa. Pemangsa yang ingin memakan mangsa. Begitu lah situasinya sekarang.

Lagi-lagi bila Dahlia melihat mata suaminya yang penuh dengan rasa ghairah. Dada Raja Dylan pun sudah naik dan turun seakan sedang menahan rasa.

"Hei." Raja Dylan menggeselkan sedikit hidung mereka. Tersentak Dahlia dari lamunannya.

"Termenung. Abang tanya, diam. Sayang kenapa baju macam ni?" Tegur Raja Dylan selari menyoal. Perlahan saja suaranya.

"Em.. er.. s-sayang.. er.. s-saja cuba." Tergagap Dahlia hendak menjawab.

"Saja cuba?" Soal Raja Dylan. Dahlia mengemam bibirnya. Mata mereka berdua saling berpandangan.

Terkedip-kedip mata Dahlia di hadapan suaminya. Raja Dylan yang melihatkan itu terus menghela nafas. Polos saja wajah isterinya sekarang.

"Sayang.. you make me turn on." Kata Raja Dylan dengan deruan nafas yang berat.

"Hm.. Ab-abang nak makan? S-sayang masak dulu. Ab-abang mesti b-balik ni n-nak makan kan?" Menggeleng kepala Raja Dylan.

Makin Raja Dylan maju mengikis jarak mereka. Tersangat rapat sehingga bahagian tubuh hadapan mereka saling melekap.

Wajahnya di dekat dengan wajah Dahlia sehingga hujung hidung tersentuh, bibir mereka juga hampir bersentuhan dan bulu mata mereka turut sama tersentuh.

Dahlia diam. Tak tahu hendak buat apa.

"Hei." Raja Dylan mengepit dagu Dahlia dengan ibu jari dan jari telunjuknya.

Terkedip-kedip mata Dahlia memandang suaminya sembari menunggu apa yang ingin dikatakan oleh Raja Dylan.

"Boleh abang minta hak abang?" Menelan air liur Dahlia tatkala mendengar soalan suaminya. Bersediakah dia?

Setelah agak lama Dahlia diam. Raja Dylan semakin merapatkan jarak antara mereka. Kini, mereka betul-betul sangat rapat. Mendongak kepala Dahlia memandang suaminya.

"Sayang.." Meleret suara garau itu menyeru sang isteri.

"S-sayang.." Dahlia menggigit sedikit bibir bawahnya lalu kepalanya dianggukkan perlahan.

Insya-Allah, dia bersedia. Bersedia untuk menjalankan tugasnya sebagai isteri. Bersedia untuk menyerahkan mahkotanya pada suaminya. Bersedia untuk menjadi satu-satunya wanita milik Raja Dylan. Bersedia untuk segala-galanya.

Terukir senyuman nipis Raja Dylan apabila mendapat kebenaran dari si isteri.

Sejurus itu, Raja Dylan meragut bibir Dahlia. Diurut lembut bibir isterinya. Pegangan Dahlia pada tuala yang menutup badannya terjatuh akibat Dahlia melepaskan tuala tersebut.

Perlahan-lahan Dahlia membalas ciuman suaminya. Ciuman yang berawal dari lembut. Kini bertukar rentak. Menjadi sangat meminta dan menuntut.

Raja Dylan membawa kedua tangan isterinya memeluk lehernya. Selepas itu, Raja Dylan mengangkat isterinya. Dahlia pantas mengalungkan kedua kakinya di pinggang Raja Dylan.

Bibir mereka masih lagi setia bergerak. Tiada tanda-tanda mahu berhenti. Masing-masing tenggelam dalam ciuman asmara yang mereka reka.

Raja Dylan mengorak langkah keluar dari closet dan menuju ke arah katil. Selepas beberapa minit asyik berciuman, Raja Dylan melepaskan ciuman itu.

Tercungap-cungap nafas Dahlia. Dia menarik nafas bagi meneutralkan pernafasannya.

Raja Dylan membaringkan Dahlia. Dahlia diam dan akur. Raja Dylan naik menindih badan si isteri lalu berdiri menggunakan lututnya. Kaki Dahlia dikangkangkan. Berdiri lah Raja Dylan di tengah-tengah kangkang Dahlia.

Membahang panas wajah Dahlia. Dia tak pernah begini dengan Raja Dylan sebelum ini biarpun mereka sudah berkahwin hampir dua bulan.

Raja Dylan membuka satu-persatu butang baju kemeja yang dipakai. Matanya intens merenung serata wajah sang isteri. Sesekali pasti mereka saling bertaut.

Selesai saja membuka baju, Raja Dylan menunduk dan kembali menindih Dahlia sambil sebelah tangan ditongkatkan agar isterinya tidak terpenyet dibawahnya. Sebelah lagi tangan membelai pipi Dahlia.

"You ready, baby?" Soal Raja Dylan mahukan kepastian.

"Yes." Jawab Dahlia.

"Are you ready to be all mine?"

"I'm yours, abang."

Usai itu, masing-masing senyap dan bermain mata. Masing-masing bercakap menggunakan bahasa mata. Hanya mereka saja yang tahu debaran di dada mereka seperti apa sekarang.

Dalam kiraan 1,2 dan 3. Dan dengan bacaan doa, mula lah aktiviti membunuh syaitan mereka.

Bye.. kita jumpa next chapter👋🏻.


Tbc..

HAAAAA!!!😱😱

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now