Miss Sunset | 31

Mulai dari awal
                                    

"KAU BAGI BALIK ANAK AKU !" Serpihan pinggan itu diambil lalu dihala kearah Qash.

"Puan ! Aku bagi amaran, letak benda tajam tu !"

"AKU NAK ANAK AKU ! SOFEA ANAK AKU, KAU TAK FAHAM BAHASA KE !"

"Tak, sekarang ni kau yang tak faham bahasa makcik !" ujar Qash.

Fatimah naik gila, dia melepar serpihan kaca ditangannya kearah Qash namun pantas mengelak. Dia terus menolak tubuh wanita itu jauh dari serpihan-serpihan kaca.

"Zayn, kau ambil alas meja tu ! Kau tolong aku ikat makcik gila ni !"  Laung Qash, dia menahan Fatimah dari bangun.

Zayn pantas mengambil alas meja, berlari kearah Qash. Tangan Zayn pantas membalut tubuh wanita tua tu dengan alas meja manakala Qash manahan dari wanita itu meronta-ronta. Pergerakan wanita tu terkunci.

"Fuh, berpeluh aku bergelut dengan makcik ni." Peluh du dahi Qash dilap dengan belakang tangan.

Zayn ketawa. "Pastu kita nak buat lepas gulung makcik ni."

Fatimah meronta-ronta tapi sayang Zayn betul-betul balut dengan kemas, buang tenaga je kalau nak lepaskan diri.

"Kita main Q&A nak ?" Kening sebelah Qash terangkat sebelah. Dia suka buat sesi Q&A lebih-lebih lagi dalam bilik siasatan, gelap dan tenang.

"Cool !" jawab Zayn.

Zayn mengambil kerusi, dipaksa Fatimah duduk diatas kerusi.

"Kau orang buat kerja gila apa pula ni ?"

Safy dan Nathan muncul menghampiri Qash dan Zayn. Wajah Nathan cukup bengis. Lengan baju disisihkan hingga terdedah urat tegang timbul dilengan Nathan. Ini kalau kena tumbuk mahu pecah muka.

"Eh ? Asal aku turun ! Sofea mana ?"

"Sofea dengan bonda," jawab Nathan. Matanya mencerlung tajam kearah Fatimah. Dia berpeluk tubuh.

"Oi makcik ! Kau cakap dengan aku, siapa yang arah kau buat semua ni ?!" ujar Nathan.

Nathan mendekati Fatimah, bunyi kaca hancur bila kasut kulit Nathan memijak kaca yang ada di lantai. Bila teringat air mata Sofea, tangisan Sofea, tangannya seakan gatal mahu melempang wanita dihadapannya tapi dia masuh waras untuk tak bersikap dayus dengan perempuan.

"M-maaf... A-aku kena paksa... Kalau tak orang tu bunuh aku..." Fatimah seakn baru tersadar bila lihat wajah gerun Nathan.

"It's too late, makcik. You've already awakened the Beast!" ujar Qash dalam tawa.

Zayn dan Safy mengangguk laju, mereka sendiri tak berani halang kalau Nathan mula marah. Nathan memang jenis orang tenang tapi sekali sentuh barang kesayangan dia, hidup bagai hujung tanduk.

"SIAPA ORANG TU ?!"

Terhenjut bahu Fatimah, badan mula bergetar.

"K-kena hati-hati... Orang tu kejam, tiada hati perut."

"AKU TANYA SIAPA ORANG TU ?!"

Suara Nathan naik senoktah, timbul segala urat ditengkuk. Dia mendengus kuat, tangan digempal menahan diri memukul wanita dihadapannya.

Fatimah seakan teragak-agak mahu menyatakan sesuatu. Bibirnya bergetar hebas.

"Se-sebelum tu, tolong jaga Sofea baik-baik. Jangan bagi orang tu dekat dengan Sofea..."

Nathan mengurut pelipis. Jujur, sabarnya sudah hilang. Jaga Sofea baik-baik ? padahal diri sendiri yang hancurkan kebahagiaan anak sendiri. Elok buang selepas itu datang kutip balik, ingat anak tu barang tiada perasaan.

"Qash, hala pistol kau dekat makcik ni !" arah Nathan senada.

"Finally ! Go on, Qash !" ujar Zayn, dia sudah lama hilang. Ikutkan baran dia, sudah lama pistol melekat di dahi makcik ni.

Qash mengikut arahan, dia pun memang lama geram nak hala pistol ni biar makcik ni triggered.

"Baik kau cakap cepat, sebelum sabar aku betul-betul hilang," ujar Nathan.

"D-Daiko Tan"

Bang ! Dahi Fatimah berlubang. Tubuh wanita jatuh tersembam ke lantai. Darah perlahan-lahan membasahi lantai, bau hanyir darah menusuk ke rongga hidung.

"Arghh !" Safy terus memeluk Nathan. Terkejut punya pasal.

"Shit man ! Qash kau betul-betul tembak !" Laung Zayn, dia lebih kepada terkejut sebenarnya.

"Bukan aku ! Pistol aku mana ada peluru !" Qash menafikan tuduhan dari Zayn.

Nathan terdiam melihat tubuh kaku Fatimah, ibu kandung Sofea.

Daiko Tan ? Itu nama kau berselindung disebalik wajah suci kau.

"I think I'm trapped in my own game," ujar Nathan

"It's fine, you have us. We never leave our friend behind," ujar Zayn. Bahu Nathan ditepuk perlahan.

"Tapi masalah sekarang kalau dia orang tanya kita buat apa dengan makcik ni, kita nak jawab apa ?" Qash merenung mayat yang dilantai.

"Ala, kita cakap je main Q&A then tiba-tiba dia gone. Bernaskan idea aku," ujar Safy.

Qash menjeling Safy, bernas tu bernas, tahu-tahu mereka berempat bermalam dekat hotel besi 5 bintang. Menu, roti terpaling mahal dalam dunia.

"Makcik ni aku settle kan, aku dah roger squad aku. Pasal apa yang makcik ni cakap tadi, aku harap tak sampai ke telinga Sofea," ujar Qash.

Safy terdiam, Zayn mengiyakan dan Nathan masih dalam keadaan tertanya-tanya.

"Apa maksud kau ?" Berkerut dahi Nathan.

"Sofea hanya adik susuan aku, Nathan. If she knows the truth about this, hati dia lagi hancur. Selama ni daddy aku simpan semua rahsia ni, dia sanggup terima kecaman Sofea asal Sofea tak tahu pasal ni. Dokumen peribadi Sofea, daddy aku tak pernah palsukan sebab benda tu memang betul. Sofea bukan anak kandung daddy but he promised my mother to always protect her as if she were his own, and I'll do the same since she's my sister."

Rambut Safy dikuak ke belakang, dia tersandar lemah pada meja bulat.

Nathan mengganguk faham, dia juga terkejut dengan kenyataan yang baru terbongkar.

"Aku tahu semua benda ni masa aku umur 19 tahun lagi. I promised to keep silent and act normal because I didn't want to hurt my baby princess, but she's hurting. She's hurting too much, and I failed to be the knight to protect her, my princess."

Perlahan-lahan air mata jantan Safy jatuh. Dia seakan dapat rasa sakit adik dia tanggung.

Semua terdiam, tak hairan lah kalau Safy sanggup simpan rahsia ni sebab dia tersangat sayang pada Sofea. We all know how he loves her.

"It's okay, Safy. I'll protect your princess," ujar Nathan

"No,we will. We're going to protect our princess," ujar Zayn

"Yes ! We, the four knights ! " ujar Qash.

Safy tersenyum dalam tangisan. Ada kawan yang cukup baik juga adalah satu rezeki. Beban yang dia tanggung sedikit ringan sebab ada lagi tiga bahu yang menolong.

"Lagi lima minit squad aku datang, baik kau orang bla kalau tak nak ada dalam list suspek." Qash ketawa jahat.

Dengar sahaja arahan Qash, berdesut mereka bertiga menghilangkan diri dan tinggallah Qash seorang diri.

C | Miss SunsetTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang