Kata dari Indra mengalihkan perhatian Alea.
"maksud awak ?."

"Takde sapa paksa awak datang majlis ni lea.. if you're not comfortable then we could just go somewhere else."
Tenang suara Indra cuba memujuk Alea.

"But she is my friend Indra.. i have to be there."

Indra mengerling sekilas tubuh gadis di sisinya.
"She even send you the invitation last minute lea.. Awak masih lagi nak side dia ?."

Alea tersenyum nipis. Tangan di riba ditatap.
"Saya tahu.. but still.. I can't denied that she is my friend. My friend who i spend my whole highschool with.. Takkanlah hari pertunangan dia.. saya tak datang kan ?."

"Hm.. but please.. Kalau awak nak balik just tell me okay ?. And one more.. please.. stay close to me lea."

Alea mengangguk. Mana mungkin dia jauh dari Indra. Salah satu sebab dia mengajak Indra menemaninya hari ini kerana Indra satu satunya insan yang mampu membuatkan dia nyaman.

Dia tahu majlis ini bakal dihadiri oleh ramai kenalan semasa zaman persekolahan terutamanya rakan sekelasnya memandangkan Amar dan dia sekelas. Dan Alea tahu, dia bakal dibanjiri soalan memandangkan ramai yang tahu bahawa dia pernah bergelar orang ketiga Amar dan Nina.

.⁠。⁠*⁠♡

'Majlis Pertunangan Nur Nina dan Amar Firas.'

Jikalau bulan lepas dia gembira menghadiri majlis pertunangan kerana nama yang tertera merupakan nama sang abang. Tetapi hari ini entah kenapa dia seolah tiada rasa.

Indra membetulkan rambut seraya menanti Alea menenangkan diri. Tubuh bersandar pada badan kereta menatap tubuh si gadis yang masih diam menatap rumah dihadapan mereka.

Tiada niat hendak mencela memandangkan dia tahu gadis ini sedang meraih kekuatan.

Alea menarik nafas. Pandangan ditoleh pada Indra. Entah kenapa hati seolah terpujuk apabila Indra tersenyum manis kearahanya. Seolah memberi isyarat bahawa semua akan baik baik sahaja.

Dua pasang kaki berjalan masuk ke dalam rumah yang sudah dipenuhi orang ramai.

Alea berdiri di samping Indra seraya mata melilau cuba mencari sesiapa yang dikenali. Terukir senyuman di bibir apabila ada tubuh yang mendekatinya bersama senyuman di bibir.

"Aleaaaa.. Lamanya tak jumpa !!."
Tubuhnya didakap erat.

"Ya Allah Aini..yer aku tau kau rindu aku."
Alea menepuk belakang tubuh gadis yang bergelar Aini.

Indra yang melihat interaksi antara dua orang gadis itu hanya tersenyum nipis. Sempat tangan menarik helaian tudung Alea yang sedikit terselak.

Perhatian Aini beralih pada tubuh Indra yang berdiri di sisi Alea.
"uuu lea sapa ni.. amboi kau diam diam."

"Ni Indra.. Indra ni Aini.. kawan saya."
Alea memperkenalkan Aini kepada Indra.

Indra hanya mengangguk bersama senyuman nipis menegur gadis yang tidak lepas memandangnya.

"kau dah jumpa Nina dah ?."

"belum aku baru sampai."

"Jom ! Nina ada kat atas !."
Tangan Alea dirangkul oleh Aini.

Alea teragak agak menatap Indra. Indra tersenyum seraya mengangguk. Seolah menenangkan Alea.
"pergilah meh saya jaga beg awak."

Handbag milik Alea yang tadinya berada dalam pegangan dicapai Indra.
"saya tunggu kat bawah khemah okay. Careful."

aksaraTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon