🎁 Chapter 23 🎁

182 6 0
                                    

Ship: Solar x Thorn

3 HARI KEMUDIAN...

Waktu rehat dimana sudah pastilah semua pelajar berpusu-pusu ke kantin untuk mengisi perut. Berlainan pula dengan Solar. Sejak awal waktu rehat tadi, dia sibuk membuat kerja sebagai Penolong Ketua Pelajar yang bertauliah.

Walaupun dia diberi keizinan untuk buat kaporan tersebut waktu lain, tetapi bagi Solar, tanggungjawab sebagai peminpin lebih penting daripada diri sendiri. Kalau tiada tugas pun, dia akan sibuk belajar di perpustakaan atau kelas. Sebab itulah kelibat ya jarang terlihat di kantin.

"Hey, Solar!!"

Solar yang sibuk menulis laporan pengawas hampir tercampak pennya apabila disergah. Dipandangnya kearah wajah Ais dengan tatapan kesal.

"Kau ni Ais! Aku tahulah kau takde kerja tapi janganlah sergah aku! Nasib baik tak comot kertas nih!" Marah Solar sambil melempang kepala Ais dengan selambanya, sebelum dia sambung menulis laporannya yang tergendala tadi.

"Aduh, sakitlah!! Kau nak aku jadi lembab ke apa?!" Marah Ais pula dengan muka tak puas hati.

Solar mengguling biji matanya dengan pandangan 'lantak kaulah' kepada Ais. "Ikut kaulah..." Lalu dia kembali menulis laporannya yang masih belum siap lagi.

Ais yang tiada kerja pula hanya memerhati kelakuan Solar yang sangat fokus menyiapkan laporannya. Terlihat wajah Solar yang sedang..sakit kepala dan tension yang teramat sangat ya?

"ARGHH!! Letihlah kalau hari-hari macam ni!!" Solar yang frust dan tension, melepaskan pennya secara kasar sehingga terjatuh kebawah meja.

Sehinggalah seseorang berdiri di depannya, dan mengutip semula pen tersebut lalu manatapnya pelik.

"Haiya, Solar! Kau dah kenapa jerit-jerit? Dah macam orang tak dapat makan seminggu tau?!" Bebel orang tersebut 'Ying' dengan mencekak pinggangnya ala-ala makcik bawang.

Solar memandang Ying dengan wajah letih dan mengeluh akibat kepenatan tahap kelima.

"Letihlah..hari-hari nak kena buat laporan. Bertulis pulak tu! Mana tak penat? Dahlah laporan benda sama je kena tulis. Salah laku lah, aktiviti lah, program lah..." Gumam Solar
sebelum kepalanya terlentok diatas meja mesyuarat bilik pengawas dengan wajah lelah.

Ying sweatdrop melihat Solar yang terlentok dek kerana letih yang amat sangat. "Alah, relax lah Solar. Aku pun PKP (Penolong Ketua Pelajar) juga. So, bukan kau je yang letih, okay?"

"Masalahnya bila Gempa takde sekarang, orang first yang cikgu cari ialah aku! Bukan kau! Haihhh..." Ujar Solar sebelum kembali terlentok diatas meja. Laporannya yang masih belum siap terusik sedikit oleh tangannya.

Ying senyap. Betul juga kata Solar. Sekiranya Gempa tidak datang atas alasan sakit atau hal lain, orang pertama yang cikgu badan pengawas akan cari ialah Solar. Kalau Solar takde sekali dengan Gempa pula, barulah cikgu-cikgu akan mencari Ying atau pengawas lain.

Ais mengusap belakang Solar dan memandangnya dengan wajah datar. "Bersabarlah, Sol. Aku faham perasaan kau even aku ni pengawas biasa je."

"Ya lor! Kitakan nak SPM dah, nanti cikgu pass-kan tugas kita kat Form 4." Tokok Ying pula sambil masih tetap bercekak pinggang.

"Hmm..." Solar hanya mengguman kepenatan dan kepalanya masih saja terlentok dek kerana sakit badan. Lelaki memang jarang sakit, tapi bila sekali dah sakit tu, PERGHH! Manja ya ampun!

Lama mereka bercakap sehinggalah sebuah suara menerpa telinga.

"Abang Solar!"

Terlihat seorang pelajar lelaki Tingkatan 3 berkaca mata berlari kearah mereka dengan sesuatu di tangannya.

Du hast das Ende der veröffentlichten Teile erreicht.

⏰ Letzte Aktualisierung: Apr 06 ⏰

Füge diese Geschichte zu deiner Bibliothek hinzu, um über neue Kapitel informiert zu werden!

Cool Prefect ♡ Cute Librarian {OG}Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt