QasQad:14

162 12 1
                                    

ʜɪᴅᴅᴇɴ ᴍɪꜱꜱɪᴏɴ
𝓉𝒽𝑒 𝓉𝓇𝓊𝓈𝓉 𝓉𝒽𝒶𝓉 𝐼 𝓌𝒾𝓁𝓁 𝓀𝑒𝑒𝓅.

            "Werkk!"

Dia bersandar tepi sinki. Ini dah kali ke lima dia muntah. Asal masuk makanan aje muntah, minum air kosong pun muntah.

Qasrina sentuh perut. Kalau ikutkan sudah dua bulan dia lewat datang bulan.

"Pregnant ke?"

Jari dibawa ke bibir. Dia tak tahu nak buat apa jika betul dia berbadan dua. Rasa nak menangis, sudah lah Qadri tak ada di sisi saat dia memerlukan begini.

Dia rebahkan badan ke sofa di ruang tamu. Badan dia juga terasa penat tak bermaya sejak dua menjak ini. Rasa mual yang datang lagi sekali cuba dia tahan dengan menekup mulutnya, tak larat nak berlari ke tandas lagi. Ikutkan hati nak saja dia tidur di tandas tu.

"Qadr... I need you," adunya perlahan. Berharap Qadri muncul dengan tiba-tiba seperti selalu bila dia perlukan seseorang. Tapi dia tahu harapannya tak akan menjadi kenyataan. Lelaki itu kini berada jauh dari malaysia.

"Wah seronok ye kau duduk rumah makngah aku makan tidur, makan tidur." wajah Irdina yang terjenggul dari muka pintu di jeling saja oleh Qasrina.

Qasrina mengeluh. Kenapalah saat dia tengah tak ada mood begini dua manusia puaka ni muncul. Qasrina pekakan telinga dengan apa saja yang diperkatakan Irdina dan emanya. Sungguh dia tak ada mood untuk bertekak, melihat muka mereka saja buat dia rasa lagi loya.

"Tengok lah biadap betul dengan kita. Kau tengok aku mengadu dekat makngah"

"Apa yang nak herankan anak yang tak ada ajaran dari mak ayah macam tu lah jadinya." Irdina ketawa dengan kata-kata emaknya.

"Patutlah biadap, tak dapat didikan dari emak ayah rupanya."

Qasrina gigit bibir, mengigil satu badan bila perihal mummynya disebut. Dia bangun berdiri tegak di hadapan dua makhluk hati busuk ini. Mata tajam menatap silih ganti Irdina dan emaknya.

"Don't you ever dare to talk about my mummy. Mulut kau dua ekor ni terlalu jijik untuk bercakap pasal mummy aku, faham? Jangan sikit pun kau sentuh pasal mummy aku. Jangan sebab aku diam kau ingat senang-senang aje boleh pijak aku. Korang tak kenal siapa aku, aku boleh buat sampai mulut korang berdua ni tak ada suara langsung untuk bercakap. Noted that!"

Irdina telan liur. Ada rasa takut dalam dirinya bila melihat Qasrina berubah seratus peratus dari biasa yang dia nampak.

Puan Irma, emak Irdina mengetap gigi. Tak boleh terima bila mereka diugut perempuan seperti Qasrina. Dia mengangkat jarinya menghala tepat ke muka Qasrina.

"Kau ingat kau siapa nak cakap macam tu dengan aku hah? Dasar perempuan sampah!"

Qasrina senyum sinis. Dia mara lagi selangkah mendekati mereka dan kedua-duanya serentak berundur ke belakang.

"Sesampah aku, aku tak hina orang lain dan sesampah aku—" matanya beralih pada Irdina, "—ada lelaki yang nak menjadi suami aku. Anak kau, ada?"

Selepas itu dia meninggalkan keduanya dengan sengaja berjalan di tengah-tengah antara Irdina dan emaknya dan melanggar bahu kedua-duanya. Dia biarkan api kemarahan mereka meruap-ruap disitu. Siapa suruh cucuk sarang tebuan lagi, kan dah mendapat.

HIDDEN MISSION: QasQadWhere stories live. Discover now