QasQad: 2

119 13 4
                                    

HIDDEN MISSION: QasQad


MAJLIS perkahwinan yang dirancang berjalan dengan lancar dan dengan meriah sekali, lebih meriah bila semuanya disponsor oleh nenda Qasrina. Qasrina adalah cucu paling disayangi oleh nendanya, apa saja yang dia ingini tak pernah tak ditunaikan. Kerana itu dia membesar dengan sikap mementingkan diri dan tidak mempedulikan perasaan orang lain.

Dalam pada sibuk melayan tetamu yang hadir dia terpandangkan daddynya datuk Mansur yang cepat-cepat ingin beredar selepas menjadi wali pernikahannya. Qasrina mengejar daddynya sebelum lelaki itu hilang.

“Daddy?” panggilnya. Daddynya hanya datang sendirian tanpa membawa mak tirinya, kerana itu syarat yang dia berikan pada daddynya kerena dia tidak pernah menerima isteri baru daddynya, baginya ibunya hanya satu walaupun ibunya sudah tiada disisinya.

“Hah nak apa lagi, semua dah setel kan?” kata datuk Mansur tak berperasaan pada anaknya. Selepas dia meninggalkan isteri pertamanya dan menikahi perempuan lain hubungannya dengan Qasrina juga renggang. Baginya Qasrina anak yang kuat melawan dan tak menghormati dirinya dan isteri barunya.

“I cuma nak cakap thanks sebab you datang,” kata Qarina mendatar. Perasaan sayang pada daddynya sudah lama mati sejak daddynya curang dengan ibunya dan membuat ibunya jatuh sakit sehingga meninggal dunia. Kerana itu menjadi salah satu penyebab kenapa dia membenci lelaki. Tapi apa pun dia tetap bersyukur lelaki itu sanggup menjadi walinya.

“Itu pun tak reti nak hormat aku lagi, dasar anak tak reti bersyukur!”

Qasrina yang sudah pun memusingkan badan untuk melangkah masuk kedalam semula, tersentap. Dia menoleh memandang daddynya semula.

“You datang pun I nak kena hulurkan duit sedangkan itu tanggungjawab you, ada hati you nak cakap pasal bersyukur. Tak tahu malu ke?” ye, daddynya datang bukan dengan ikhlas hati, tapi Qasrina perlu tawar-menawar untuk dia bersetuju menjadi wali Qasrina.

“Mulut kau memang biadap kan?!” tengkingnya kuat. Nasib baik pintu masuk rumah agam nendanya jauh dengan hall tempat tetamu berkumpul.

Qasrina memeluk tubuh. “Apa yang biadapnya benda betulkan?” Qasrina senyum sinis.

“Eh, kau tahu tak menyesal aku walikan kau, kalau tahu perangai kau macam ini aku biar kau melutut dan merayu dekat kaki aku!” marah benar dia pada Qasrina, semakin dewasa Qasrina hilang rasa hormat pada dirinya membuat dia muak dengan perangai anaknya itu.

“Kenapa ni?” tegur Qadri Iman dari belakang. Sebenarnya dari tadi dia memerhati pergaduhan dua beranak ini, dia tak faham kenapa orang-orang kaya seperti mereka ini seolah-olah miskin kasih sayang dan hilang sifat murni dalam diri.

“Hah elok lah laki kau ada dekat sini, aku nak pesan dekat kau supaya didik isteri kau ni jadi manusia yang sedar diri dia tu siapa. Didik dia jadi manusia yang tahu hormat orang tua dia ni.”

Qasrina hanya berdiri dengan bersandarkan tepi badannya pada pintu rumah utama. Kata-kata daddynya seperti angin lalu padanya.

Qadri Iman sekadar anggukkan kepala. Dia memandang kereta datuk Mansur keluar dari kawasan rumah agam ini. Dia tak tahu apa permasalahan sebenar anatara Qasrina dengan daddynya, namun dia sangat tak berkenan dengan layanan Qasrina pada daddynya. Dia di ajar untuk menghormati orang tua terutama sekali insan yang bergelar ibu dan ayah.

HIDDEN MISSION: QasQadWhere stories live. Discover now