QasQad: 7

117 7 4
                                    

ʜɪᴅᴅᴇɴ ᴍɪꜱꜱɪᴏɴ
𝓉𝒽𝑒 𝓉𝓇𝓊𝓈𝓉 𝓉𝒽𝒶𝓉 𝐼 𝓌𝒾𝓁𝓁 𝓀𝑒𝑒𝓅

           PAGI-PAGI lagi Qasrina di ganggu Qadri Iman untuk bangun kemaskan barang-barangnya. Dia kerling jam atas meja sisi tepi katil. Pukul 7:30 pagi? Awalnya Qadri bangun padahal semalam mereka tidur dalam pukul 3 pagi. Pula tu kenapa dia harus mengemaskan barang-barangnya pula. Berkira-kira dia mahu baring semula ke katil, pintu biliknya di buka dari luar secara mengejut dengan susuk tubuh Qadri Iman melangkah masuk sekali lagi. Mata Qasrina terkedip-kedip banyak kali.

Handsome!

Kenapa dia tak pernah perasan dengan kekacakan Qadri sebelum ini ye! Tu lah siapa suruh sombong sangat. Sebelum ini dia mengakui kekacakkan Qadri Iman sebab semata-mata ingin menunjuk kepada sepupu perempuan dia yang kecoh itu sahaja. Tapi sekarang dia akui yang lelaki itu memang sedap mata memandang.

"Kau dengar tak apa aku cakap ni?" matanya mengecil. "Kenapa kau tak bersiap lagi? Kan aku suruh cepat bersiap tadi." tegas!

Qasrina mencebik, itu pun nak marah. "Kejap lah orang pergi siap." dia menolak comforter tebal yang menutup separuh badannya. Kakinya turun dari katil dan di bawa ke bilik air.

Qadri Iman angkat kening. Orang? Dia perasan sejak beberapa kejadian yang menimpa Qasrina merubah gadis itu sedikit sebanyak, sekurangnya tak seperti Qasrina yang dia kenal pertama kali. Dia panjatkan syukur dalam diam.

Sesekali Qasrina menoleh pada Qadri Iman yang tekun memandu di sebelah. Dia masih tak dapat jawapan kenapa mereka perlu ke kampung. Dia Cuma hilang syarikat bukan hilang tempat tinggal. Rumah yang dia duduk itu, dia beli dengan duitnya sendiri bukan rumah pemberian syarikat atau penama rumah itu nama Mummynya.

"Kenapa kita nak kena tinggal dekat kampung?" tanyanya sekali lagi.

Dia mendegus bila Qadri tetap memilih untuk berdiam diri. Tangan memeluk tubuh.

"kenapa tak suruh Adi je yang hantar kita?" yelah dia kan ada driver, buat apa susahkan diri nak drive sendiri jauh-jauh.

Baru beberapa saat dia mengomel sendirian, akalnya terdiam mula menyedari sesuatu. Adi bukan pekerja dia lagi, bukan driver dia lagi. Adi bekerja di bawah syarikat bukan peribadi dengan dia. Adi dan Suzy bukan pekerja dia lagi. Sekarang dia rasa betul-betul sendirian, tak ada sesiapa dengannya lagi. Dia buang pandang ke luar tingkap.

Qadri memandang sebelah dengan hujung matanya. Senyap dah? Tadi bukan main banyak soalan. Dia menjeling lagi wajah polos tanpa solekan tebal itu. Qasrina sebenarnya memiliki raut wajah yang lembut, tapi disebabkan solekan yang tebal itu yang menutup kecantikan semula jadinya.

Wajah yang kosong tanpa solekan itu lagi menarik matanya untuk terus memandang sebenarnya daripada solekan tebal-tebal macam mak lampin tu. Begini lagi cantik.

Dia menoleh ke depan semula dan kembali dengan air muka yang serius bila Qasrina pusingkan kepala menghadapnya.

"Sekarang baru I sedar yang I dah tak ada sesiapa Qadr. Bukan setakat syarikat, orang yang selalu ada dengan I pun..." dia gigit bibir bawah, perit untuk teruskan kata.

"Ada je. Suzy ada, Adi pun ada. Cuma bezanya sekarang mereka dah tak bekerja untuk kau, tapi kalau kau perlukan teman mereka selalu ada dengan kau." seperti memahami apa yang terpendam dalam hati Qasrina, Qadri memberinya kata-kata positif.

"you?"

Qadri menoleh sekilas sebelum kembali fokus pada jalan. "Kenapa dengan aku?"

"You akan selalu ada dengan I tak?"

HIDDEN MISSION: QasQadWhere stories live. Discover now