QasQad 8

104 12 3
                                    

ʜɪᴅᴅᴇɴ ᴍɪꜱꜱɪᴏɴ
𝓉𝒽𝑒 𝓉𝓇𝓊𝓈𝓉 𝓉𝒽𝒶𝓉 𝐼 𝓌𝒾𝓁𝓁 𝓀𝑒𝑒𝓅

          "AWAK..."

Dia memanggil Qadri Iman yang tidur di bawah. Sudah banyak kali dia pelawa tidur saja di sebelahnya, tetapi lelaki itu berkeras menolak. Dengan alasan untuk memberi mereka berdua masa dan ruang berfikir.
Tetapi bagi Qasrina dia tak tahu otaknya masih boleh berfikir atau tidak. Fikirannya sudah penuh dengan pelbagai masalah melanda dirinya.

"Hmm?"

Qasrina mengintai Qadri di bawah. Masih belum tidur tapi mata dah terpejam. Dalam keadaan gelap dan mata terpejam pun nampak kacak gaya Qadri Iman tidur. Qasrina telan air liur. Menyesal kenapa dari awal tak goda suaminya.

"Awak belum tidur?"

"Kalau dah tidur tak ada lah aku menyahut." jawabnya sinis.

Bibir Qasrina mencebik. Dalam tenang macam ini pun dia nak sarkastik lagi.

"Mana lah saya tahu, dah mata awak terpejam. Ingatkan dah tidur."

Qadri membuka sebelah mata mencari bayang Qasrina dalam gelap yang hanya bersuluhkan cahaya bulan di celah-celah dinding kayu. "Kau kenapa tak tidur lagi?" lengan di atas dahi di turunkan menutup mata, cuba mencari lena yang hilang.

"Saya tak boleh tidur," adunya perlahan.

"Kenapa pula? Kau minum kopi ke?" padahal dia pun turut sama tak boleh lelap. Entah kenapa, mungkin sebab pertama kali tidur satu bilik dengan Qasrina walaupun tak tidur satu katil.

"Saya tak suka kopi lah."

Ye Qadri sangat tahu Qasrina tak minum kopi. Sebab itu dia selalu buatkan wanita itu air coklat panas kerana itu kesukaan Qasrina selain coklat terbukti sebagai perangsang mood tenang bagi sesiapa yang mengambilnya.

"Habis tu, kenapa tak boleh tidur?" soalnya tanpa nada.

Dia mengintai Qasrina yang mengiring betul-betul tepi katil, silap langkah memang dia kena hempap jawabnya.

Qasrina menghela nafas berat. Seperti ada sesuatu yang berat di pikulnya.

"Cuba lah pejam mata nanti dia lelap lah sendiri."

Qasrina cuba memandang Qadri Iman dalam samar-samar. Mencari dimana mata lelaki itu.

"Qadr..."

"Apa?"

Qasrina gigit jari, "Kenapa saya rasa Ibu dah tak sukakan saya ye?" dia luahkan juga apa yang tersimpan sejak dari dia tiba di kampung.

Qadri Iman diam. Bukan Qasrina saja, dia juga perasan benda yang sama. Lain sangat layanan Ibu pada Qasrina waktu sebelum ini dengan sekarang. Dengan tiba-tiba Ibu dengan anak beranak itu menjadi rapat lagi lah pelik. Pasti ada sesuatu yang Ibu dengar dari mulut Mak long dan Irdina. Bukan nak serkap jarang tetapi dia dah kenal sangat dengan perangai anak beranak itu.

"Qadr, awak dengar tak saya cakap apa ni?"

"Aku dengar, sudah lah tak ada apa pun. Ibu okay je tu, dia kan sayang sangat dekat kau. Mungkin tadi dia sibuk melayan Mak Long aku sebab itu tak terlayan kau." dia cuba yakinkan Qasrina walaupun dia sendiri tak yakin kenapa dengan Ibunya.

HIDDEN MISSION: QasQadWhere stories live. Discover now