Raja Dylan langsung mengangkat Dahlia. Terjerit Dahlia dengan tindakan mengejut suaminya.

"Abang!" Laju tangan Dahlia memeluk batang leher Raja Dylan.

Tersengih kambing Raja Dylan sambil menatap wajah terkejut isterinya. Kakinya digerakkan menuju ke ruang tamu. Dahlia memukul bahu tegap Raja Dylan selari kedua kakinya naik melilit di pinggang Raja Dylan.

"Eii.. terkejut lah sayang. Abang ni. Nak angkat pun tak bercakap." Cemberut wajah Dahlia. Tapi sekejap saja.

Lepastu, riak wajahnya langsung bertukar suka apabila didukung oleh Raja Dylan. Kepalanya terus diletakkan di atas bahu suaminya.

"Seronok abang dukung macam ni?" Mengangguk Dahlia sambil bibirnya mengukirkan senyuman paling manis.

Diangkat wajahnya lalu direnung wajah Raja Dylan tanpa berkelip. Sebelah tangannya dibawa mengelus pipi Raja Dylan dengan lembut.

Dahlia mula terfikir betapa beruntungnya dia mendapatkan seorang Raja Dylan sebagai suaminya. Bagi dia, Raja Dylan adalah seorang lelaki yang sangat berwibawa dan maskulin. Juga seorang lelaki yang sungguh-sungguh mencintai wanitanya.

Dan sekarang dia merasa sangat bahagia kerana wanita yang akan dicintai seumur hidup Raja Dylan adalah dirinya sendiri.

Dahlia mendekatkan hidungnya dengan hidung Raja Dylan lalu digeselkan perlahan. Selepas itu, Dahlia mula terkekeh perlahan.

Gedik.

Terbit senyuman lebar Raja Dylan apabila melihat tingkah isterinya ini. Manja.

Sesudah itu, Raja Dylan mendudukkan dirinya di atas sofa. Dahlia pula duduk di atas paha Raja Dylan.

"Sayang pernah cakap 'i love you' tak pada abang?" Soal Dahlia. Walaupun dia tahu jawapannya yang dia tak pernah pun berkata begitu pada suaminya.

"Tak." Jawab Raja Dylan sepatah.

"I love you, syurga sayang. I love you so much. I really really really.. love you. Lia cintakan abang sampai syurga." Luah Dahlia dengan mata berkaca-kaca.

"Hei.. kenapa ni?" Raja Dylan membelai pipi Dahlia. Risau pula dia bila isterinya tiba-tiba saja mahu menangis.

Takkan lah luahkan kata cinta pun mahu menangis. Tapi dia terharu. Terharu sangat-sangat.

"Sayang minta maaf sebab sayang lambat luahkan kata cinta pada abang. Tapi sayang nak abang tahu yang sayang sangat-sangat cintakan abang. Sayang minta maaf kalau selama ni abang mungkin rasa yang cinta abang tak berbalas. Tapi abang silap. Cinta abang berbalas. Sayang cuma takut nak luah. Dan sayang malu untuk luah. I'm sorry.." Setitis air mata Dahlia jatuh mengena pipi.

Lirih suaranya. Pandangan yang dilemparkan buat suaminya sangat lah hangat. Dia tak pernah rasa sesayang ini pada lelaki selain dari Encik Fahmi dan Danish.

"Sayang.. i love you so much too. Jangan lah nangis. Terima kasih dah balas cinta abang." Diseka air mata Dahlia. Dibawa tubuh mungil isterinya ke dalam dakapan hangatnya.

Terukir senyuman manis di bibir Raja Dylan. Dia tak pernah sangka yang isterinya meluahkan perasaan begini. Sampai menangis.

"Sayang janji.. yang sayang isk.. akan jadi is.. isk.. isteri yang baik isk.. buat abang.. isk." Kata Dahlia sehingga tersedu-sedu.

Wajahnya disembamkan di ceruk leher Raja Dylan. Sambil-sambil tu dapat lah dia bau wangian yang terbit dari suaminya.

Wangi sangat. Cair Dahlia.

Ambil kesempatan dalam kesempitan ya kau. Hahaha..

"Abang pun akan jadi suami yang baik untuk sayang. Kita sama-sama jadi yang terbaik. Okay, my flower?" Angguk Dahlia.

Raja Dylan semakin mengeratkan pelukan mereka berdua. Lama mereka dalam keadaan begitu sehingga Dahlia sendiri yang merenggangkan pelukan lalu mengelap wajahnya yang basah dengan air mata.

Tetapi, perlakuannya tersebut dihalang Raja Dylan. Raja Dylan mengalihkan tangan Dahlia dan digantikan dengan tanga dia. Dilap air mata isterinya dengan sangat lembut. Tanpa mahu menyakiti sang isteri.

"Abang.." Meleret suara Dahlia menyeru suaminya.

"Ya, sayang. Kenapa?" Sahut Raja Dylan. Ditatap dalam wajah manis Dahlia.

"Jom tengok movie? Sayang bosan lah." Ajak Dahlia seraya mencebikkan bibir.

Raja Dylan mengalihkan pandangannya ke arah jam yang tergantung di dinding. Sudah pukul 5 petang.

"Kita mandi dulu. Lepastu baru kita tengok movie. Nak?" Antusias Dahlia mengangguk. Tak kisah lah mandi dulu pun. Yang penting dapat tengok movie.

"Jom. Nak jalan sendiri ke abang dukung?"

"Abang dukung." Pantas Dahlia menjawab. Tersengih lebar Dahlia tatkala melihat wajah pasrah suaminya.

Itu lah. Dukung lagi. Kan sekarang Dahlia nak berdukung saja. Nasib lah isterinya ini ringan. Tak berat mana pun.

Usai itu, Raja Dylan bangun dari duduknya sambil mendukung Dahlia. Dengan pantas, Dahlia mengucup bibir Raja Dylan. Terhenti langkah Raja Dylan.

Dipandang wajah Dahlia yang beriak biasa tapi pipinya mula bertukar warna. Malu. Menggeleng kepala Raja Dylan dengan kelakuan nakal isterinya.

Macam-macam hal. Dia yang cium kita, dia yang blushing. Haih lah isteri.. isteri. Geram pula Raja Dylan menengoknya.


Tbc..

Chapter ni lah banyak saya padam then saya tulis semula. Lepastu padam lagi, tulis semula. Sampai lah abang Jamil mampos🤣🤣

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now