Chapter 22

152 6 3
                                    

Ketika ini, suasana jeda tanpa sebarang bentuk suara. Keputusan yang diutarakan tuan pengetua mengejutkan Ayu dan Kiki.

Mereka berdua saling berpandangan, tidak percaya dengan apa yang didengari mereka. Buang sekolah? Pada usia 16 tahun? Setahun sebelum mengambil SPM, iaitu peperiksaan terbesar?!

"Tu..Tuan..? Tuan bergurau kan? Tuan takkan nak buang kitorang..kan?" Ayu cuba bersoal mesra dengan pengetua dengan senyuman, untuk meyakinkan bahawa pengetua hanyalah bergurau dengannya dan Kiki sekarang.

"Bergurau?! Kamu dah buat salah tapi taknak terima hukuman! Saya tak main-main, dan keputusan juga muktamad. Kamu berdua akan dibuang sekolah, dan saya akan call parents kamu berdua nanti." Tegas tuan pengetua sebelum beliau memandang semula pelajar-pelajar Tingkatan 5.

"Korang kalau buat salah kecil-kecil takpelah juga, boleh pertimbangkan lagi! Ini tak, buat hal sampai 1 sekolah terkena penipuan kamu! Apa jenis junior kamu ni?! Tak reti hormat senior ke?!"
Giliran Cikgu Shielda pula menjerkah Ayu dan Kiki dengan pandangan tajam.

Ayu dan Kiki terdiam seribu bahasa. Tiada siapa mahupun jawapan yang boleh membela mereka sekarang. Sungguh, nasi sudah menjadi bubur. Mereka telah menempah kesusahan untuk diri sendiri.

Solar tersenyum puas melihat keadaan sekarang. Inilah scene yang dia nantikan setelah sekian lama berperang dengan konflik Thorn, dah inilah pengakhiran yang dia mahukan.

"M-Maafkan kami..!" Ayu cuba memohon maaf sekali lagi, berharap agar pengetua berubah keputusan dan menarik balik hukuman mereka.

"Sudah! Saya tak nak dengar rayuan dan air mata palsu daripada kamu berdua. Keluar sekarang. Kes ni dah selesai dan itulah hukuman yang kamu perlu terima." Pengetua tidak membalas ayat Ayu, malah menyuruhnya bersama Kiki untuk keluar.

Ayu dan Kiki tersentak. "T-Tapi-"

"KELUAR! KAMU TAK FAHAM BAHASA KE?!" Jerkah tuan pengetua apabila mereka cuba membantah.

Mereka tersentak mendengar jerkahan daripada beliau. Tetapi apakah daya, rahsia sudah terbongkar dan segala-galanya sudah terang lagi bersukuh membuktikan mereka bersalah. Tiada apa-apa boleh membantu sekarang, mereka sudah menerima akibatnya.

Akhirnya, dengan wajah sugul, Ayu dan Kiki melangkah keluar daripada bilik pengetua. Ditutup kembali pintu tersebut dengan tangan terketar-ketar dan air mata yang mengalir.

Pengetua menghela nafas kesal. Letih memikirkan 2 gadis dihadapannya sekarang ini. Dipandang semula kearah pelajar-pelajar Tingkatan 5

"Saya minta maaf. Saya sememangnya pengetua yang tak bertauliah. Maafkan saya.." Pengetua berdiri dan memohon maaf kepada mereka.

Mereka tidak menjawab, malah hanya senyap dah memandang pengetua dengan pandangan datar. Namun dalam hati, mereka cukup kecewa dengan sikap lelaki berusia tersebut.

Lama menyepikan diri, akhirnya Gempa membuka mulut.

"Kitorang dah maafkan tuan, tapi sejujurnya, kitorang masih tak percaya yang tuan sanggup kata kitorang suka cari pasal. Padahal kitorang cerita benda betul." Ujarnya dengan pandangan datar, diikuti anggukan daripada semua rakannya yang lain.

Tuan pengetua sekali lagi terdiam. Kata-kata Gempa sememangnya benar tanpa secalit kesalahan. Disebabkan bertindak melulu, akhirnya tanpa disedari beliau berkomplot dengan Ayu dan Kiki yang merancang jahat menjatuhkan Thorn yang tidak bersalah.

Thorn juga tidak terkecuali. Walaupun kasihan melihat tuan pengetua sebegini rupa, namun ada kalanya terbit juga perasaan sakit hati dan kecewa dalam dirinya. Siapa saja yang tidak sakit dituduh berbuat jahat? Siapa saja yang tak sakit dilucutkan jawatan tanpa sebab? Siapa yang sanggup tanggung derita depan 1 sekolah?

Cool Prefect ♡ Cute Librarian {OG}Donde viven las historias. Descúbrelo ahora