Bab 36

31 3 0
                                    

Pintu rumah ditolak, kaki kanan melangkah masuk ke dalam rumah. Telinga terdengar sayup-sayup bunyi dari televisyen. Jam di dinding dikerling sekilas. Sudah menginjak pukul 6 pagi. Dez lantas mengatur langkah menuju ke arah Cristy.

Ting!

Suara mesej yang keluar menarik perhatian Dez.

'Adam?'

Bukankah Adli sudah memberi surat Retirement letter of resignation ke?

Ya,

Retirement letter of resignation sebagai anak buah mafia.

Telefon pintar milik Cristy dicapai lalu mesej yang dihantar oleh Adam dibaca.

Ting!

Aku dah tak jadi anak buah Dez, lepasni kau delete nombor aku. Aku tak nak Dez cemburu-Adam

Dez mengukir senyum nipis. Dia melirik sang isteri seketika sebelum membaca yang lain lagi.

Aku harap kau faham dengan pekerjaan Dez. Dia buat semua ini untuk kau dan Grandma-Adam

Semua isi mesej antara Cristy dan Adam dibacanya tidak tinggalkan walaupun satu ayat.

'Ris tahu rancangan aku untuk menyelamatkan Grandma?'

Senyum kecil terbit di bibir itu. Telefon itu disimpan dalam poketnya sebelum kedua lututnya diturunkan dengan anak mata menatap lama wanitanya.

"Knowing that you love me as much as I love you is the best feeling in the world."

Dez mengukir senyuman. Hampir hujung bibir itu tak nampak lengkungan. Sangat tipis.

"I was supposed to kill them. They're supposed to stay dead."

Jeda beberapa minit, sebelum Dez menyambung lagi.

"They may be willing to die. But I am not the one who is going to kill them."

Dez merapati tubuh itu lalu di cempung masuk ke dalam bilik. Seterusnya, dia membaringkan tubuh itu ke atas katil. Tanpa menukar pakaian, Dez turut tidur bersama Cristy.

"My heart is forever yours."

Usai mengungkapkan isi hatinya, Dez melilit tangan sasanya pada perut itu lantas dibawa rapat dengannya. Tidak perlu ubat mahupun apa-apa suntikan, lelaki itu telahpun tidur nyenyak. Suntikan dan ubat yang dia guna sebelum ini telahpun tiada, diganti Cristy. Kelopak mata perempuan itu bergerak membuka dengan perlahan. Terjaga menyedari seseorang memeluknya. Jantungnya  bergerak laju apabila wajah tampan itu begitu dekat dengan sehingga deruan nafas itu mengenai pada pipinya.

"Dez," seru Cristy dengan goncangan bahu.

Namun, tak ada apa-apa tindak balas dari Dez. Malah, lelaki itu tidur begitu pulas seperti bayi kecil. Raut wajah kepenatan Dez menjadi tatapannya. Perlahan namun pasti, tangan yang melilit itu dileraikan. Sungguh ketat pelukan itu. Cuba punya cuba,

Alhamdulilah,

Dapat jugak Cristy melepaskan diri. Jam dikerling seketika, Cristy turun dari katil lalu dia mengambil wudhu. Usai itu, Cristy menghampar sejadah setelah selesai memakai telekung. Bersiap-siap mahu solat. Dia mula angkat takbir. Dez terjaga, menyedari tak ada orang di sebelah. Cari punya cari, anak matanya terpaku pada seseorang yang sedang solat.

Beberapa minit kemudian, Cristy selesai solat. Habis tahiyat akhir, Cristy berdoa. Selesai saja, dia mula melipat telekungnya. Dahinya berkerut seribu apabila Dez tak ada atas katil. Dia mengedar pandangan ke sekeliling.

The Dez (COMPLETE) ✅Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang