"Baik abah. Insya-Allah, Dylan akan sayang dan cinta anak abah seikhlas hati Dylan. Dylan minta doa yang baik-baik dari abah untuk kami berdua." Balas Raja Dylan sembari memeluk Encik Fahmi.

Berkaca-kaca mata Dahlia. Tak sangka kerana dapat mendengar kata-kata Encik Fahmi tadi. Selama ini, Encik Fahmi bukan lah seorang ayah yang mahu menunjukkan perasaannya. Tapi hari ni lain. Tersentuh hati Dahlia.

Tak lama selepas itu, kedengaran suara esakan seseorang. Berpusing Dahlia memandang figura yang teresak-esak menangis di belakangnya.

Rupanya Danish. Terkejut Dahlia bila melihat wajah adiknya yang dah basah dengan air mata. Siap disedut hingusnya. Huish, dahsyat.

"Kau kenapa, Nish?" Soal Dahlia. Dia yang nak menangis tadi jadi terbantut bila tengok adiknya begini. Sampai tersedu-sedu.

"Kakak.." Dipeluk tubuh kakaknya. Menggogoi dia menangis di bahu Dahlia.

Terkebelakang badan Dahlia apabila adiknya memeluk secara laju. Nasib baik Raja Dylan menahan badan isterinya.

"Kau pahal?" Nak ketawa Dahlia menengok adiknya menangis begini. Dah lama Danish tak menangis sampai macam ni.

Lama Danish menangis sambil peluk Dahlia. Itu pun kalau tak ditegur oleh Encik Fahmi mungkin akan menangis lagi sehingga tak berhenti.

"Nanti kalau abang Dylan ada cuti, kakak balik lah sini. Lagi satu, kau lupa? Abang Dylan kau ni ada projek dekat sini?" Terberhenti tangisan Danish.

Ha'ah lah. Dia baru teringat. Lupa tadi masa menangis. Bengong lah.

Menggaru kepala Danish. Pantas dia mengelap air matanya dengan belakang tapak tangannya. Dia tersengih kambing di hadapan Dahlia.

Tergelak perlahan Raja Dylan dengan tingkah adik ipar dia ini. Dah besar tapi macam budak-budak sangat. Dah nama pun adik manja. Memang lah macam tu. Haih.

"Kakak katok kepala kau, Danish." Dahlia dah bersedia mahu mahu mengetuk kepala adiknya. Lantas Danish menyorok di belakang Puan Aminah meminta perlindungan.

"Macam-macam lah korang ni. Dah, dah. Lia dan Dylan pergi gerak sekarang. Tengok cuaca pun dah mendung. Macam nak hujan je ni." Ujar Puan Aminah seraya menggelengkan kepalanya sekejap dengan perangai anak bongsunya ini.

Dahlia dan Raja Dylan memandang langit. Dah mula nak mendung. Baik mereka gerak sekarang. Takut jem saja nanti jalan. Dah lah mereka gerak dengan naik kereta berasingan. Nanti Raja Dylan juga yang risau dengan isterinya.

Usai saja bersalaman, Dahlia dan Raja Dylan memasuki kereta masing-masing. Perlahan kereta mini cooper dan BMW 5 Series milik mereka berdua mula bergerak keluar dari perkarangan rumah keluarga Dahlia.

Sempat mereka membunyikan hon. Encik Fahmi, Puan Aminah dan Danish melambaikan tangan mereka.

~~~~~~~~~~

Sepanjang perjalanan dari Selangor ke Kuala Lumpur. Dahlia dan Raja Dylan saling berbual melalui panggilan video di Whatsapp.

Raja Dylan tu lah. Risau sangat dengan isteri dia yang memandu seorang diri. Padahal selama ni Dahlia tu okay saja memandu seorang. Takda masalah apa pun.

Tapi bila dilihat langit sudah mulai gelap dan merintikkan hujan. Raja Dylan terus membuat panggilan video kepada Dahlia dengan nama kontak yang disimpan sebagai 'Love💗'.

Dahlia pun mengangkat saja lah bila mana nama Raja Dylan yang disimpan sebagai 'Hubby🫶🏻' muncul di skrin telefon. Dia sendiri pun sebenarnya tak biasa memandu dalam keadaan hujan lebat begini. Selalunya Encik Fahmi atau Danish saja yang akan memandu.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now