𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 64

Start from the beginning
                                    

Erat Eima genggam kepingan gambar itu sehingga hujungnya sedikit berkeronyok. Nafas dihela lemah tatkala dia disembur sebegitu oleh Marisa.

Sejujurnya, Eima sedar yang dia patut marah. Dia seharusnya memukul atau menampar Marisa apabila dia telah dituduh sebegitu. Lagian apabila Eima mengerti bahawa wanita dihadapannya ini kira, tuduhannya itu berasas dek kerana bukti berupa gambar ini.

Tidak pun, dia seharusnya menidakkan dan mempertahankan maruahnya sebagai seorang wanita tetapi Eima sedang berusaha menahan tawa daripada terhembur sahaja. Manakan tidak, gambar yang baru sahaja dilihatnya itu adalah gambar dia bersama Zaril.

Di taman, beberapa hari yang lalu. Eima masih ingat, waktu ini dia sedang bertekak dengan Zaril kerana Zaril selamba meminta Altaf untuk membelikan makanan dan aiskrim di mart berdekatan. Altaf belikan untuk Eima tetapi dirampas oleh Zaril. Oleh itu, terpaksa Altaf berulang-alik ke mart itu lagi. Memang sangat tidak kena!

Eima berdeham. Gambar itu dimasukkan ke dalam sampul surat. "Yang menjalangnya saya. Cik Marisa gelabah kenapa? Cemburu? Nak join sekali ke?" sindir Eima pula.

"W— what?" Tergagap-gagap. Tidak sangka balasan sebegitu yang dia dapat daripada Eima.

Biarlah. Sekurang-kurangnya Eima perlu hargai usaha wanita di hadapannya ini kerana sanggup membazirkan masa dan tenaga kerana terlalu berminat dengan kehidupan Eima.

Betullah abang. Eima memang ada peminat! Monolognya dalam hati.

"Tak jelas ke soalan saya? Cik Marisa cemburu? Tak cukup dengan suami saya Cik Marisa nak caras, konon-kononnya skandal saya itu pun Cik Marisa nak kebas juga ke?"

Geli-geleman tekak Eima membahasakan Zaril sebegitu. Kembang tekak. Jijik! Tapi kerana Marisa, terpaksa dia berpura-pura.

Marisa kacip gigi. Tajam anak mata menghunus wajah Eima yang terlalu bersahaja.

"Perangai perempuan lagak baik macam you ini buat I tertanya-tanya... Itu betul ke benih Altaf?" Dia masih tidak kenal erti kalah.

Eima raup wajah sendiri. "Bosanlah, Cik Marisa. Tak ada modal lain ke? Kut ya pun nak menuduh, janganlah sampai hal dalam selimut pun nak persoalkan." Buat penat aje Eima tunjukkan skil menggoda dia kepada Altaf jika alih-alih difitnah sebegini. Hmph!

"Altaf tahu tak perangai sebenar you ni?!" Suaranya meninggi. Tidak berpuas hati apabila setiap lontaran katanya dibidas tenang oleh Eima.

Halus tawa Eima kedengaran. "Apa jawapan yang Cik Marisa nak dengar? Suami saya tak tahu jadi saya terpaksa melutut dan merayu pada Cik Marisa supaya tak beritahu semua ini kepada suami saya."

"Ataupun... suami saya tahu saya ni menjalang tapi dia masih pilih saya dan mahukan saya, bukannya Cik Marisa. Macam itu ke?"

"Bitch! You slut!"

Pang!

Tidak dapat menafsir apa yang terjadi, wajah Eima terteleng ke kanan. Pijar pipi kirinya menerima habuan yang berupa tamparan daripada Engku Marisa. Pedih sehingga tubir matanya bergenang.

Eima kerdip mata beberapa kali. Dek kerana itu, setitis air mata jatuh menyentuh bawah mata. Ibu jari menyeka air mata sendiri lalu Eima bawa ke hadapan mata. Sejenak dia tertawa.

"Kenapa Cik Marisa tampar saya? Saya ada tersilap kata ke? Ataupun saya ada hina Cik Marisa?" Seingat Eima, setiap kata hina yang dia lemparkan lebih memanah pada diri sendiri. Jadi celah mana silapnya sehingga menerima habuan sehebat itu?

Sedar akan perbuatannya itu, Marisa mengundur setapak ke belakang. Tangan yang singgah di pipi Eima tadi dilihat. Bergetar-getar. Apa yang dia sudah buat ini? Dia tersilap langkah.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now