"Dylan.. keluar." Merengek manja Dahlia.

"Kenapa pula saya kena keluar?" Soal Raja Dylan.

"Nanti kita kena tangkap basah. Tolong lah keluar." Merayu Dahlia dengan bersungguh.

"Biarlah kena tangkap basah pun. Saya tak kisah." Sejurus itu, Raja Dylan terus membaringkan dirinya di atas katil.

Terbeliak mata Dahlia melihat tindakan Raja Dylan. Pantas dia bangun dan turun dari katil.

"Awak!" Menjerit sedikit Dahlia. Geram dengan Raja Dylan.

"Apa? Saya nak rehat ni, sayang. Come here. Kita rehat sama-sama." Raja Dylan menggamit isterinya untuk mendekat. Sebelah tangannya memanggil Dahlia.

"Raja Dylan Zayder. Baik awak keluar sekarang." Dahlia menghentakkan sebelah kakinya. Mukanya terpampang jelas riak takut dan risau. Matanya pun sudah berkaca.

Raja Dylan yang melihat reaksi isterinya begitu terus bangun dan menarik tangan Dahlia sehingga Dahlia jatuh duduk di atas pahanya.

"Apa ni? Awak jangan macam-macam lah Raja Dylan." Kedua tangannya melekap di dada Raja Dylan agar mereka tidak terlalu rapat. Baru saja Dahlia mahu bangun, pinggangnya langsung dipeluk dengan kemas dan erat oleh tangan kekar Raja Dylan.

Dahlia terkunci. Dia tak boleh nak ke mana. Hendak bangun atau melepaskan diri pun tak boleh. Semua angkara Raja Dylan yang sedang memeluknya sekarang.

"Kenapa risau sangat ni? Kita dah sah jadi suami dan isteri. Sebab tu lah saya boleh masuk bilik awak, duduk berduaan dalam satu bilik, baring atas katil awak dan peluk awak macam sekarang. Kita dah halal. Takda lagi kata haram antara kita." Beritahu Raja Dylan jujur dan lembut.

Dari tadi asyik menyakat. Bila tengok isteri dia dah macam nak menangis, baru lah dia bagitahu.

"Hah? Sejak bila?" Tanya Dahlia ingin tahu. Dahinya berkerut seribu. Blur.

"Dua jam yang lepas. Sayang pengsan masa saya nak sarungkan cincin." Jawab Raja Dylan selari menyelitkan rambut isterinya ke belakang telinga.

Terkelip-kelip mata Dahlia merenung segenap wajah tampan Raja Dylan. Dia cuba mengingati apa yang dikatakan oleh Raja Dylan barusan.

Selepas beberapa minit, baru lah Dahlia sedar. Ya. Mereka memang dah jadi suami dan isteri dua jam yang lalu. Jadi apa yang dikatakan Raja Dylan tadi semuanya betul.

Lantas Dahlia memejam matanya dengan rapat. Di merutuki dirinya sendiri kerana boleh tersalah faham dengan suaminya sendiri.

Dah berdosa. Aduh..

Tak memasal lah Puan Dahlia oi dah buat dosa dengan encik suami.

"Hei.." Raja Dylan mengelus pipi isterinya. Pipi kesukaannya. Dahlia membuka mata apabila mendengar suara Raja Dylan dan merasa usapan lembut di pipi dia.

"Dah ingat?" Soal Raja Dylan.

Mengangguk Dahlia menjawab soalan suaminya.

"Sorry.. saya lupa." Ucap Dahlia sembari meminta maaf. Tangan kanan Raja Dylan diambil dan digenggam dengan kemas. Lalu dicium kekura tangan Raja Dylan.

Senyum Raja Dylan melihat tingkah si isteri. Dahlia angkat saja kepalanya, Raja Dylan langsung menarik kepala Dahlia merapat. Dicium dahi Dahlia. Lama. Bagaikan sedang meluah segala perasaan dia ketika itu.

Selepas beberapa minit, Raja Dylan melepaskan ciumannya di dahi Dahlia. Dipandang serata wajah anggun isterinya. Jelas terpancar seri pada wajah Dahlia walaupun nampak pucat sedikit.

"Sayang penat ke sampai pengsan tadi?" Dahlia menggigit bibir bawahnya. Malu.

Takkan dia nak cakap yang dia pengsan sebab Raja Dylan hot sangat tadi. Kalau dia cakap nanti, malu lah. Habis kantoi. Karang ada juga dia simen muka dia.

"Tak nak lah gigit bibir. Nanti luka bibir cupcake saya ni." Tegur Raja Dylan selari mengusap lembut bibir Dahlia.

Memerah wajah Dahlia. Rasa panas saja. Padahal aircond dekat dalam bilik dia ini terbuka. Tapi tetap rasa panas.

"Sayang penat ke?" Soal Raja Dylan sekali lagi.

"Sikit." Jawab Dahlia perlahan.

"Saya minta maaf sebab dah buat awak penat. Mesti sebab awak banyak uruskan hal kita sampai awak tak cukup rehat." Dicium pipi Dahlia.

"Takda apa lah. Saya okay je. Penat sikit je pun. Tak penat sangat." Jawab Dahlia apabila melihat wajah kerisauan Raja Dylan.

"Thank you, sayang." Raja Dylan mengukirkan senyuman manis buat sang isteri.

"You're welcome." Sejurus itu, Dahlia memeluk tubuh tegap suaminya.

Raja Dylan langsung membalas dan menyembamkan wajahnya di bahu dan ceruk leher Dahlia. Wangi.

Tenang saja Raja Dylan rasa. Tadi kemain dia risau bila Dahlia tiba-tiba pengsan. Dia tahu sebab Dahlia pengsan. Sarah dan Tiara ada beritahunya.

Terbit senyuman dia. Tapi saja tanya Dahlia tadi. Tapi pandai Dahlia tipu dia. Malu lah tu. Tapi takpa. Raja Dylan suka. Dia tak nak lah isteri dia jawab jujur. Tengok tadi pun dah merah sangat muka Dahlia. Takut rentung saja sebab dah merah macam baru lepas kena panggang.


Tbc..

Dah lah pengsan. Pastu lupa diri dia dah kahwin😂😂

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now