𝗕𝗔𝗕 𝟲

Start from the beginning
                                    

"Tu!"

Elwood memandang jari Ariash yang menunjuk ke arah kereta Vios yang berada di hadapan mereka.

"Tolong dahulukan orang tua ya, anak muda."

Elwood membaca sticker yang dilekat di cermin belakang kereta Vios itu dengan jelas. What the?!

"Ni mana adil!"

Elwood mencengkam rambutnya. Ditarik-tarik rambutnya sekuat hati. Stress setelah membaca sticker yang dilekat di cermin kereta itu.

"Hidup ni kena sabar, El," kata Ariash menggeleng kepala melihat Elwood yang dah macam orang gila. Haih, dengan orang tua pun takde tolak ansur. Penatlah aku dengan budak ni.

"Okey okey, aku dah faham mainan diaorang semua ni."

Elwood mengangguk perlahan kepalanya. Lidahnya menolak pipi dalamnya. Jarinya dibawa ke hidung mancungnya. Diusap hujung hidung dengan jari telunjuk.

Ariash fokus memandang hadapan. Mengendahkan Elwood.

"Nanti balik rumah aku nak beli sticker kat Shopee!" kata Elwood penuh teruja tidak sabar untuk merealisasikan impian yang sudah terbentuk di dalam fikirannya.

"Sticker apa kau nak beli?" soal Ariash penuh tanda tanya. Kononnya dia hanya mahu berdiam diri dan membiarkan Elwood tenggelam di dalam fikirannya yang pelik-pelik itu, tapi perasaan ingin tahunya telah menghalang dirinya.

"Hehehe, aku nak beli sticker macam pakcik tulah. Tapi aku nak buat luar biasa sikit."

"Luar biasa? Maksudnya?" Ariash menoleh memandang Elwood yang sudah tersenyum lebar.

"Pakcik depan ni letak sebaris ayat je kan? Nampak tak menyakinkan. Boleh jadi yang dia tu perempuan muda yang cantik! Ataupun lelaki muda yang hodoh!" Elwood mula bersangka buruk.

"Haih, lepas tu? Kau nak dia buat apa? Letak gambar dia sekali? Dengan biodata dia? Dilahirkan dimana? Bersekolah dimana? Kau ingat cermin belakang tu seluas padang bola ke?"

Elwood mengejek Ariash dengan mengerak-gerakkan bibirnya mengikut setiap kata yang keluar dari mulut Ariash.

"Buatlah peta I-think," cadang Elwood, tangannya memeluk tubuh erat.

"Hotak kau, Aku penatlah layan perangai kau ni. Kalau aku tahu jadi macam ni, baik aku ikut Arjuna je balik tadi," kata Ariash penuh kekesalan.

Elwood mendengus kuat, kepalanya ditoleh memandang ke luar jendela. Dahinya berkerut bila memandang keadaan jalan yang sesak. Bunyi hon kereta tidak henti berbunyi.

"Tak pernah-pernah lagi jalan ni sesak. Ada roadblock ke kat depan?" soal Elwood penasaran.

Tingkapnya dibuka habis sebelum kepalanya dijenguk keluar cuba mencari tahu punca kesesakan ini.

Tapi kehadiran bas express dua tingkat di laluan mereka menghalang pemandangannya.

"Tsk!" Elwood mendecahkan lidahnya jengkel dengan kehadiran bas express itu.

"El, jangan keluarkan kepala kau. Bahaya. Nanti motor yang lalu langgar macammana? Habis berterabur isi kepala kau nanti," kata Ariash geram bila Elwood makin memanjangkan lehernya menjenguk ke luar tingkap. Haih, ni kalau hilang kepala aku tak tahu lah nak cakap apa.

"Kejaplah!" protes Elwood. Matanya menyepet bila melihat cahaya terang warna biru dan merah yang datang dari lorong berlawanan di hadapan sana.

Hmm... kemalangan?

"Aku rasa ada kemalanganlah kat depan. Aku nampak lampu ambulance kelip-kelip kat depan sana. Dah macam hari raya," jelas Elwood seraya kepalanya masuk kembali ke dalam badan kereta. Tangannya menyambar iPhone 13 Pro Maxnya yang terletak elok di atas dashboard.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MAFIA: Ten years Still loving you  [OG]Where stories live. Discover now