BAB 3

18 3 3
                                    

IMBAS KEMBALI..

2013

“Mawar, kau kenapa ni!” Sarah berteriak cemas. Dirinya bergegas ke arah Mawar yang ter encut-encut berjalan  memasuki dorm asrama dengan tali kasutnya yang tidak diikat.

“Ha, aku okay je” ujar Mawar tidak jujur.

“Okey kau cakap, kau jangan tipu aku lah” tegas Sarah seraya memapah Mawar untuk berjalan ke arah katilnya. Setibanya Mawar di katil, dia cuba untuk tunduk dan duduk di bucu katilnya. Sarah mengambil kerusi di meja belajarnya lalu diletakkan bertentangan Sarah. Sarah melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu seraya memerhatikan rakan karibnya dari atas dan kebawah berulang-ulang kali.

“Kau cakap dengan aku, siapa yang buat semua ni?” Mawar kembali melontarkan soalan.

“Aku terjatuh lah” Mawar terus menipu.

“CAKAP, SIAPA BUAT!!?” Sarah meninggikan suaranya. Dia amat tidak gemar orang yang suka berselindung.

“ Siapa lagi, geng Mira tu lah” Mawar berterus terung.

“Dia buat apa dekat kau, sampai macam ni kau jadinya?” soal Sarah. Dia memperhatikan Mawar menanggalkan tudungnya sekolahnya. Matanya terbeliak apabila melihat luka melecur di leher Mawar.

“Weyh! Mawar, kenapa dengan leher kau” Sarah bergegas bangkit dari duduknya seraya menyentuh leher Mawar.

“Takde apa lah, sikit je” Mawar mengelak mukanya dari disentuh oleh Sarah.

“Sikit! Sikit kau cakap, kau buta ke?. Kau tak nampak leher kau ni luka dengan kulit melecurnya,mengelupasnya” Sarah kembali menyentuh leher rakannya itu.

“Kau, cakap lah dengan aku, siapa yang buat ni Mawar?” Sarah kembali mendesak Mawar untuk menceritakan hal yang sebenar.

“Boyfriend Mira”  

“ Mira dan Lisa bawak geng dia hari ni, Haris dengan Anas” akhirnya Sarah jujur dengan jawapannya.

“Kenapa dia nak bawak geng pulak? Tak adil lah” berderau darah Sarah apabila mendengar apa yang dinyatakan oleh rakannya.

“Dia orang suruh aku buat kerja sekolah dia orang” ujar Mawar.

“Hah! Kau tak lawan balik ke?” Sarah bertanya.

“Aku datang bulan hari ni, senggugut, aku tak larat nak lawan”

“Lisa sepak perut aku, senak sangat”

“Aku tak boleh nak bangkit melawan, kalau aku bangkit sekalipun, aku tak mampu nak lawan dia orang semua Sarah” mulut Mawar yang kelihatan pucat kembali bersuara menceritakan hal yang sebenar dari mula hingga ke noktah tanpa berselindung.

“Ya allah, sampai macam tu sekali dia orang buat kau” Sarah terkejut. Dia berasa geram atas tindakan yang dilakukan oleh Mira dan rakannya. Sarah tidak mampu menahan sebak, akhirnya air mata yang bertakung di kelopak mata bejujurai ke pipi.

“Biar aku yang ajar si Mira dengan Lisa tu” Sarah menggenggam tangannya menahan geram. Dia tidak percaya bahawa rakannya diperlakukan seperti binatang yang tiada maruah.

“Tak payah lah kau buat apa-apa, nanti kau yang teruk” Mawar memujuk Sarah untuk mematahkan hasrat rakannya itu.

“Ah!, kau diam, aku tahu apa yang aku buat” balas Sarah

“Dia orang semua memang mintak kena ajar”

“Dah ,meh sini, aku isikan ubat pada leher kau tu”

“Nanti melarat pulak” Sarah menawarkan bantuan. Sarah diibaratkan sebagai seorang ibu yang begitu prihatin terhadap anaknya. Seorang rakan yang berpegang teguh dengan persahabatannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 10 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MANTERAWhere stories live. Discover now