BAB 2

23 4 0
                                    

IMBAS KEMBALI..
2013

MAWAR cuba untuk berdiri. Telapak tangannya memegang perut yang senak. Dia merintih meminta simpati. Matanya dipejamkan, hanya telinganya mendengar gelak tawa di sekelilingnya.

"Sakit ke? kesian dia," Lisa bersuara diiringi gelak tawa bertiga yang lain

"Aku dah cakap haritu,"

"Aku nak semua kerja sekolah ni kau buat,"

"Tapi kenapa kau tak buat? Kenapa kau degil sangat," ujar Lisa. Tangannya naik mencekik leher Mawar.

"Aku bukan tak nak buat, tapi aku tak cukup masa," jawab Mawar teresak-esak.

"Hey, kau ingat kita orang kesah ke?"Haris bersuara lantang. Rokok di mulut kini di pegang di tangan. Dia maju ke arah Mawar
seraya duduk bercangkung di hadapannya.

"Maafkan aku! maafkan aku!" "Jangan pukul aku lagi," Mawar merayu seraya menitiskan air mata di pipi. Ketakutan membelenggu dirinya. Dia takut dengan tindakan syaitan yang berada di hadapannya.

"Tak payah nak merayu lah, JIJIK!!" tengking Mira seraya menarik sanggul tudung Mawar.

"Kau sudah ingkar arahan kami semua"

"Kau mesti dihukum!" ujar Haris. Mulutnya tersenyum sinis. Rokok di tangan naik mencucuh leher Mawar.

Mawar berteriak sekuat hati. Dia tidak mampu menahan kesakitan apabila kulitnya terbakar tanpa relanya. Tetapi dia juga tidak mampu bertindak. Mawar sedar sebarang tindakannya yang dilakukannya bakal memakan dirinya. Jika dia melawan sudah pasti dia akan menerima padah yang lebih teruk.

"Sakit!!" Mawar berteriak. Teriakannya tidak diendahkan.

" Sakit, tahu sakit"
"Kalau taknak sakit, kau kasi siaplah kerja ni" Lisa
mencampakkan buku latihannya ke muka Mawar.

"Weh!, ada orang datang" Anas berteriak cemas. Sudah dari tadi dia memperhatikan kawasan sekitar.

"Lari-lari!" arah Anas kepada rakannya Haris, Lisa dan Mira.

"Esok aku nak semua ni siap," Haris mengucapkan kata terakhir seraya berlari beredar mengikut rakannya. Mereka meninggalkan Mawar sendirian tanpa belas kasihan.

Mawar menggagahkan dirinya untuk bangkit. Dia mengambil tudungnya yang direntap oleh Mira. Perutnya masih senak akibat di sepak oleh Lisa. Mawar merasakan kepedihan yang tidak terperi di bahagian lehernya. Lehernya melecur. Mawar cuba untuk berjalan meskipun ter encut-encut.

2023, SMK Seri Kencana

NURUL, SYARIFAH, FARAH, SAKINAH, DANIAL, AMIR dan AKIM berjalan bersama-sama . Beg sekolah disandang di bahu. Mereka berjalan menerusi susur gajah yang menghubungkan Blok C hingga Blok E.

"Adoii, jauhnya!" Sakinah bersuara.

" Letih!" rungutnya lagi.

"Tingginya tangga ni, aku ni dah lah gemuk," ujar Nurul

"Boleh kurus aku kalau tiap-tiap hari macam ni," tambah Nurul. Rakan-rakannya yang mendegar luahan Nurul tergelak terbahak. Mereka terus menuju ke pintu hadapan kelas. Mereka bertujuh memperhatikan keadaan persekitaran luar kelas. Pintu kelas yang diperbuat daripada kayu dan disadur dengan cat coklat yang lusuh itu ditatap mereka dengan perasaan yang bercampur aduk.

"Memang kita datang jauh-jauh ni nak tengok pintu je ke?"

"Kaki aku nak tercabut dah ni,"

"Dah lah kelas ni tinggi, macam nak naik Gunung Kinabalu" Sakinah bersuara memecah kesunyian.

MANTERAWhere stories live. Discover now