Bab 35

132 4 2
                                    

Hayriel hanya termenung di ruang tamu memikirkan sesuatu sehingga tidak sedar akan kehadiran Aulia.

"Kusyuk termenung nampak? Fikir apa tu?" Aulia duduk di sofa berhadapan dengan Hayriel.

"Bila kau sampai?" Soal Hayriel setelah tersedar Dari Dunia khayalannya.

"Baru je sampai.Ni dia cakap nak ambil barang dia sebab nak tidur rumah kawan" Aryan membalas soalan Hayriel.

Aryan dan Hafiz mengambil tempat bersebelahan dengan Hayriel. Hafiz menayangkan wajah dinginnya. Mata tidak lekang memandang ke arah Aulia. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Aulia.

"Kau tidur sana sampai berapa hari?" Soal Hayriel.

"Tak lama pun tiga atau empat hari je. Lagipun Damia yang suruh aku tidur dekat sana" balas Aulia.

"Damia cakap dia nak teman Aulia cari barang kahwin" sambung Aryan.

Hayriel mengangguk faham lalu menyandar pada sofa sambil memejam mata. Aulia terus bangun untuk mengemas pakaian.

"Kau orang ada rasa tak something yang tak kena pada Aulia?" Soal Hafiz tiba-tiba selepas kelibat Aulia menghilang.

"Maksud kau?" Balas mereka berdua serentak.

"Tak, aku rasa macam dia ada sorokkan something yang kita tak tahu"

"Fikiran kau je kut dah lah jangan fikir lagi. Ni aku ada nak bagi tahu sesuatu ni tapi lepas Aulia pergi lah" kata Aryan.

Tidak lama selepas Aryan berkata begitu Aulia muncul dengan sebuah bagasi ditangan. Dia keluar Dari rumah untuk memasukkan bagasi itu di dalam kereta. Kemudian naik ke atas semula dengan tergesa-gesa.

"Apahal tergesa-gesa sangat minah tu?" Soal Hafiz dingin.

Mereka berdua mengangkat bahu tanda tidak tahu. Aulia turun seperti biasa dengan membawa sebuah beg berukuran kecil di Tangan.

"Saya pergi dulu ye assalamualaikum" pamit Aulia sebelum meninggalkan rumah itu.

Selepas kelibat Aulia menghilang mereka terus memandang Aryan dengan tatapan serius. Aryan yang merasa diperhatikan terus memandang ke arah mereka berdua dengan wajah seperti bertanya-tanya.

"Tadi kau cakap nak bagitahu something, apahal jadi nyanyok pula ni" marah Hafiz.

"Owh haah lah. Ni aku nak bagitahu tadi dapat surat Dari Dark Forest yang dia orang nak jumpa kita dekat gudang terbiar dalam hutan pukul 9.30 nanti" terang Aryan.

"9.30? Buat apa dia orang nak jumpa?" Soal Hafiz.

"Entahlah itu je yang dia orang bagitahu dekat surat ni" jawab Aryan sambil menunjukkan sepucuk surat.

Hayriel melihat surat itu dengan teliti. Dia menemukan ada yang aneh pada surat itu.

"Kita tidak boleh pergi bertiga macam ni sahaja ini mesti perangkap" kata Hayriel.

"Perangkap? Maksud kau?"

"Ye aku tahu surat ni bukan dari Dark Forest tapi Dari kumpulan lain, sebab kalau kumpulan dia orang hantar surat ni mesti surat ni bewarna hitam and ada tanda DF dekat surat ni. Yang kedua dia orang dah lama tak munculkan diri tak akan dia orang tiba-tiba nak jumpa kita tanpa sebab" terang Hayriel panjang lebar.

"Baru aku perasan yang sampul dia warna lain bukan warna hitam" kata Aryan.

"Sediakan beberapa orang untuk ikut kita, aku rasa ada yang tak kena" ucap Hayriel sebelum melangkah pergi.

•••

"Weyhh pompuan!! Apesal kau pergi masuk dalam tower musuh!!" Jerit seseorang memeranjatkan Aulia yang sedang elok tidur dalam bilik.

"Ish kau ni diam sikit boleh tak line aku tak elok lah" marah Alya.

"Dah tahu line tak elok yang pergi pakai u mobile tu kenapa? Pakai lah Celcom laju sikit" balas suara garau itu.

"Heh" jeling Alya ke arah lelaki tadi.

"Tengok dah kalah dah. Kalau tak pandai guna hanabi tak payah guna.. baik kau guna nana je keluarkan babi dia tu biar musuh takut" perli lelaki itu. Dia ingat perempuan ni pandai guna nana je ke ha? Tak guna punya laki maki Alya dalam hati.

"Weyhh!! Aula mana Aula?" Soal Kisya yang tergesa-gesa masuk bersama Damia.

"Anak siapa pula aula?" Soal Alya.

"Eh bu-bukan Aula ta-tapi Au-Aulia " tercungap-cungap Kisya menjawab.

"Owh singa tu ada dalam bilik tengah tidur" lelaki itu menjawab seperti tidak akan ada apa - apa berlaku.

'apahal seram semacam je ni, rumah ni ada hantu ke?' gumam lelaki itu.

Dia memandang ketiga - tiga gadis dihadapannya dengan pelik. Wajah gadis -gadia itu seakan akan takut dengan sesuatau.

"Kau orang ni kenapa? Dah macam tengok hantu" lelaki itu berpaling kebelakang ingin melihat apa yang ditakuti oleh ketiga gadis itu. Namun wajah dingin Aulia menyapa korneanya.

Lelaki itu menelan air liur lalu tersengih seperti kerang busuk.

"Kau panggil aku apa jantan?" Soal Aulia menahan geram.

"Tak mana ada aku panggil kau apa apa"

"Dia panggil kau singa Lia" Kisya sebagai kawan yang baik' membantu sahabatnya untuk menjawab soalan Aulia.

Bukk!


"Amik kau, kata lagi aku singa" kata Aulia selepas memukul kepala lelaki itu.

"Aduhh kau ni gurau sikit pun tak oleh (tak boleh)" mulut dimuncungkan tanda protes.

Aulia yang sudah penat melayan karenah lelaki itu menghiraukannya. Dia memandang wajah Damia Dan Kisya yang kepenatan. Matanya tepat memandang surat di Tangan Kisya.

"Surah apa tu?" Soal Aulia.

"Ouh, ni ha kitorang jumpa kat depan tadi" balas Kisya.

"Haah dalam tu ada surat" sambung Damia pula.

"Memang lah ada surat takkan ada kepala orang kut" balas Alya.

Damia tersengih apabila dibalas sebegitu. Kisya menghulurkan surat kepada Aulia. Tekun Aulia membacanya.

"Apa surat tu tulis Lia?" Soal Alya penasaran.

"Dia mintak kita jumpa dia orang dekat bangunan lama dalam hutan tempat kita jumpa ketua kumpulan BRD" balas Aulia tanpa mengesyaki apa-apa.

"Bila?" Soal suara garau itu.

"9.30 nanti" jawab Aulia.

Lelaki itu terus melihat jam ditangan. Bersilih ganti dia melihat gadis-gadis dihadapannya.

"Apa pandang-pandang? Ada hutang?" Seloroh Damia.

"Tak bukan, kau cakap dia nak jumpa 9.30 kan? Sekarang dah pukul 9 kau orang tak nak bersiap ke?" Soal lelaki itu.

"Ha?! Pukul 9?! Weyh aku tak solat lagi!" Bergegas Aulia berlari masuk ke dalam biliknya untuk menunaikan apa yang wajib.

"Ish ish ish ketua siapa lah tu" Damia menggeleng kepala melihat Aulia yang kelam kabut masuk ke dalam bilik.

"Ketua kau lah bengap" balas Kisya dan lelaki itu.

Damia tersengih kerang busuk. Alya memandang ke arah lelaki itu seperti ingin bertanya sesuatu.

"Apa?"

"Aries" hanya nama itu yang meniti di bibir Alya. Aries hanya tersenyum. Identitinya sudah diketahui sekarang.

Hi sume sorry late up.. btw Selamat hari raya maaf zahir & batin...

Suamiku Encik MafiaWhere stories live. Discover now