Bab 34

156 4 4
                                    

"weyh Riel" panggil Hafiz.

Hayriel yang sedang leka membuat kerja itu memandang Hafiz menunggu apa yang ingin di katakan Hafiz nanti.

"Mana Aulia? Biasanya pagi-pagi lagi dah ada buat bising. Mana dia?" Soal Hafiz tentang ketiadaan Aulia.

"Dia pergi jepun" balas Hayriel lalu menyambung kerjanya.

Hafiz sudah membuat muka yang pelik. Jepun? Buat apa? Itu yang disoal hatinya. Dia berjalan ke arah meja Hayriel dan duduk bertentangan dengan Hayriel. Hayriel memandang Hafiz sekilas sebelum berkata...

"Dia cakap dia balik jepun sebab ibu saudara dia nak kahwin"

"Lah? Biasanya orang akan adakan kenduri dekat kampung belah pengantin perempuan. Kan?"

"Mungkin. Lagipun kita tak tahu ibu saudara dia tu Islam ke tak kan? Sebab waktu aku jumpa family dia, muka ayah dia iras-iras orang jepun sikit" kata Hayriel.

Hafiz hanya diam tidak mahu membahasnya lagi. Makin pening dibuatnya. Tetapi kepalanya ligat memikirkan sesuatu tentang Aulia. Dia curiga dengan sikap Aulia kebelakangan ini.

You think it's easy... You think i don't want to run to you yeah

Lagu rewrite the stars yang muncul pada screen telifon Hafiz menandakan ada seseorang menalifonnya. Hafiz mengangkat panggilan itu. Kemudian mukanya sedikit berkerut marah, pada masa yang sama dia juga risau.

"Kenapa?" Soal Hayriel sebaik sahaja Hafiz menamatkan panggilan tersebut.

"Shark.."

"Kenapa dengan ikan tu?" Soal Hayriel lagi.

"Dia dah larikan diri" balas Hafiz.

Muka Hayriel langsung bertukar daripada yang santai tadi bertukar menjadi bengis.

"Macam mana boleh terlepas?"

"Dia orang cakap waktu tu dia orang nak berikan shark sedikit makanan tahu-tahu je dah hilang" balas Hafiz.

Hayriel bersandar pada kerusinya lalu menarik nafas supaya tenang.

•••

"

Fuyyoo besarnya rumah kau perempuan. Baru aku tahu.. perempuan sok sok inggeris ni ada rumah besar" kata seorang lelaki.

"Sudahlah jangan panggil aku perempuan sok inggeris! Aku ada nama lah!" Marah Aulia.

"Ouh ye ke ada nama? Nama apa? Sesuai ke tidak nama tu dengan kau? Yelah kau kan ganas tak macam perempuan lain sebab tu aku tanya. Nama kau ada berapa huruf?" Soal lelaki itu seperti peluru pistol.

"Kau diam sikit boleh tak? Orang lain sedar Dari koma dia diam yang kau bising ni apahal?" Marah Aulia. Sakit hati kerana lelaki itu mengatakan dia tidak seperti perempuan yang lain. Dia terus keluar Dari kereta dan masuk kedalam diikuti oleh lelaki itu dan Kisya.

"Orang yang koma akan lupa ingatan sebab itulah mereka akan diam. Tetapi tidak semua orang akan amnesia jadi-" kata-kata lelaki itu dipotong oleh Kisya.

"Jadi kau boleh ingatlah siapa perempuan tu?" Soal Kisya.Lelaki itu memandang Kisya pelik.

"Perempuan mana?" Soal lelaki itu kembali.

Kisya sudah hampir gila melayan karenah lelaki itu. Ingatkan sedar dari koma elok lah sikit perangai rupanya lagi teruk dari sebelum ini. Itulah apa yang diucapkan Kisya di dalam hati. Kisya berjalan lalu duduk di sofa bersebelahan dengan Aulia. Lelaki itu hanya mengikuti. Dia duduk di hadapan mereka berdua.

"Dah diam?" Soal Aulia dingin. Lelaki itu mengangguk.

"Aku akan perkenalkan diri. Tapi jangan pula kau terkejut" kata Aulia.

"Ha okay okey. Jadi Siapa nama kau?"

"Sebelum tu aku nak kau bekerja dengan aku untuk sementara boleh?" Soal Aulia lagi.

Soalan Aulia dibalas dengan anggukkan daripada lelaki itu. Aulia memandang Kisya meminta Kisya memberi sedikit penerangan.

"Okey macam ni. Aku perkenalkan nama aku Kisya ahli kumpulah dark Forest dan yang kau ajak gaduh tadi tu nama dia Aulia ketua kumpulan ini" terang Kisya.

Muka lelaki itu seakan-akan terkejut. Dia sedang memikirkan sesuatu. Aulia membuka pelitup muka yang melindungin dirinya tadi.

"Ouh Aulia faham" kata lelaki itu sebelum tersedar sesuatu.

"Ha?! Aulia?! Aulia Qasrina?!" Jerit lelaki itu.

"Iya Aulia Qasrina. Tak perlulah menjerit sakit telinga aku" kata Aulia menutup kedua-dua telinganya.

"K-kau ketua mafia? Biar betul?" Soal lelaki itu.

"Betul lah. Selepas datuk dia, dia yang ambil alih kumpulan ni" jawab Kisya.

"Jadi 'dia' dah tahu ke?"

"Belum. Aku nak kau tolong aku buat something boleh?" Aulia memandang lelaki itu dengan wajah yang serius.

Lelaki itu mengangguk kecil. Mukanya mula diseriuskan. Aulia memimta Kisya mengambil sesuatu sebelum dia memberi tahu apa yang dia ingin lelaki itu lakukan.

•••

Sudah seminggu berlalu. Aulia dan Kisya juga telah pulang ke tanah air sendiri selepas berjumpa dengan seseorang. Tetapi mereka tidak pulang berdua melainkan ada seorang lelaki mengikuti mereka pulang ke Malaysia.

"Betul ke dia orang tak akan perasan aku kat sini Lia?" Soal lelaki itu.

"Kisya, Cuba kau kira dah berapa Kali mamat ni Tanya soalan yang sama" kata Aulia tidak membalas soalan lelaki itu.

"Dari dalam pesawat tadi dah nak dekat 20 Kali soalan ditanya" jawab Kisya.

"Alah kau orang ni macam tak kenal aku ni macam mana" suara lelaki itu dikecilkan seakan merajuk.

Aulia dan Kisya yang malas melayan langsung meninggalkan lelaki itu sendiri. Pandai-pandai lah cari Jalan balik. Mereka sudah meninggalkan sekeping kertas yang tertulis alamat di dalamnya.

"Ini lah perempuan bila lelaki Salah sikit mula lah tinggalkan kita" kata lelaki itu sebelum meninggalkan airport.





Hai tq sbb baca story ni. Sorry if ad kesalahan Tatabahasa ataupun byk typo

Suamiku Encik MafiaWhere stories live. Discover now