Bab 33

125 3 0
                                    

"kau biar betul Lia?!" Soal Alya tidak percaya.

"Betul lah... Kenapa tak percaya?"

"Hmm habistu macam mana kau nak pergi tengok si dia tu?" Soal Damia pula.

"Kau ni bengap ke apa perempuan? Sudah terang lagi bersuluh Aulia Qasrina mengatakan bahawa Encik Hayriel Naufal ingin mengahwininya pada hari sabtu minggu hadapan" balas Alya sudah seperti membuat karangan perenggan akhir.

Damia pula tersengih. Dia memandang Aulia yang sedari tadi memerhati mereka berdua.

"Dah?" Soal Alya apabila mereka berdua memandangnya.

"Hah?"

"Dah ke borak? Aku nak balik ni nak kemas barang" kata Aulia.

Kata-kata Aulia dibalas dengan anggukkan mereka berdua. Aulia lantas bangun dan keluar dari syarikat menuju ke tempat parking kereta.

"Eh jap bukan ke Aulia naik dengan kita?" Soal Alya pada Damia.

"Eh haah lah... Weyh Lia tunggu kita orang" laung Damia apabila Aulia sudah jauh meninggalkan mereka.

Dengan bergegas Alya dan Damia mengemas barang lalu mengejar Aulia yang sudah jauh.

•••

7.15 malam

Aulia dan Kisya sedang menunggu pemandu mereka datang mengambil.

"Mana pakcik ni? Lambat betolll...Kaki aku ni dah tak boleh tahan dah nak berdiri" kata Kisya.

"Sabar lah nanti sampai lah tu, jangan lah marah kat pakcik tu kesian kat dia... Dia dah tua kau pula marah-marah kat dia" balas Aulia.

Beberapa minit kemudian datang sebuah kereta almira berwarna hitam di hadapan mereka. Setelah itu, keluar seorang lelaki yang sudah berusia.

"Maaf Queen, maaf blaze pakcik lambat" kata pakcik itu seraya membongkok kan sedikit badannya.

"Tak apa pakcik, pakcik tak perlu minta maaf lagipun kami tahu pakcik nak urus anak pakcik yang tadika tu kan?" Balas Aulia lembut.

"Mari saya angkatkan barang kamu berdua" kata pakcik itu lagi.

Pakcik itu ingin mengambil barang Aulia namun Aulia menghalangnya.

"Tak apa pakcik, biar kami je yang angkat... Lagipun mesti pakcik penat kan" kata Kisya.

Kisya dan Aulia mengangkat barang mereka dan membawanya ke dalam bonet kereta. Pakcik itu tersenyum melihat tingkah lembut dan baik hati kedua-dua bosnya. Dalam hatinya bersyukur kerana diterima bekerja dengan Aulia dan Kisya.

Selama dia bekerja dengan Aulia dan Kisya, dia dilayan seperti anak yang sedang melayani seorang ayah. Kisya dan Aulia tidak pernah melayani dia dan pekerja yang lain dengan kasar malahan mereka turut melakukan pekerjaan rumah seperti biasa walaupun mereka adalah bos.

"Pakcik? Pakcik Halim?" Panggil Aulia menyedarkan lamunan pakcik Halim.

"Eh maaf mengelamun pula" kata pakcik Halim.

Mereka pun naik dan menuju ke lapangan terbang. Setelah sampai Aulia dan Kisya terus bergegas mengambil barang dan masuk ke dalam pesawat.

"Fyuh.. nasib sempat" kata Kisya.

"Betul tak kau pilih tiket ke jepun ni Kisya?" Soal Aulia pada Kisya.

"Betul lah aku mana pernah Salah" balas Kisya sambil memejamkan mata. Ingin tidur.

"Aku bukan apa... Aku takut jadi macam dua tahun lepas. Nak pergi ke paris last-last kau pergi beli tiket ke new Zealand"

Suamiku Encik MafiaWhere stories live. Discover now