Bab 25

132 4 0
                                    

HN Jaya Holding's

Aulia dan Hayriel berjalan masuk ke dalam bersama membuat mereka menjadi tumpuan pekerja di situ. Aulia hanya menghiraukan sahaja. Dia kemudia berjalan ke kaunter untuk berjumpa dengan rakannya.

"Assalamualaikum rancak berborak" tegur Aulia.

"Waalaikumussalam, ni ha kita orang tengah borak pasal..."

Alya menggantungkan ayat memandang sekeliling sebelum menundukkan kepalanya untuk berbisik.

"Pasal manager kita tu" bisik Alya.

"Kenapa dengan dia?" Soal Aulia lagi.

"Eh kau ni orang zaman mana? Jauh betul ketinggalan" kata Damia.

"Sorry lah aku tak buka phone sangat malas heheh" balas Aulia sambil tersengih.

Damia menggelengkan kepala. Ada handphone tapi tak guna baik tak payah ada handphone.

"Ni aku dengar budak-budak syarikat ni cakap kak melly keluar masuk hotel dengan jantan" jawab Alya sambil berbisik.

Aulia terus menjarakkan mukanya daripada rakannya.

"Wowowo sabar ni gosip eh? Malas aku ikut campur aku tak nak ada dosa menggosip, sekali orang tu tak maafkan berdosa kita Tau tak" kata Aulia.

"Entahnya Alya ni pagi-pagi dah ajak buat dosa" tuduh Damia.

"Eh kau yang ajak aku, bukan aku ajak kau" marah Alya apabila dituduh.

Aulia sudah pening dengan sikap mereka yang asyik nak bergaduh tidak kira masa.

"Dah lah aku naik atas dulu pening aku tengok kau orang bergaduh" Aulia berjalan menuju ke lift.

"Ouh ya balik nanti aku tumpang kau orang eh aku ada sesuatu nak cakap sikit" pesan Aulia sebelum melangkah pergi.

Aulia naik ke tingkat atas menggunakan lift menuju ke tingkat atas. Sampai ke tingkat atas tangan Aulia di tarik seseorang menuju ke suatu tempat. Badan Aulia di hempas kuat ke dinding menyebabkan Aulia mengaduh kesakitan.

"Woii apa ni main tarik tarik sakit tahu tak" marah Aulia sambil mencuba untuk berdiri.

Mellysa sekali lagi menolak kuat tubuh Aulia ke dinding. Dia mencangkung di hadapan Aulia dan mencengkam kuat rahang Aulia.

"Aku nak kau jujur, kau yang sebarkan berita tu kan?!" Marah mellysa. Dia menguatkan lagi cengkaman itu.

"Be-rita a-pa?" Soal Aulia dengan nada yang tersekat kerana dicengkam.

"Kau tak payah buat tak tahu lah perempuan, kau yang sebar berita pasal aku tu kan!?" Cengkaman semakin di kuatkan sampai Aulia sukar untuk bernafas.

"Bu-bukan a-ku ya-ng s-sebar" bersusah payah Aulia menafikan.

"Habistu kalau bukan kau siapa!" Jerkah mellysa.

"A-ku tak ta-hu" balas Aulia.

Mellysa mengeluh cengkaman itu di lepaskan. Aulia terbatuk- batuk apabila cengkaman pada rahangnya di lepaskan. Dia kemudian berjalan pergi meninggalkan Aulia.

"Aduh perempuan tu pondan ke apa sakit betul dia cengkam" kata Aulia.

Dia kemudia berjalan keluar daripada bilik tersebut. Sampai di muka pintu dia terserempak dengan syuhailly. Syuhailly tersenyum sinis memandang Aulia.

"Macam mana? Sakit?" Sinis syuhailly bertanya.

"Itulah lain Kali jangan nak jaga tepi kain orang kan dah kena" kata syuhailly lagi.

Suamiku Encik MafiaWhere stories live. Discover now