Turun saja, terus Raja Dylan ditegur Tan Sri Raja Darian. Terbit senyum nipis di bibirnya. Dia berjalan mendekati ahli keluarganya yang lain.

"Good morning." Ucap Raja Dylan.

Didekati Puan Sri Hasrita dan dicium atas kepala bonda nya dengan penuh rasa sayang. Selepas itu, dicuit pipi Tengku Aisyah dan dicium kedua pipi montel si kecil itu.

Penuh mulut Tengku Aisyah yang sedang mengunyah dengan telur omelete dia.

"Lambat turun." Tegur Tengku Adrian.

"As usual, bro." Balas Raja Dylan.

"Ada meeting dengan Datuk Razlan tengah hari nanti?" Soal Tengku Adrian seraya menyuapkan sesudu mee goreng ke dalam mulutnya.

"Ada. Abang long ada juga?" Tengku Adrian sekadar mengangguk menjawab Raja Dylan.

Baru saja Tengku Adrian mahu bercakap. Puan Sri Hasrita terlebih dahulu memotong.

"Kita dekat rumah. Jangan bawa hal kerja. Nak cakap pasal kerja, dekat tempat kerja. Okay?" Puan Sri Hasrita memandang anak dan menantunya bersilih ganti dengan senyuman yang cukup manis.

"Sorry, bonda." Ucap Raja Dylan dan Tengku Adrian serentak.

Tersenyum lucu yang lain melihat tingkah mereka berdua.

"Mem besar dah bersuara. Shh!" Sampuk Tan Sri Raja Darian. Jari telunjuk belah kanan diletakkan di bibirnya sekejap tanda senyap.

Puan Sri Hasrita mencubit lengan suaminya. Geram. Nak sakat orang lah tu.

"Sakit, sayang." Tan Sri Raja Darian menggosok lengannya.

"Padan muka." Balas Puan Sri Hasrita selamba.

Ketawa Raja Darina, Tengku Adrian, Raja Dylan dan Raja Dura melihat gelagat bonda dan baba mereka.

Selepas itu, semakin galak ruang makan mereka dengan suara ketawa apabila Tengku Aisyah bertepuk tangan sambil ketawa dengan menunjukkan giginya yang rata.

Alo.. comel.

"Dylan." Panggil Puan Sri Hasrita.

"Ya, bonda." Raja Dylan menyahut panggilan bonda tersayang.

"Barang hantaran semua dah selesai?" Soal bonda ingin tahu. Takut tak selesai saja. Bukan dia tak kenal dengan anak bujangnya ini. Terlalu gila kerja.

Puan Sri Hasrita takut kalau Raja Dylan sampai mengabaikan segala persiapan disebabkan kerja saja dan membiarkan Dahlia yang mengurusnya sendiri.

"Dah bonda. Dahlia yang uruskan semua." Jawab Raja Dylan yang masih mengunyah.

"Dahlia urus? Dylan tak tolong ke?" Mula lah rasa nak berasap. Baru saja Puan Sri Hasrita mengingat tentang ini.

"Tak lah semua. Ada separuh hari tu kami beli sama-sama. Cumanya masa tu Dahlia lebih banyak shopping. Itu yang selebihnya Dahlia yang settle kan. Dylan dah cakap nanti bagitahu kalau nak beli lagi. Tapi Dahlia settle kan diam-diam. Dylan tahu pun bila semua dah siap." Jelas Raja Dylan panjang lebar.

Dia tak tipu. Memang Dahlia yang buat semuanya. Raja Dylan ada menegurnya dan bertanya kenapa. Dahlia cakap tak nak menganggu kerja dia.

Lagipun Dahlia tahu yang Raja Dylan sibuk. Itu yang tak nak kacau. Lagi pula barang yang hendak dibeli tinggal sikit saja. Jadi, Dahlia buat lah sendiri.

"Dylan tak boleh buat macam tu. Kena peka. Selalu kena tanya dia. Nanti karang kesian Lia." Tegur Puan Sri Hasrita.

"Ya, bonda." Akur saja lah Raja Dylan.

Bila dilihat-lihat, pasti Dahlia akan menjadi menantu kesayangan Puan Sri Hasrita. Mana tak nya, menantu perempuan seorang saja. Jadi, kena lah sayang lebih.

"Habis lah Dylan.. lepas ni bonda dah tak sayang kau." Kata Raja Darina seraya menjeling manja adik lelakinya.

Terhenti perlakuan Raja Dylan yang menyuap mee goreng ke mulutnya. Dia menoleh merenung kakaknya.

"Tak kisah lah. Yang penting isteri aku sayang aku." Balas Raja Dylan selamba. Dia tersenyum senget membalas renungan kakaknya.

"Uwerk. Tolong lah. Jangan nak sweet depan orang single macam Dura. Please doh." Dari tadi lagi Raja Dura menahan rasa.

Dah lah baba dan bonda nya selalu romantik. Raja Darina dan Tengku Adrian pun sama. Sekarang, nak tambah pula Raja Dylan dan Dahlia. Habis lah.. Raja Dura akan dikelilingi oleh orang-orang yang sedang berkasih sayang di hadapan matanya.

"Suruh cari boyfriend tak nak. Bila dah ada boyfriend, boleh lah bawa jumpa bonda dan baba. Lepastu proceed to next step." Toya muka Raja Dura ketika mendegar ayat bonda nya.

Sekarang tambah lagi masalah baru Raja Dura. Selepas angah nya yang menghadap. Kini giliran dia pula yang menghadap soal kahwin dan next step.

Baru sekarang dia rasa dan faham perasaan angah nya. Hm..

Tanpa balasan, Raja Dura tetap terus menyambung sarapan. Selesai saja, terus Raja Dura bangun dan bersalam dengan semua ahli keluarganya.

Lebih baik dia keluar awal. Ada kelas hari ni. Kebiasaan Raja Dura selalu gerak kalau kelas tu lagi 15 minit mula. Jadi kesimpulan dia, Raja Dura akan selalu terlambat masuk ke kelas. Tapi apa dia kisah.

Bagi Raja Dura, dia tetap masuk dan hadir. Cuma hari ni dia awal sebab nak mengelak Puan Sri Hasrita dari bertanya dan menyuruhnya yang lebih-lebih.

Dia masih muda. Jadi rilek. Hidup kena santai. Jangan gelojoh.


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now