"Lia, saya makan semua. Saya tak memilih. Awak masak je. Saya makan apa saja yang awak hidangkan nanti." Dahlia menggigit bibir bawahnya.

Terkedip-kedip matanya merenung wajah tampan Raja Dylan.

"Awak ada allergic dengan apa-apa bahan makanan ke?" Soal Dahlia ingin tahu. Kang kalau dia main masak saja, tiba-tiba tunang dia ini ada allergic. Sudah kena hantar pergi hospital.

"Takda." Sepatah Raja Dylan menjawab.

Selepas itu, mereka berdua saling berbalas pandangan. Rasanya lah.. diaorang ni dah lupa pasal kawan-kawan diaorang ni.

"Sarah, Lia lupa kita ke?" Soal Tiara berbisik.

"Agaknya lah kot." Jawab Sarah.

"Pst.." Sarah dan Tiara berpaling memandang dua orang jejaka yang berada di belakang Raja Dylan.

"Ya?" Sahut Sarah dan Tiara serentak.

"Kitaorang lapar lah. Rasanya diaorang ni lama lagi nak buat staring eyes contact. Awak berdua ambik order kami boleh?" Fahrin menggosok perutnya dan membuat wajah kesian. Bibirnya dicebikkan sedikit.

Emir mengangguk saja. Setuju dengan kata-kata Fahrin.

"Okay. Duduk lah dulu." Sarah menyuruh Fahrin dan Emir untuk duduk.

"Awak berdua nak makan apa?" Tiara sedia mengambil pesanan mereka berdua.

Raja Dylan dan Dahlia mengalihkan pandangan mereka ke arah kawan-kawan mereka itu. Dahlia mengemam bibirnya menahan dari ketawa.

Lupa. Ada kawan. Tenung muka Raja Dylan tadi terus lupa. Raja Dylan pun lalai.

Hahaha..

~~~~~~~~~~

Perlahan-lahan Dahlia menatang dulang di tangan. Dibawa ke arah tiga jejaka yang sedang duduk di meja sambil berbual tentang projek mereka.

Dahlia tak tahu projek apa. Kalau projek kek atau cupcake dia tahu.

Sampai saja di meja yang diduduki mereka, Dahlia meletakkan makanan yang dibawa ke atas meja satu-persatu dengan penuh berhati-hati.

"Ini awak punya. Bihun tom yam. Awak makan tom yam kan?" Dahlia menolak mangkuk yang berisi bihun tom yam ke arah Raja Dylan.

"Saya makan. Awak yang masak ke ni?" Mengangguk Dahlia.

"Pandai awak masak." Tersipu malu Dahlia bila dipuji.

Tiba-tiba, bahunya dilanggar seseorang dari belakang yang sedang membawa air pula.

"Ops, terlanggar. Sorry.." Saja Tiara melanggar Dahlia. Berbulu mata dia dari tadi menengok pasangan ini manis leting.

Memicing mata Dahlia merenung Tiara atas dan bawah. Dulang yang dipegang terus dipukulkan di belakang badan Tiara. Berdesis sakit Tiara jadinya.

"Sakit lah bengong."

"Padan muka. Bluerkkkk.." Dahlia mengejek Tiara. Selepas itu, dia berlalu pergi masuk ke dapur semula.

Dahlia.. encik tunang awak tu tengok saja perangai awak tu.

Raja Dylan hanya perhati gelagat Dahlia bersama dengan kawannya. Apa lagi melihat Dahlia mengejek Tiara tadi. Comel saja muka tu. Geram pula Raja Dylan tengok Dahlia. Macam tu ke nanti mereka selepas menjadi suami dan isteri? Akankah Dahlia bersikap comel begini dengan dia?

"Haa.. macam tu lah perangai tunang awak, Raja Dylan. Perangai dia kadang-kadang tak semenggah." Kata Tiara sambil dikuatkan suaranya. Saja nak bagi Dahlia dengar yang dia tengah kutuk Dahlia pada Raja Dylan.

"Hoi, bahenol! Kau buat kerja sekarang. Kutuk Lia pula kau." Menjerit Sarah di dapur memanggil Tiara.

"Muka aku punya lah cantik. Dia panggil aku bahenol? Dasar ikan keli. Saya pergi dulu. Jemput makan. Jangan malu-malu. Kalau malu nanti lapar. Oh ya, walaupun ni kafe tunang awak. Tapi dia ada share dengan saya dan Sarah. Jadi awak kena bayar juga lepas habis makan eh?" Sempat pula tu. Hadoiiii.. Tiara.

Fahrin dan Emir terus menghamburkan tawa. Kelakar lah mereka tengok tiga sekawan tu. Perangai jenis selamba saja.

Nampak fun.

~~~~~~~~~~

Dahlia duduk di sebelah Raja Dylan. Ada jarak. Tadi Emir memanggilnya untuk duduk sama dengan mereka. Katanya nak berbual sekejap dengan Dahlia.

Yalah, mereka berdua terkejut bila diberitahu oleh Raja Dylan yang dia sudah pun bertunang. Jadi hari ini tujuan mereka datang adalah pertama sebab kerja. Kedua, sebab Fahrin dan Emir mahu berkenalan dengan Dahlia.

Lagipun nanti mereka akan jadi kawan juga. Dahlia tu bakal berkahwin dengan Raja Dylan.

Dahlia memandang Fahrin serta Emir bersilih ganti. Mereka berdua hanya diam sambil merenung wajah Dahlia.

"Yang korang dok tenung muka tunang aku dah kenapa? Berhajat nak mati awal?" Berdecit Fahrin dan Emir. Mereka menjeling Raja Dylan.

"Rilek lah. Pandang je pun. Bukannya kitaorang sentuh." Balas Fahrin selamba.

"Kau sentuh memang patah semua tulang badan kau." Fahrin mengangkat kedua tangannya tanda menyerah.

Tak berani. Raja Dylan ni bukan dapat di agak. Nanti kang memang betul dia buat.

"Nama awak Dahlia?" Lambat-lambat Dahlia mengangguk.

"Satu soalan je saya nak tanya." Kata Emir.

"Apa?" Soal Dahlia mahu tahu.

"Awak cantik. Tapi kenapa pilih Dylan? Dia bukannya baik. Hensem pun tidak. Beku memanjang. Dia boleh dikategorikan sebagai manusia paling tak fun." Ujar Emir selamba.

Dia nampak yang Raja Dylan macam nak mengamuk. Tapi apa dia kisah? Selagi ada Dahlia, diri dia selamat. Termasuk Fahrin. Hehe.

"Em.." Dahlia berpaling memandang Raja Dylan di sebelah. Terdiam Dahlia saat mendengar soalan Emir.

Raja Dylan membalas pandangan Dahlia. Dia pun mahu mendengar jawapan dari Dahlia. Selepas itu, Dahlia mula membuka bicara. Dipandang wajah Emir dan Fahrin.

Sarah dan Tiara hanya duduk di kaunter sambil mendengar perbualan mereka berempat.

"Saya masih baru nak kenal hati budi Dylan. Saya cuma boleh jawab, jika Dylan memang jodoh saya yang Allah beri untuk jadi pembimbing saya. InsyaAllah, saya akan terima dengan hati terbuka. Dan saya harap Dylan boleh bimbing saya untuk jadi isteri yang baik dan taat pada suami." Jelas Dahlia panjang lebar.

Wajah Raja Dylan tidak dipandang. Dia malu. Tapi dia tahu yang Raja Dylan sedari tadi memandangnya tidak lepas.

Terbit senyuman nipis saat mendengar bicara Dahlia barusan. Ditenung sisi wajah cantik Dahlia.


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now