Mengangguk Danish. Tanpa bantahan, laju Danish bangkit dan berjalan menuju masuk ke dapur.

Sementara yang lain yang berada di ruang tamu, mereka berbual-bual kosong dahulu sambil menunggu Dahlia sebelum hendak berbincang ke topik utama.

"Pandai berjalan dah?" Tanya Puan Aminah yang sedang meriba Tengku Aisyah pada Raja Darina.

Diusap atas kepala si comel molek itu. Sekejap-sekejap pasti Puaj Aminah mencium pipi bulat si kecil itu. Comel sangat. Geram.

"Pandai dah. Semenjak dah pandai berjalan ni.. asyik nak berjalan saja. Tak reti duduk diam. Penat saya nak mengejar." Beritahu Raja Darina.

"Biasa lah tu. Baru dapat kaki. Umurnya berapa?"

"Baru masuk 2 tahun."

"M-ma.. m-ma!" Panggil Tengku Aisyah pada Raja Darina.

"Iya, sayang. Meh sini dengan mama. Penat lah nenek nak riba awak saja. Awak dah lah debab." Raja Darina menggamit Tengku Aisyah untuk datang padanya.

Tengku Aisyah yang dipanggil mama nya terus kelam-kabut hendak turun dari riba Puan Aminah. Terkedek-kedek dia berjalan mendekati Raja Darina.

Ketawa yang lain melihat cara Tengku Aisyah berjalan.

Tak lama selepas itu, Dahlia melangkah masuk ke dalam ruang tamu sambil membawa dulang yang berisi jug air dan cawan.

Danish pula ada di belakangnya. Dia disuruh Dahlia membawa dulang yang agak besar sedikit. Kerana ada kuih-muih yang dibuatnya semalam serta cupcake yang dibuat malam tadi.

Terpana Raja Dylan memandang Dahlia. Dahlia memakai baju kurung moden ada lace berwarna gold.

 Dahlia memakai baju kurung moden ada lace berwarna gold

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sangat kontra dengan warna kulit putih mulus Dahlia. Cantik sangat.

Tak berkelip mata Raja Dylan merenung Dahlia ketika ini. Dia rasa dunia ini seakan terhenti. Dan di dunia ini hanya ada dia dan Dahlia saja.

Tapi lain pada Dahlia. Dia merasa pelik dari awal Puan Aminah menyuruhnya memakai baju kurung begini. Cantik, memang cantik. Tapi dah kenapa dia kena pakai macam ni?

Bila ditanya, Puan Aminah sekadar membalas dengan senyuman. Lama-lama Dahlia give up sampai serabutkan rambut dia.

Danish pula dok ketawakan dia. Bukan membantu. Suka sangat tengok kakak dia macam tu. Memang kena pelangkung dengan Dahlia pagi tadi.

Dahlia meletakkan dulang air yang dibawa ke atas meja. Sama juga dengan Danish. Dahlia memberikan senyuman pada ahli keluarga Puan Sri Hasrita. Mereka sudah bersalam dari tadi.

Baru saja Dahlia hendak duduk di sebelah Puan Aminah. Danish terlebih dahulu melabuhkan punggungnya. Merengus kasar Dahlia dibuatnya.

Kecil besar-kecil besar dia tengok Danish. Kalau takda tetamu ni.. memang kena si Danish ni. Head lock terus. Geram lah. Disepak kaki Danish dengan sedikit kuat.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now