"Awak menyesal tak bila awak pilih untuk mula semula kisah kita?" Ersana menyoal Aslan. Bukan mahu bangkitkan masa lalu, tetapi dia hanya mahu tahu pendapat Aslan yang sebenarnya. Kerana dia tahu sikapnya memang menjengkelkan.

"Tak. Aku tak pernah menyesal. Sebab aku tahu tak kira aku jumpa kau dengan versi yang macam mana, aku akan tetap pilih kau. I  will choose you. And I'll choose you, over and over and over. Without pause, without a doubt, in a heartbeat. I'll keep choosing you." 

Kata-kata Aslan tidak pernah buat dia terasa. Kerana ucapan lelaki itu tidak berdusta ataupun rekaan. Tuhan, dia sangat bersyukur takdir temukan dia dengan Aslan. Walaupun awal perkahwinannya mengalami badai yang hebat tetapi dengan kepercayaan satu sama lain, mereka dapat tempuhi ujian tersebut.

Dan di masa yang akan datang, pasti badai akan datang lagi. Mungkin dengan cara yang lebih teruk. Semoga dia dan Aslan dapat harungi ujian yang Allah turunkan pada mereka.

"Thank you for being there for me, for listening  to me, for never giving up on me and for loving me."  bibirnya mendarat di rahang tajam Aslan. "Meeting you was like listening to a song for the first time and knowing it would be my favorite."  Aslan kekal menggenggam erat tangan Ersana.

Ersana membalas tatapan iris mata Aslan. Makin lama dia tatap mata itu, makin berganda cinta dan sayangnya pada Aslan.

"Love you, my favourite husband."

"Love you more, my universe."

Aslan menatap wajah jelita Ersana. Wajah ini tidak akan dia bosan untuk melihatnya. Wajah ini juga akan dia cintai sampailah dia hembus nafasnya yang terakhir.

"She is beautiful and more than beautiful; she is surprising. Darkness in her abounds, and all that she inspires is nocturnal and profound. Her eyes are two caverns where mystery dimly glistens, and like a lightning flash, her glance illuminates: it is an explosion in the dark."

- Charles Baudelaire, The Desire to Paint.

He loves his woman very much. No matter how big Ersana's mistakes are, He Zeeq Hael Aslan will accept all Ersana's shortcomings and advantages.

Maka, berakhirlah kisah ringkas diantara Ersana Tanisha dan Zeeq Hael Aslan. Begitu banyak rintangan dan cabaran yang mereka hadapi sewaktu di alam perkahwinan, kepercayaan dimungkiri, nyawa orang tersayang di tarik.

Kadang-kadang tanda cinta Allah terhadap seseorang, Allah akan biarkan hatinya hancur berkali-kali sampai dia rasa tak ada lagi harapan di dunia ini. Dan itu buat dia punya harapan pada Allah sahaja. Itulah yang Ersana alami. Apabila harapannya hanya pada Allah, Allah kembalikan ciptaan-Nya yang paling dia sayang iaitu suaminya.



















































KEDUA mataku dibuka apabila terasa ada tangan kecil yang menyentuh wajah aku saat ini. Alis kening aku berkerut melihat ada bayi perempuan bersama dengan ayahnya yang sedang memandang aku bersama dengan senyuman. Sepertinya mereka menunggu aku bangun dari tidur.

Kantuk aku masih tersisa akibat semalam. Semalam anak perempuan aku ini, Eshaal Ashfi merengek pukul dua pagi. Nasib baiklah ada Aslan yang pelawakan dirinya untuk membantu.

"Morning Umi," rambut aku yang serabai itu dapat aku rasa tangan kasar Aslan memyelit rambut aku di belakang telinga.

"Morning," dengan suara yang masih serak itu aku membalas. Aku dekatkan jarak aku dengan mereka kemudian aku peluk Eshaal. Aku mengambil tangan pendek Eshaal untuk memeluk kepala aku.

Broken TrustWhere stories live. Discover now