Bab 18

2.6K 161 6
                                    

AKU terus buka kedua-dua mata aku bila ada seseorang yang bermain-main rambut aku. Buka sahaja mata, retina mataku menyapa wajah kacak Hael. Rambutnya kemas tidak seperti baru bangun tidur.

Mata aku kemudiannya turun melihat baju yang dia pakai harini. "Awak nak keluar ke?" Aku menyoalnya.

"Kerja. Dah habis dah cuti aku," balasnya seraya mengelus rambut panjang aku.

"Nak ikut. Boleh tak?" Aku tetap menyoalnya. Walaupun aku tahu jawapan yang akan dia beri. Tapi tidak salah mencuba kan?

Hael senyum. "Boleh. Pergi mandi. Aku tunggu kat bawah," bibir aku terus mengukir senyum lebar.

"Betul ke? Awak tak tipu kan?" Soal aku teruja. Selama ini setiap kali aku minta untuk ikut, dia pasti tidak akan mengizinkannya. Tetapi kalini, dia bagi!

"Betul. Aku bagi masa 20 minit untuk kau siap."

Aku terus mengangguk laju. Aku bangun dari pembaringan dan lari masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Kena cepat nanti kena tinggal.

"Jom!" Aku senyum lebar di hadapannya. Badan aku ke kiri dan ke kanan menunjukkan yang aku sudah siap dan bersedia untuk menemaninya pergi ke kerja.

Hael yang sedang bermain telefon pintar itu angkat kepala pandang aku. Dia simpan telefon pintarnya ke dalam poket seluar. "Jom." Dia menggenggam tangan kanan aku.

Pintu rumah dikunci olehnya. Aku setia berdiri di sebelah motosikalnya. Memerhati tingkah laku Hael. Dia ambil helmet tersebut, dan sarungkan di kepala aku.

Hael naik atas motor kepunyaannya itu diikuti dengan aku. Dia kedua tangan aku letak di pinggangnya. "Hug me tighter, darling." pintanya. Aku senyum dalam diam.

Dan terus aku peluk dia seperti yang disuruh. Aku sandarkan dagu aku pada bahunya. Hael menghidupkan enjin motosikalnya. Lalu, motor itu bergerak meninggalkan perkarangan rumah.

Sepanjang perjalanan mahu ke tempat kerja Hael. Aku hanya senyap. Hael juga sama. Dia fokus pada pemanduan. Manakala aku hanyut dalam fikiran aku.

"Turun. Dah sampai dah." Aku tersentak saat mendengar suara Hael menyuruh aku untuk turun dari motor besarnya.

"Ha? Dah sampai eh?" Soal aku blur.

"Iya, sayang." Dia tarik tangan aku untuk berpegangan tangan dengannya. Aku turun dari motosikal itu. Aku pandang sekeliling kawasan itu. Kawasan kedai makan. Dan ya, memang panas seperti yang Hael pernah maklumkan pada aku.

Ni ke?" Saat ini aku dan Hael sudah berdiri di hadapan kedai makan.

"Ya." Hael tarik tangan aku dan mendudukkan aku di atas kerusi plastik berhampiran baldi yang berisi pinggan kotor. Dan jumlahnya sangat banyak.

"Kau tunggu sini. Lepas siap semua ni, kita pergi makan." Aku angguk faham. Hael meninggalkan aku. Dia menghampiri baldi berwarna biru, dan mula mencuci segala pinggan, mangkuk dan cawan yang sudah kotor.

Ternyata Hael berkerja di sebuah kedai makan. Dia ditugaskan untuk mencuci segala peralatan seperti pinggan, sudu, garpu, gelas dan lain-lain yang bekas pelanggan guna.

Aku hanya memerhati. Baru aku tahu ini rupanya perkerjaan Hael. Selama ini tidak pernah terdetik dalam fikiran yang Hael berkerja sebagai pencuci.

Tidak betah hanya melihat apa yang Hael buat, aku bangun dari duduk berjalan menghampiri Hael yang fokus pada tugas mencuci. Sampai di hadapan Hael, aku mencangkung dihadapan baldi yang penuh dengan air sabun. Aku mencelupkan tangan aku ke dalamnya dan mula membasuh seperti yang Hael buat.

"Apa kau buat ni? Aku suruh kau duduk diam-diam. Bukan tolong aku," tangan aku yang ada di dalam baldi itu dia tarik keluar.

"Nak tolong." Aku tetap berdegil walaupun dilarang. Aku kesian melihatnya mencangkung tengah-tengah panas terik ini.

"Tak payah. Aku boleh buat. Dah pergi duduk," halau Hael.

"Tak nak. Nak tolong juga." Aku tetap berdegil. Tetap mahu menolongnya walaupun dia sudaj melarang. Sekali lagi aku masukkan kedua tangan aku ke dalam baldi tetapi tak sempat masuk kesemuanya, Hael tarik tangan aku keluar dari baldi.

"Ersana Tanisha. Kau nak ingkar arahan suami ke?" Hael menyoal dingin. Aku curi-curi pandang wajah Hael. Wajahnya serius sahaja dan garang. Aku pantas menggeleng. Takut dengan pandangannya.

Pantas aku bangun dari mencangkung dan kembali duduk di kerusi tadi. Aku pusingkan kerusi aku ke arah lain. Tidak mahu tengok muka Hael. Bukan merajuk cuma aku malu bila dia tengok muka aku.

POV ASLAN;

"NAH, minum air ni," sirap lemon bungkus yang diikat tepi, aku sua pada Ersana yang membelakangi aku.

"Nah," sirap lemon itu aku rapatkan pada pipinya yang sudah merah akibat cuaca panas. Sebab tu lah aku selalu melarangnya untuk datang ke sini. Tapi dia degil. Kalini aku bawa dia datang ke sini supaya selepas ini, dia tidak akan mahu datang lagi.

Aku berdehem pendek kemudian aku berdiri di hadapan Ersana yang menunduk bila melihat aku di hadapannya. Aku mencangkung. "Hey darling. Want to know what is beautiful?" Soal aku padanya.

Perlahan-lahan matanya beralih memandang ke arah mata aku. "What?"  Soalnya tetapi nadanya mendatar sahaja.

"You." Aku membalas soalannya. Rambutnya yang menghalangi aku dari melihat wajah jelita Ersana, aku selit di belakang telinga. Aku senyum senget apabila Ersana sedang menahan bibirnya dari membentuk senyum.

"You are the most beautiful woman that I have ever seen."

"Thank you, husband. You're the best today." Ersana tepuk bahu aku perlahan. Air sirap lemon ditangan aku dia ambil.

Aku senyum apabila Ersana sudah minum air yang aku beli tadi. Aku pandang ke arah Ersana apabila merasakan tangan Ersana yang sedang bermain-main di tepi kepala aku.

"What are you doing darling?" Soal aku padanya.

"Lap peluh. Kesian awak penat kerja," katanya. Tangannya masih lagi lap peluh aku guna tisu. Aku hanya membiarkan. Aku suka dengan keadaan begini. Di mana aku mendapat perhatian sepenuhnya dari Ersana.

"Lepas ni nak pergi mana?" Ersana menyoal aku yang hanya diam dari tadi.

"Pergi Watson. Baru pergi makan."

"Eh buat apa Watson?" Soalnya bersama kening yang berkerut. Aku ketawa kecil dengan reaksinya.

"Beli masker. Your face needs moisture darling." Aku membalas persoalannya. Dia sudah berpanas-panasan di sini. Aku sangat tahu yang kulit wajah Ersana sangatlah sensitif. Jadi, dia memang perlukan masker untuk melembapkan kulit wajahnya.

 Jadi, dia memang perlukan masker untuk melembapkan kulit wajahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Broken TrustWhere stories live. Discover now