Bab 30

1.7K 92 4
                                    

"MAKAN ubat ni."

Ersana mengangguk. Ubat yang berada di dalam telepak tangan Medina diambil lalu dia telan bersama air suam. Ersana mengerutkan keningnya saat rasa pahit ubat terasa di lidahnya.

"Ada masa lagi ni sebelum mula. Kau tidurlah dulu. Nanti aku kejut." Ersana mengangguk. Kaki melangkah ke arah katil dan dia terus letak kepala di atas bantal, mata dipejam.

Medina senyum tipis. Pintu gelangsar yang menghadap pemandangan di hotel, dihampirinya. Sekarang dia, dan Ersana berada di tingkat lapan hotel mewah ini. Dapat dilihat di tingkat bawah, ada beberapa pekerja yang sedang menyiapkan sesuatu yang akan diadadakan malam ini.

Perkhawinan adik tiri Ersana.

Mengikut rancangan, perkhawinan itu akan diadakan 20 minit dari sekarang. Dia mungkin tidak akan pergi kerana keadaan Ersana yang tidak membolehkan mereka pergi. Dia boleh saja meninggalkan Ersana di kamar hotel, tapi dia risau takut ada perkara buruk yang menimpa Ersana.

"Dina...dah mula ke?" Medina berbalik. Wajah pucat Ersana dipandang.

"Kita tak payah pergi lah. Tengok muka kau pucatlah," katanya. Dia bukan apa, hanya kesiankan Ersana sahaja. Dan tidak mahu Ersana terlalu paksa diri sendiri.

"Aku okay lah. Jom?" Medina mengeluh. Ni kalau dia pujuk macam mana sekalipun, memang tak jalan. "Tapi, kalau sakit bagitahu aku."

Mereka berdua mula berjalan ke arah jalan yang akan membawa mereka ke dewan yang terletak di tingkat paling bawah. Saat sampai di sana, retina mata disapa dengan kehadiran orang ramai ahli-ahli korporat.

Ersana mengerutkan keningnya. Khair hanya usahawan biasa sahaja. Keluarganya itu bukanlah jutawan atau mempunyai pangkat dato. Tetapi kenapa ramai korporat yang turut ada di dalam majlis ini?

"Ramai, sebab ada Cyrus." Medina bersuara sekaligus menjawab persoalan Ersana yang bermain dalam mindanya.

"Cyrus?"  Medina mengangguk. Dia tahu tentang ini pun kerana ayahnya yang teman rapat dengan pemilik Cyrus. Sewaktu dia masih kanak-kanak, dia juga pernah berkawan dengan anak pemilik itu.

"Macam mana kau tahu?" Ersana pandang Medina. Medina yang dia lihat selalunya tidak suka dengan hal macam ni. Tapi lain pula harini.

"Ayah aku, berkawan rapat dengan pemilik Cyrus." Ersana mengangguk. Patutlah. Punyalah rapat hubungan bapanya dengan Cyrus sampai mahu menjodohkan dia dengan salah satu keluarganya. Dan dia sudah tentulah tidak mahu.

Dewan yang bingit dengan suara orang-orang yang datang dan mula membuka bisnes mereka, lantas senyap saat pemilik syarikat Cyrus masuk ke dalam dewan tersebut.

Ersana menunduk memandang lantai saat telefon pintar yang dia genggam jatuh dari pegangan. Ersana turunkan badannya dan ambil telefon pintar itu. Kembali berdiri, Medina dipanggil. "Dina, aku keluar jap. Rasa lemas."

"Ah, okey. Jom aku teman," tangan Ersana, Medina genggam. Sudah bersedia mahu membawa Ersana keluar dari dewan yang sesak dengan manusia.

"Eh, tak apa. Biar aku pergi sendiri eh?" Ersana senyum ke arah Medina. Senyum supaya Medina percaya yang dia akan baik-baik saja.

"Tapi..." Medina masih lagi tidak mengalah. Dia bukan apa, Ersana dah lah sakit. Dia takut sesuatu yang buruk menimpa Ersana.

"Tak, aku janji akan jaga diri. Please, Dina?" Ersana memohon. Dia sendiri pun tak nak menyusahkan Medina. Lagipun hanya ambil angin.

Medina mengangguk mengizinkan Ersana pergi sendiri. Ersana senyum wajah Medina nampak risau mahu melepaskannya pergi. "Hati-hati. Kalau ada orang yang nak culik, pijak kaki dia guna heels tu." Ersana ketawa perlahan kemudian dia mengangguk.

Broken TrustWhere stories live. Discover now