Bab 35

1.3K 86 3
                                    

RIS muncul setelah hampir sejam berada di dalam ruang ICU tersebut. Topeng muka yang dipakainya ditanggalkan sejurus kakinya membuka langkah keluar dari pintu gerbang ICU tersebut. Ayaz dan Eiran yang sedar akan kehadiran Ris terus meluru ke arah wanita itu, wajahnya tampak benar-benar gelisah. Takut jika sesuatu yang buruk menimpa Aslan.

Jantungnya makin berdegup kencang apabila melihat reaksi wajah Ris tampak seakan serius sahaja dan itu buat jantung Ayaz makin tidak keruan.

"How is he?"  Eiran mewakili Ayaz untuk bertanya apabila melihat raut wajah Ayaz yang jelas pucat. Ris menarik nafasnya dalam sebelum menghembus perlahan. Wajah dua orang lelaki tinggi lampai di hadapannya ini dipandang sekilas sebelum membuka bicara.

"Aslan had a myocardial infarction or, in a simpler way, called a heart attack. This happens due to the cessation of blood flow that is reduced or completely to the part of the myocardium." Ris menggunakan kepakarannya sebagai doktor menjelaskan apa yang dia tahu pada mereka berdua.

Terdiam Ayaz mendengar penjelasan Ris. Aslan baru sahaja terkena serangan jantung tadi.

"Benda ini normal untuk pesakit yang mengalami koma. Serangai jantung ini terjadi disebabkan immobility, dehydration, and underlying medical issues."  Ris menyambung lagi. "Tapi nasib baik, kami berjaya selamatkan Aslan sebelum terlambat. Kemungkinan selepas ini, dia perlu menjalani beberapa rawatan. But let's pray that he doesn't need the treatment."

Ayaz tersenyum tipis. Lega mendengarnya. Sekurang-kurangnya ada juga sedikit perkara baik yang datang singgah di telinganya. Jantungnya benar-benar mahu tercabut mendengar yang Aslan terkena serangan jantung.

"And that's it for now. Don't worry, I'm sure he'll be fine. His passion for life is very strong." Ris membuka langkah meninggalkan Eiran dan Ayaz. Mungkin benar kata Ris. Semangat Aslan untuk hidup sungguh kuat. Ataupun mungkin ada seseorang yang sentiasa doakan Aslan dari jauh.

Ayaz menolak pintu wad. Masuk dalam wad, katil yang menjadi tempat Aslan berbaring. Saat itu, raut wajah Aslan pucat sahaja. Seperti mayat hidup. Eiran melabuh duduk di atas kerusi bersebelahan dengan katil Aslan.

Ayaz memberi isyarat mata bahawa dia mahu pergi di suatu tempat. Eiran mengangguk. Tak lama selepas itu, keadaan di wad itu sunyi sepi. Hanya bunyi mesin sahaja.

"Hael. Aku tak jumpa lagi Ersana. Tapi, jangan risau. Aku dah janji nak bawa balik Ersana kan? Aku akan bawa balik dia. Jadi, kau kena rehat." Eiran bersuara. Matanya hanya tertumpu pada Aslan.

"Kau percaya aku kan? Kalau percaya, rehatlah. Orang sakit kena rehat," pesannya. "Aku yakin yang Ersana sihat. Dia mungkin sedang doakan kau dari jauh."

ERSANA berjalan mendekati ruangan dapur saat bau sesuatu yang sedap masuk ke dalam rongga hidungnya. Sesampai sahaja di sana, matanya disapa dengan Mak Teh yang sedang menyapu coklat pada biskut yang sudah siap di bakar.

Ersana senyum tipis saat teringat akan kenangannya dengan Aslan. Terus dia hampiri Mak Teh.

"Lah, Ana. Mak Teh baru rancang nak naik panggil tadi." Mak Teh mula bersuara. "Meh mari sini rasa biskut." Mak Teh tarik lengan Ersana untuk mencuba biskut yang dia buat.

Dia dapat tahu dari Aqeef yang katanya Ersana sukakan biskut. Dia sendiri pun tak tahu macam mana Aqeef boleh tahu yang Ersana sukakan biskut. "Aqeef mana Mak Teh?" Ersana menyoal sambil mulut mengunyah biskut.

"Katanya, nak pergi jumpa klien," mendengar balasan Mak Teh, dia lantas mengangguk lalu sambung makan biskut tersebut.

"Nanti Ana nak buat naik atas sikit boleh? Nak makan dalam bilik."

"Boleh. Ambil je." Ersana senyum lebar mendengar jawapan Mak Teh. Pantas dia bangun dari duduk. Biskut diambil dan disimpan dalam bekas yang sederhana besar.

"Thank you!" Ersana pantas berlari bersama bekas biskut di bawa naik ke atas. Tombol pintu biliknya dipulas dan dia memboloskan diri masuk ke dalam bilik.

Bekas biskut di bawa ke balkoni bilik yang menghadap pemandangan luar rumah Mak Teh. Dia melabuh duduk di atas kerusi yang tersedia ada di situ. Penutup bekas dibuka. Dia ambil satu biskut dan ditunjukkan ke arah kerusi yang berada di hadapannya.

"Hael, tengok ni." Ersana bersuara. Matanya memandang ke arah kerusi itu. Membayangkan yang Hael ada di atas kerusi saat itu. "Mak Teh buat biskut. Saya, teringat dekat awak."

Ersana makan sedikit biskut di tangannya itu. Dia senyum tipis ke arah kerusi tersebut. "Saya tak boleh lupakan awak. I still remember that day. The day I met you. And that moment, it was so clear that you was the only one for me, Hael."

Ersana menghembuskan nafasnya. Dia sudah pun mencuba untuk melepaskan Aslan pergi. Tetapi sukar. Allah sendiri tahu yang dia selalu mencuba untuk melupakan. Aslan meninggalkannya sewaktu dia sudah percayakan lelaki itu seratus peratus.

"I'm still love you. I choose you. I'll choose you over and over and over. Without pause, without a doubt, in a heartbeat. I'll keep choosing you. And I still want to have you in my destiny."

Orang pasti akan memanggilnya gila. Kerana masih cintakan lelaki yang tinggalkannya. Tetapi siapa yang mahu kisah kata orang? Dia masih sayangkan Aslan. Suaminya. Isteri mana yang tak sayangkan suami?

Syurganya itu ada di bawah tapak kaki suami sekarang. Seburuk manapun Aslan, dia masih seseorang yang perlu Ersana hormat. Kerana itu, Ersana tetap akan cintakan Aslan tidak kira sejauh mana pun jarak mereka berdua. Benar kata orang, manusia sanggup buat apa pun hanya untuk orang yang dia cinta.

Cinta bukan untuk pasangan suami isteri sahaja. Cinta juga untuk kawan, keluarga. Seperti Abu bakar yang cintakan Rasulullah. Dengan berusaha untuk menahan rasa sakitnya kerana tidak mahu membangunkan Rasulullah SAW yang sedang tidur lelap diatas pangkuannya.

Kerana cintanya pada Rasulullah, Abu Bakar tetap menutup lubang dengan kakinya supaya ular tersebut tidak keluar dan mematuk Rasulullah.

"Saya akan tunggu awak. Sampai waktunya tiba, saya sendiri akan cari awak. Saya yakin, di situasi macam mana pun kita berjumpa, saya tetap akan jatuh cinta dengan awak."

Ersana menutup bekas biskut. Pandangannya dilemparkan ke arah langit yang mulai mendung. Dalam hatinya berdoa. Semoga Allah menjaga Aslan di manapun jejaka itu berada.

Tidak kira dengan siapa pun Aslan jatuh cinta nanti, dia di sini akan tetap cintakan Aslan sampai mati.

I love you. Without end.

 Without end

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.






















thank you, sudi baca. maka, berakhirlah kisah cinta ringkas Aslan dan Ersana.







lene, love u x

Broken TrustWhere stories live. Discover now