Bab 3

3.4K 186 14
                                    

LANGKAH kaki diatur menuruni satu persatu anak tangga. Ketika mahu turun ke bawah, sempat dia berselisih dengan Aslan yang mahu naik ke tingkat atas. Apa yang menarik perhatiannya ialah riak wajah Aslan yang jelas kelihatan sedang menahan marah.

Ersana hanya diam membiarkan Aslan melepasinya. Dia sendiri juga tidak ada niat mahu menegur.


"Mia regina." Ersana tersentak saat ada suara garau yang menyapa telinga kanannya. Pantas dia melihat ke arah suara itu.

Mia? Siapa Mia?

"Awak...panggil siapa?" Ersana terus menyoal dan apabila dia soal seperti itu, reaksi wajah Aslan serta merta berubah.

"Sorry. Maksud aku, Ersana."

"Oh okay," perlahan-lahan bibirnya menarik senyum yang jelas lagi sangat janggal. "Kenapa awak panggil saya?"

"Kau nak pergi Cyrus?" Ersana mengangguk. "Jom aku hantar," putusnya lalu Aslan turun ke bawah. Ersana di situ terpinga-pinga seorang diri. Dia tanya soalan sahaja. Tapi kenapa sampai nak hantar dia pergi Cyrus?

TEPAT pukul lapan pagi, Ersana sudah selamat sampai di hadapan Cyrus bersama Aslan disebelahnya. Aslan keluar dari kereta dan membukakan pintu kereta untuk Ersana.

Ersana senyum kekok. Dia jelas rasa janggal di sini. Selama ini, dia buat semuanya sendiri. Jadi kekok pula apabila Aslan melayaninya seperti ini.

"Terima kasih,"

"Sama-sama," Aslan membalas sambil tangannya menyerahkan beg sandang Ersana. "Balik nanti tunggu aku dekat sini. Nanti aku datang ambil."

"Okay..."

"Take care," Ersana mengangguk lalu dia mula berjalan selangkah demi selangkah meninggalkan Aslan di situ. Ada beberapa pekerja yang berbisik-bisik tentangnya dan Aslan tapi tidak dia hiraukan.

"Mia regina," sambungnya dengan nada yang perlahan. Hanya dia yang mendengar. Seketika bibirnya refleks senyum.

"BYE. Jangan balik lewat sangat tau," pesannya pada semua pekerja. Mereka semua mengangguk serentak. Ersana menyambar beg sandangnya dan menapak ke arah lif. Sambil menunggu untuk sampai ke GF, sempat dia bermain telefon.

TING

Telefon pintarnya disimpan dalam beg sandang. Ersana berjalan beberapa langkah keluar dari lif. Langkahnya mulai laju saat melihat ada Aslan dihadapannya sedang bermain telefon pintar.

Ersana senyum dan cepat dia berlari menghampiri Aslan. "Hi," sapanya bersama senyuman lebar.

Aslan mengalihkan matanya dari telefon. "Hi," Aslan senyum tipis. Memandang seraut wajah cantik milik Ersana. Ersana ni memang selalu cantik eh?

"Kenapa pandang saya macam tu? Ada sesuatu ke kat muka saya?" Ersana menyoal agak panik. Dia terus menyentuh wajahnya. Takut-takut ada kesan mayonis yang dia makan bersama sandwich tadi.

Aslan senyum lucu dengan ujaran Ersana. Suasana nyaman diantara mereka terganggu saat ada orang asing yang datang menyapa Aslan.

"Salut, ça va?" (Hey, apa khabar?)
Lelaki itu datang menyapa Aslan ramah. "Oh pardon! Est-ce que je vous dérange?" (Oh, maaf! Aku menganggu ke?)

"Rien. Quand cela va arriver?" (tak apa. Bila sampai?)

"Juste hier." (Baru semalam.) Dia pandang ke arah Ersana lalu senyum manis.

"Votre femme est belle," (isteri kau cantik) katanya sambil pandang ke arah Ersana.

Ersana pandang Aslan. Lengan baju Aslan ditariknya perlahan. "Dia kata apa?" Soalnya ingin tahu. Aslan mendekatkan bibirnya di telinga Ersana.

"Dia kata...kau tak cantik," dengan nada yang perlahan. Ersana terus mencubit lengan Aslan geram. Dan bibir Aslan naik senyum senget.

"J'irai en premier. Au revoir!" (Aku pergi dulu ya. Bye!)

Saat lelaki tadi sudah jauh dari mereka, Aslan melihat ke arah Ersana. Raut wajah gadis itu masih masam mencuka seperti tadi. Aslan sembunyi senyum.

"Dah, jom."

"ABANG yakin yang Arzania boleh."

"Kalau macam tu tak apalah. Tapi, kita kena beri dia masa untuk dia fikir betul-betul."

Ashira memberitahu suaminya. Bukan senang untuk Aslan bersetuju. Anaknya itu mana rapat dengan mana-mana perempuan. Dan apabila disuruh untuk berkahwin dengan teman masa kecil sudah tentu susah untuk Aslan bersetuju.

"Kita bukannya akan hidup lama sayang. Kalau boleh nak juga sempat tengok cucu-cucu kita," dia sendiri juga bukannya mahu memaksa. Tetapi jika dia tak buat macam ni, Aslan mungkin tidak akan kahwin.

"Tak apa, nanti kita bincang sekali lagi dengan dia."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Broken TrustWhere stories live. Discover now