Bab 11

3K 165 9
                                    

"KENAPA semua orang nampak sibuk?" Soalnya pada pembantu rumah agam ini.


"Tak silap saya, ada tetamu nak datang."

"Siapa?"

"Saya pun tak tahu," katanya. Dan Ersana mengangguk. Kalau macam tu, mungkin dia perlu tanya langsung pada Ashira.


"UMI!" Selepas Mak Timah, Ashira pula yang dicarinya.

"Ya kenapa ni?"

"Siapa tetamu yang nak datang tu?"

"Oh, dia tetamu Aslan. Mama pun tak tahu. Aslan sendiri yang kata dia nak kenalkan pada Mama," Ersana mengangguk. Tetamu Aslan rupanya. Kalau hal yang berkaitan dengan Aslan, dia tidak mahu masuk campur atau berkaitan dengannya.

Setelah semua pergaduhan yang terjadi, dia mula jauhi Aslan. Aslan sendiri juga tidak mencarinya. Masing-masing buat hal sendiri. Walaupun ada terserempak, tetapi mereka memilih untuk tidak bertegur sapa.

Agak terkilan kerana Aslan tidak lagi menyakatnya seperti dahulu. Mungkin ini yang terbaik. Bahkan Aslan sendiri yang mahu dia membenci lelaki itu.

"Ana naik dulu eh. Byee."

Ersana bangun dari duduk.

"Okey, nanti turun dinner," pesan Ashira. Ersana hanya mengangguk. Dia menaiki satu persatu anak tangga untuk naik ke atas. Malas nak naik lift.

Sampai di tingkat atas, Ersana terus meluru masuk ke bilik tidurnya. Lalu dia berbaring di atas katil. Hatinya mula muncul rasa tidak enak. Seperti ada sesuatu berita buruk yang akan dia dapat.

Ersana mengeluh lagi. Rasa inilah yang dia tak suka. Sungguh, sangat menganggu ketenteraman.

Ersana pejam mata dan dia tertidur.

TOK TOK TOK!

Ersana tersedar dari tidur lenanya saat pintu bilik tidurnya diketuk oleh seseorang. "Cik Ersana! Puan minta cik Ersana untuk turun makan malam!"

Ersana mengurut pelipis dahinya. "Ya! Lepas ni saya turun. Makanlah dulu."

"Baik cik."

Saat sudah tiada suara yang menyapa gegendang telinganya, Ersana bangun dari duduk. Dia mengambil tuala dan mula membersihkan diri.

Selepas membersihkan diri, Ersana memakai baju seperti biasa dan dia turun ke tingkat bawah guna lift. Sampai di tingkat bawah, matanya disapa dengan kehadiran ahli keluarganya dan tetamu Aslan.

Harini, semuanya ada setelah sebulan. Selepas sahaja dia pulang dari rumah keluarga Natasha, Aslan selalu sahaja tidak ada ketika mereka makan malam dan sarapan.

Tetapi harini Aslan ada. Bersama seorang perempuan. Yang pasti, bukan Arzania.

"Ersana, meh duduk." Ersana menghampiri meja makan. Dia menarik salah satu kerusi yang tersedia di situ.

Dia duduk di sebelah Ayaz. Dan dihadapan Ayaz, ada Aslan. Di sebelah Aslan, ada tetamunya.

"Mama kenalkan, ni Ersana," gadis yang menjadi tetamu mereka itu senyum pada Ersana. "Ersana, kenalkan ni Anna. Kawan Aslan." Ersana senyum tipis pada Anna.

Ersana terus menatap setiap inci wajah jelita Anna. Tidak tahu kenapa, tapi hatinya terasa sakit melihat Aslan membawa pulang seorang wanita bersamanya.

Benarkah ia hanya sekadar kawan? Ataupun lebih dari kawan?

Mereka semua mula menjamu selera. Sesekali, Ashira ada menyoal Anna pelbagai soalan. Manakala dia hanya senyap di tempatnya. Tidak tahu mahu berborak apa.

Jiwanya terasa kosong. Hatinya pula sakit. Sakit tidak berdarah.

BULAN yang menyinari pada malam itu, dipandangnya. Selesai sahaja makan malam sebentar tadi, dia terus meminta untuk keluar mengambil angin malam di kolam renang.

Yang lain, sibuk melakukan sesi temu ramah mesra dengan Anna.

Separuh kakinya direndam di dalam kolam renang. Dalam fikirannya masih memikirkan hal tadi. Cemburu? Mungkin ya. Tapi mengapa dia perlu cemburu untuk seseorang yang baru sahaja dia kenal?

Melihat setiap inci wajah Aslan, tingkah laku seperti sudah lama dia kenal lelaki itu. Tapi di mana? Jika benarlah dia pernah kenal Aslan, kenapa dia tidak ingat tentang memori itu?

Apa yang terjadi padanya?

Ersana tersentak hebat saat terasa ada air yang menitik kena di ibu jarinya. Dan saat itu, dia sedar yang dia sedang menangis. Dia...menangis. Kenapa dia menangis? Adakah kerana Aslan?

Saat itu, tubuhnya terasa sangat lemah dan tidak berdaya. Dia benar perlukan seseorang untuk dia jadikan sebagai bahu untuk bersandar.

Ersana perlahan-lahan bangun dari duduk. Dia mula berjalan terhuyung-hayang. Kepalanya berpusing-pusing hebat. Dia terasa dia tidak mampu lagi menampung berat badannya.

Entah di mana silapnya, tububnya hilang keseimbangan dan dia hampir jatuh ke dalam kolam renang. Ya, hampir. Hampir kerana ada seseorang yang berjaya menariknya.

"Ersana!" Lelaki itu memanggilnya. Berkali-kali.

Ersana cuba mengangkat tangan kanannya lalu melekap tangannya pada rahang lelaki itu. "Hael..." setelah itu, dunianya gelap.

" setelah itu, dunianya gelap

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.
Broken TrustTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon